RSS
Container Icon

Itu Tanda Sayanggg.....

bismillah...


Segala puji bagi Allah yang menciptakan bulan dan bintang... Segala puja bagiNya jua yang menciptakan hati, nafsu dan akal buat kita bernama manusia. Hari ini hari kesebelas umat Islam berpuasa, alhamdulillah Allah lancarkan segala urusan ibadat saya di bulan yang mulia ini. Harap diterima segala amal ibadat kita Ramadhan ini, insyaallah. Bukan pahala yang ditunggu,bukan juga ganjaran yang dinanti, tetapi redha dan cinta dariNya jua yang kita harapkan.







Belum terlambat rasanya saya melahirkan rasa takziah buat keluarga mangsa angin ribut di kampung halaman saya pada 13 Ogos bersamaan 3 Ramadhan yang lalu. 3 orang terkorban, manakala 18 yang lain cedera. Peristiwa tersebut berlaku di bazaar Ramadhan ketika berduyun-duyun manusia sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Dan saya ketika itu berada di rumah. Pada petang itu selepas Asar, saya dan ayah tergerak hati untuk membeli sedikit juadah di bazaar tersebut. Walaubagaimana pun, ayah semacam teragak-agak untuk ke sana melihatkan kepulan awan hitam dan tiupan angin yang agak kuat (maklum la,naik motor jer..hihi). Lalu kami membatalkan hasrat tersebut. Dan beberapa minit kemudian, seorang sahabat saya yang tinggal berhampiran dengan bazaar tersebut memberitahu yang ada ribut melanda pekan kami.



Saya masih kurang mengendahkan berita tersebut kerana menganggapnya sesuatu yang biasa tapi setelah dikhabarkan ada yang terbunuh, saya beristighfar panjang. Betapa bongkaknya saya sebagai hambaNya yang kerdil, saya memandang enteng dengan TEGURAN dari Allah. Astaghfirullah... Salah seorang daripada 3 orang yang terbunuh itu, adalah seorang peniaga cendol gula melaka yang kami sekeluarga kenali. Pasti saya merindui air tangannya.. Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga saya. Peramah dan baik orangnya..



Cendolll...!!! Cendolll...!!! Beli tiga free satu! Kalau tak sedap bleh pulang balik... ahaha...



Tersenyum bila teringatkannya. Apa yang pasti, mereka semua sudah selamat bertemu Tuhan dengan cara yang telah ditentukan Allah. Kita di sini??? Ingati mati...pasti hati kita hidup.. Jangan biarkan hati mati, kelak binasa diri.



Selepas peristiwa ribut itu melanda, saya terdengar sangat-sangat banyak komen dari mereka yang rasa diri mereka sempurna.




Orang kat negeri tu banyak buat dosa... sebab tu Allah bagi bala...


Peringatan untuk Tok Ali la tu...


Depa banyak buat maksiat, tu pasai la jadi lagu tu..




Wah,wah,wah...berdesing je telinga Cik NurQaseh dengar..Apakah anda kira dengan Allah menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab atau hanya sia-sia? Ya, kami akui kami umat yang berdosa, begitu menggunung dosa kami hinggakan kami lupa berapa kali kami berbuat dosa, jauh berbeza dengan manusia-manusia suci yang memberi komen seperti dialog di atas. Dan untuk itu, Allah memberi kami teguran dan peringatan kepada kami untuk memperbetulkan diri. Terima kasih Allah!! Apa tandanya bila ibu tegur anak? Apa tandanya bila suami tegur isteri? Apa tandanya bila boyfren tegur gefren? Apa tandanya kawan-kawan?? Itu tandanya sayanggggg......


Apabila tsunami berlaku di Acheh yang dikenal sebagai Serambi Mekah beberapa tahun lalu, ramai yang membuat justifikasi sendiri. Bagaimana mungkin tempat yang berciri Islami boleh dilanda musibah yang begitu besar, lebih berganda besarnya daripada ribut di tempat saya. Bagaimana mungkin tempat yang penuh dengan jiwa-jiwa Islam yang teguh di bawah payung Iman boleh diazab begitu sekali. Ramailah yang mencari-cari tafsiran Al-Quran untuk dijadikan bukti bahawa mereka azab Allah sedang melanda mereka yang berkenaan. Lalu terjadilah pelbagai tuduhan bahawa suatu musibah itu terjadi adalah disebabkan keburukan sesuatu kaum. Ini adalah penyakit yang perlu kita ubati...



"Demi dzat yang menggengam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka."



Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang... Apa pun yang Dia aturkan pasti ada hikmah yang perlu kita fikirkan. Jika benar kita beriman kepadaNya, maka jangan sangsi terhadapNya. Kehendak Allah, jauh berbeza dengan kehendak manusia. Kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab. Siapa tahu yang diberi 'bala' itu Allah kurniakan darjat yang tinggi di sisiNya, cuma cara kematian mereka agak tragis (kecuali yang bunuh diri)..



Entahlah...
Saya juga terkadang ada membuat andaian sendiri...itulah balasannya,inilah akibatnya dan macam-macam lagi... Daripada kita mengata dan menghukum, adalah lebih baik kita muhasabah diri kerana sememangnya kita hamba yang berdosa. Dosa setinggi langit dan bumi, tapi perlu diingat, cinta dan kasih sayang Allah lebih tinggi dari itu malah tiada bertepi...



Allahu'alam...




p/s: aku masih dalam pencarian....sentiasa menangis minta dipertemukan...temukanlah aku dengan kematian....mati yang mulia penuh keberkatan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 kata mereka:

Shah ShinObi 27 said...

sayang ilahi pada hambanya...
bila dia menurunkan bala tenteranya...
sukar untuk menepisnya..
yang baik maupun ya jahat..
semua akan terkena..
moga kita dirahmati tuhan sekelian alam.

sama2 kte doa ea cik nur qaseh ;)

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

baik encik shah~~ huhu...

Andi said...

Semoga Allah memaafkan hamba yang dhaif ini karena sering berburuk sangka kepadaNya tentang cobaan dan ujian yang akhir-akhir ini diberikan kepada saya.. Tidak pantas lah diri ini sering berkeluh kesah padahal Allah sedang mencoba menaikan derajat saya dengan berbagai ujian.. Terimakasih Nur Qaseh untuk tulisanya, ditunggu lagi yah.. I miss your inspiring facebook status by the way :(

Semoga Nur Qaseh yang jauh disana, tenang menikmati kelezatan beribadah di bulan Ramadhan ini :)

Amin Baek said...

salam ziarah..
kadang kadang manusia tlampau cepat membuat kesimpulan...

kalau kita baca bkenaan tanda tanda hari kiamat,Allah akan mengangkat ilmu ke atas di akhir zaman...bagaimana?adakah tiba tiba hafiz tlupa hafazannya?adakah tiba tiba ulama menjadi nyanyuk dan tidak waras?pelbagai kemungkinan..dan dari buku itu ada menyatakan,salah satu caranya dgn menurunkan bencana Alam agar yang berilmu itu akan terkorban sana..itulah tanda ilmu diangkat(sudah tiada)..wallahuallam..

d Bharian Online pula,ada yang mengatakan yang terkorban tlampau mengejar dunia sbb itu dihukum sbgtu rupa..saya sedih dgn pendapat sbgtu..

ssungguhnya stiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan insyaallah,ia akan membawa kesedaran..

p/s:insyaallah..ayuh bdoa agar mendapat husnul khotimah..