RSS
Container Icon

Syair Si Hamba Fakir

bismillah...


Saya adalah hamba yang fakir di hadapan Tuhan Pencipta langit.
Saya adalah hamba yang miskin dalam segala hal
Saya adalah hamba yang zalim terhadap diri sendiri, dan nafsu
saya telah berbuat zalim pada diri saya
Semua kebaikan yang kami terima adalah datang dari sisi-Nya
Saya tidak mampu mendatangkan manfaat bagi diri saya,
begitu juga untuk mencegah mudharat
Tidak ada penolong bagi saya selain dari-Nya dan
tidak ada mampu menolong saya selain dari Tuhan yang menciptakan semua manusia.



Semua itu adalah atas izin dari Tuhan Yang Maha Penyayang
yang telah menciptakan kita semua, Tuhan Yang menciptakan langit,
sebagaimana dijelaskan di dalam ayat ayat kitab-Nya.
Selamanya saya tidak memiliki sesuatu apapun selain dari-Nya
dan saya tidak memiliki teman selain dari-Nya.
Dia tidak memiliki pembantu, sebagaimana halnya para penguasa yang memerlukan para pembantu.



Bagi saya kefakiran adalah sifat yang harus ada selama lamanya,
sedang Mahakaya adalah sifat yang hanya dimiliki oleh dzat-Nya.
Siapa yang meminta apa yang diperlukannya kepada selain Penciptanya,
maka ia termasuk orang bodoh, zalim dan musyrik.
Segala puji hanya bagi Allah yang melimpahkan kurnia-Nya.
Semua kurnia itu dari-Nya jua dan bukan dari selain-Nya



Salam sejahtera kepada hamba pilihan yang berasal dari
keturunan Madhar (Nabi Muhammad)
Ia adalah sebaik baik manusia dibandingkan manusia terdahulu
dan manusia yang akan datang di kemudian hari



Syair Ibnu Taimiyyah di penjara Qal'ah Damaskus.... (T_T)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hired Me Please...

Bismillah...





Perhatian kepada sesiapa yang memerlukan pekerja...



Cik NurQaseh berhajat untuk menukar profesionnya dengan seberapa segera..



Cik Nur pandai....


1) Masak asam pedas kaw2 punyer.
2) Melukis acrylic painting/oil painting/potrait/orang lidi
3) Mengait tudung televisyen
4) Menjahit pakaian koyak
5) Menulis blog yang ntahapeape
6) Mengaji dengan tarannum hijjaz
7) Menggodam komputer
8) Membuat huru hara
9) Mahir berbahasa arab peringkat tadika



Cik Nur juga mempunyai sijil KAFA, UPSR, PMR, SPM dan STPM



Pernah menyertai pertandingan Fizik di bawah Institut Fizik Malaysia dan mendapat tangga yang tercorot.



Pernah menyertai pertandingan Forum Remaja peringkat negeri, tapi kalah.



Pernah menyandang jawatan Naib Presiden Kelab Matematik & Sains, tetapi mendapat 9G dalam Matematik Tambahan.



Pernah menyandang jawatan penolong pengurus di Lubok Digital Sdn Bhd.



Pernah menyandang jawatan Pen. Kewangan di Sinar Tawakkal Ent.



Masih bekerja di sebuah kampeni pelaburan.



Mahir berniaga di tepi2 jalan (-_-")



Seorang anak perempuan yang degil tapi sangat menyintai ibu bapanya (-_-")



Seorang wanita yang sangat dahagakan ilmu



Seorang hamba Khaliq yang sangat dhaif, lemah dan hina.



Jadi kalau ade sesiapa yang nak ambil saya bekerja bleh email saya yer...




p/s: huaa...tetiba rasa nak tukar kerja. huhu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NurQaseh Maju 2010...

bismillah...


Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju 2010 pada 20/10/2010, jam 20:10....





Melake maju laa malam nii....




HUWAAAA!!!! Cik NurQaseh ade kat opis lagi sampai malam nanti... Stadium Hang Jebat konpem sesak... Line internet pun macam tuuuuttt***
Nasib baik ade pas VIP... Ade tempat letak kete khas, tapi still tak boleh pegi... Saya pun taknak pegi sebab incik migrain datang menyerang...Terpaksa la layan incik migrain...




p/s: Allah majikan sebenar saya...
p/s lagi: Cik NurQaseh bekerja dengan kerajaan....tapiii, undi adalah rahsia yer..(-_-")
lagi2 p/s: Cik Nur dah penin giler2 nih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maqam-maqam Roh...

bismillah...



Dalam perjalanan hidup di dunia ini,fizikal kita melalui peringkat-peringkat atau maqam-maqam iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak, peringkat muda dan peringkat tua. Demikian juga roh itu melalui peringkat-peringkat evolusi atau maqam yang tertentu.



Perkataan Arab bagi maqam itu ialah maqam (banyak: maqamat) yang bererti tempat berhenti dan berehat sebentar, tempat kediaman, wisma, tinggal, kehormatan, jabatan, keadaan, nada muzik dan soalan. Sebenarnya pendudukan maqam oleh roh adalah semuanya itu dan kadang-kadang lebih daripada itu. (anda paham tak?)


Maqam roh itu dimasuki pada waktu lahir lagi, dan seluruh hayat ini menduduki satu daripada maqam-maqam tersebut, miskipun ada peralihan dari satu maqam ke maqam yang lain. Susunan itu dari bawah keatas adalah seperti berikut:


Maqam an-nafs = Maqam egotisma ( maqam nafsu )
Maqam al-qalb = Maqam hati
Maqam al-roh = Maqam roh
Maqam as-Sirr = Maqam rahsia (ketuhanan)
Maqam al-Qurb = Maqam kehampiran (dengan ALLAH)
Maqam al-Wisal = Maqam kesatuan (dengan ALLAH)


Dari semenjak lahir kita sentiasa berjuang dan berusaha memajukan roh. Kemajuan dalam usaha ini boleh ditanda dan diukur dengan merujuk kepada maqamat (maqam-maqam) tersebut. Memang bukan semua orang mencapai maqam itu. Dan bukanlah badan yang mengembara disitu tetapi roh.


Roh itu juga bermaksud nafas ALLAH, malaikat Jibril, Al-Qur’an, Wahyu dan kenabian. Menurut orang sufi, roh itu adalah zat hidup, bukan badan atau otak dengan fikiran dan ingatannya, bukan juga proses-proses hayat ini. Roh mempunyai wujud tersendiri yang datang dari ALLAH dan milik ALLAH semata-mata.


Apabila kita bertanya apakah rasanya buah delima, “maka jawabnya ialah rasanya seperti rasanya juga”. Jawapan itu tidak cukup untuk memuaskan hati, tetapi kerana keunikan dan tersendiri keadaannya, rasanya juga tidak dapat untuk diumpamakan dengan rasa-rasa yang lain. Demikian juga dengan roh.


Roh atau zat itu dapat dibuktikan wujudnya melalui penzahiran atau manifestasinya. Kita ambil contoh iaitu ‘tarian’. Tarian wujudnya tidak secara konkrit (dapat dilihat, disentuh, dan sebagainya). Ia lahir dalam bentuk rentak, tempo, corak, gerak-geri dan sebagainya. Begitulah perumpamaan tarian dan penarinya. Roh dan jasad. Roh manusia memerlukan penzahiran (rentak dan corak) untuk terzahir dalam alam fizikal (jasmaniah). Roh itu berbeza dari nafas. Nafas ialah tenaga ketuhanan yang menggiat atau mengerakkan fenomena atau kejadian jasmaniah dalam badan termasuk proses mental. Roh itu lebih tinggi darjatnya dari nafas dan lebih dekat dirasai.


Matahari, batu api, mancis dan sebagainya ada zat api padanya. Semuanya ada zat yang sama, tetapi bentuk fizikalnya berbeza-beza, dan setiap satu terletak di peringkat evolusi berbeza iaitu maqam yang berbeza. Hakikat zat api itu ialah sebahagian dari Nur ALLAH (cahaya ALLAH).


Setiap manusia ada roh, tetapi roh seseorang itu tidak sama dengan roh seorang yang lain. Seorang yang kufur tidak sama dengan seorang Waliyullah. Ada roh yang lebih suci daripada roh yang lain.


Setiap orang lahir dalam “maqam nafsu” dan inilah maqam yang pertama dalam hidup di dunia ini. Bayi yang hanya hendak memenuhi keperluan jasmaniahnya semata-mata. Dan memerlukan makanan dan minuman, perlu digendung. Dia akan menangis untuk menyatakan kehendaknya. Dia tidak tahu akibat perbuatannya. Bayi memecahkan sesuatu benda yang dianggap sangat bernilai oleh orang dewasa dan dia ketawa melihat keadaan itu.


Seseorang dalam pertumbuhan awal hanya semata-mata mementingkan hawa nafsu kehaiwanannya, makan minuman dan segala jenis ransangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan ALLAH yang diperlukan oleh mereka. Bayi dan kanak-kanak di pasaraya dengan sengaja memecahkan barangan yang dipamerkan di situ, orang tidak marah. Tetapi sekiranya orang dewasa yang melakukan dengan sengaja perbuatan yang sedemikian pastilah tindakan akan diambil keatasnya.


Dalam maqam nafsu, daya pertimbangan akan dan pemikiran belum maju lagi. Daya ini datang kemudian. Dalam proses pertumbuhan anak itu, ibu bapanya atau masyarakat sekeliling biasanya memberi pengaruh kepada perangainya. Dengan kata lain, anak itu berlajar mengikut sifat-sifat yang tertentu. Siapa yang menyimpang daripada jurusan itu akan ditentang dengan pelbagai halangan yang menyusahkan.


Adalah perkara biasa dan memang difahami bahawa kana-kanak memang berada dalam peringkat maqam nafsu ini. Sebagai mana kanak-kanak itu membesar dan merangkak, badan bertambah matang, tindakan fizikal bertambah licin, maka bergitu jugalah kita mengharapkan rohnya berkembang maju dan meningkat ke atas melebihi maqam nafsu itu.


Al-Qur’an menerangkan cara-cara bagaimana memajukan dan mempertingkatkan roh. Cara hidup yang ditonjolkan oleh Al-Qur’an itu digelar As-Sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus)


Bagi orang sufi, tujuan hidup ini ialah mengembara menuju kepada ALLAH. Untuk berbuat demikian hendaklah dengan cara yang munasabah dan boleh membawa kejayaan dan juga yang paling cepat sampai. Oleh itu, jalan lurus adalah jalan yang paling dekat antara dua tempat- maqam an-nafs dengan maqam al-Wissal (iaitu maqam kesatuan dengan ALLAH). Paling dekat dan paling cepat sampai.


Ramai orang yang telah dewasa dan tua bangka tetapi rohnya masih diperingkat maqam an-nafs. Orang seperti ini tidak pernah merasa puas dan tidak pernah merasa kenyang untuk memenuhi kehendak nafsu. Jika manusia berapa terlalu lama dalam peringkat ini, ia boleh menimbulkan banyak penyakit emosi dan fizikal yang teruk. Ketakutan, keresahan batin, keraguan pada diri sendiri, mementingkan diri sendiri, akal tidak siuman, menangis tanpa sebab, putus asa, penyakit saraf, penyakit jantina, membunuh diri – semuanya penyakit emisi yang berkaitan dengan “maam an-nafs”, jika seorang itu berada terlalu lama dalam maqam ini hingga ke tua.


Penyakit fizikal yang bersangkutan dengan “maqam an-nafs” kadang-kadang berlaku serentak dengan penyakit-penyakit emosi dan psikologi. Tetapi bagi badan akibat terlalu lama dalam peringkat ini akhirnya boleh menimbulkan penyalahgunaan dadah, ketagihan arak, jenayah, terlalu gemuk, hypoglycemia, buta dan penyakit mata, demam kuning, penyakit jantung, penyakit kelamin dan kanser. Keadaan ini akibat daripada kegagalan mengawal dengan sempurna satu atau lebih fungsi-fungsi nafs badaniah. Mungkin orang tidak percaya dan berkata bahawa dia mengenali seorang yang sangat baik akhlaknya tetapi mengidap penyakit lemah jantung. Dengan mengetahui maqam-maqam selanjutnya berkenaan evolusi roh (perjalanan roh) akan menjelaskan perkara ini sepenuhnya.


Cara untuk melepaskan diri dari maqam an-nafs dan maju lagi ketingkat yang lebih atas ialah mendisiplinkan dan melatih egi diri dan nafsu. Ini bererti mempertingkatkan kuasa iradat, tanggungjawab, pertimbangan akal, belas kasihan dan sopan santun, dan lain-lain sifat yang baik. Apabila seseorang itu mendapat mengawal nafsu dan meniggalkan peringkat maqam itu, ia akan sampai ke “maqam al-qalb” atau maqam hati.


MAQAM AL-QALB

Perkataan Arab bagi hati ialah “QALB”. Perkataan ini mempunyai maksud yang luas dan mulia iaitu hati, fikiran (minda) roh, kefahaman, akal (intelek), intisari, tulang sumsum, tengah, bahagian yang paling baik dipilih, teras, tulin dan suci. Qalb itu juga membawa makna susunan, menukar keadaan atau menjadi. Bagi orang sufi, hati itu adalah alat atau cara di mana mlaluinya semua perubahan itu terjadi.


Mereka yang menduduki (maqam hati) memiliki kebaikan. Mereka berasa baik tentang diri dan alam ini. Orang dalam maqam ini akan berkata, “Aku hendak membuat yang baik-baik saja dalam dunia ini. Aku mencintai alam semula jadi dan akan menerima semua orang. Alagkah indahnya kehidupan ini !”


Memandangkan sikap yang baik terhadap hidup ini, mungkin kita menganggap orang dalam “maqam al-qalb” ini tidak ditimpa penyakit. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Orang dalam maqam ini masih boleh diserang oleh ketidak seimbangan emosi dan fizikal dan juga spiritual (kerohanian). Penyakit emosi dan roh ini termasuklah tidak boleh menumpukan fikiran (kosentrasi), lupa, takut gagal, kemunafikan jenis tertentu, emosi yang melampau seperti ekstasi (tidak sedar diri), perasan putus asa, seronok dan marah yang melampau, sombong dan tidak perduli perasaan orang lain.


Miskipun adanya aspek yang positif dalam maqam ini, namun ia masih dalam maqam kedua dalam perjalanan roh. Peringkat ini menimbulkan pergolakan emosi yang hebat, seperti perceraian antara suami isteri atau masalah perhubungan dengan orang lain, dan juga kesukaran dari segi kewangan. Ini disebabkan orang itu merasai tekanan ekstasi (dzauk) iaitu perasaan keghairahan baru yang menguasai kehidupan seseorang itu. Ramai rakan yang baik dengan orang itu sebelum ini tidak lagi setuju dengan pendapatnya dan bertambah rengganglah persahabatan mereka kerana timbul berbagai-bagai perselisihan faham dan sebagainya, setelah dia sampai ke maqam hati ini. Ramailah saudara dan kenalannya yang tidak mahu bercampur dengannya lagi.


Ada juga terjadi masalah fizikal pada orang-orang dalam peringkat ini. Penyakit dalam peringkat ini sangat teruk, kerana badan sedang melalui proses pembersihan dan dalam proses membuang racun dan benda-benda yang tidak berguna yang terkumpul dalam peringkat sebelumnya. Oleh itu penyakit orang dalam maqam al-qalb ini ialah sakit kepala, rasa hendak muntah, sakit-sakit dan lenguh seluruh badan, keracunan badan (pecah-pecah kulit, penyakit kulit kepala), demam, sakit pada pundit hempedu dan sakit buah pinggang.


Penyakit dalam maqam an-nafs biasanya sangat teruk dan selalunya tidak dapat disembuhkan, tetapi dalam maqam al-qalb, badan itu sendiri merawat dan menyembuhkan penyakit itu. Hamper semua adalah tanda-tanda satu atu lebih jenis krisis penyembuhan yang dilalui oleh badan dalam menyembuhkan dirinya sendiri. Proses ini mungkin tidak digemari tetapi faedahnya besar.


Adalah sukar mengembara terus ke maqam-maqam yang lebih tinggi lagi jika tidak ada guru yang benar-benar mursyid. Di bawah pimpinan guru, kita boleh bergerak terus keperingkat yang atas lagi iaitu “maqam ar-roh” (maqam roh), dengan mengikut pelbagai amalan untuk memajukan sifat-sifat kasih sayang, pertimbangan dan disiplin diri hingga ketahap kesempurnaan.


MAQAM AL-ROH

Tidak syak lagi maqam al-roh ini ialah peringkat yang diberkati, dan orang yang menduduki peringkat ini dilihat oleh orang lain sebagai orang yang berwatak cinta dan bersifat ketuhanan, tetapi masih ada lagi ketidak seimbangan fizikal dan emosi, yang mana adalah sebahagian daripada alat atau mekanisma yang dengannya seseorang itu sampai kepada ALLAH. Keadaan ini mendalamkan iman. Persoalan emosi “maqam ar-roh” termasuklah sombong, megah kurang konsentrasi, pening-pening, sikap tidak bersungguh-sungguh dan kadang-kadang menghina orang lain. Inilah penyakita-penyakit dalam maqam ini tetapi bukanlah perangai orang yang seimbang dalam maqam ini. Ketidakseimbangan ini boleh terjadi apabila orang itu belum lagi sampai ketahap yang seluruhnya bebas dari kehendak-kehendak nafsu.


Suatu ketika apabila seorang ahli sufi yang sangat terkenal pada zamannya iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a telah dianggap orang sebagai syeikh kerohanian yang besar, didatangi suatu lembaga yang mahu merosakkan akidah beliau dengan memberitahu yang beliau ( Syeikh Abdul Qadir Jilani ) sekarang tidak perlu lagi bersolat kerana beliau telah mencapai maqam yang tinggi. Tetapi dengan pimpinan ALLAH S.W.T dan ketinggian ilmu beliau. Syeikh Abdul Qadir Jilani telah membaca sepotong ayang Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa lembaga itu sebenarnya syaitan. Ini menunjukkan bahawa makin jauh seseorang itu mengembara dalam jalan tareqat kerohanian maka makin banyak dia digangu oleh syaitan.


Setengah dari ketidakseimbangan dalam maqam ini mudah dikawal, tetapi setengahnya tidak. Satu daripada sifat yang paling sukar dan bahaya ialah sombong atau bongkak. Inilah sikap yang suka memuji diri sendiri. Dia akan berkata, “Aku lebih baik daripada orang lain. Aku solat sepanjang hari, aku berpuasa, aku takafur. Aku melihat semua orang seperti sampah. Mereka semuanya berdosa.” Tetapi sikap ini bahaya, kerana ini mengotorkan kesucian kerohaniannya. Perlu diingati setiap orang maju kesatu tahap tertentu dalam perjalanan kerohanian dengan izin ALLAH. TIDAK KIRA BAGAIMANA TENGGELAMNYA SESEORANG ITU DALAM KEHIDUPAN DUNIA INI NAMUN DIDALAM JIWA MEREKA MASIH TETAP ADA PANCARAN KETUHANAN. Mereka juga boleh maju. Orang-orang dijalan lurus yang tulin tidak akan mencaci orang lain. Sepatutnya mereka yang belum sedar itu dipimpin keluar dari jalan yang sesat masuk ke jalan yang benar dan lurus.


Ada sedikit masalah jasmaniah (fizikal) yang berkaitan dengan maqam roh ini, termasuklah mabuk sendiri (akibat malas bernafas yang keterlaluan), beberapa jenis ransangan urat saraf, keletihan, selera tidak normal dan juga demam.


Ada dua bentuk demam: pertama , terjadi dalam maqam nafsu. Hati jasmani itu panas yang ditimbulkan oleh badan kerana menapis dan memproses kotoran yang berlebihan. Demam jenis yang kedua terjadi dalam maqam yang diatas lagi dan ini merupakan pembersihan rohani yang dalam yang menyebabkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w “Dosa itu jatuh berguguran seperti daun yang gugur dari pokok”. Demam ini membakar kotoran do peringkat roh. Bahkan sebahagian daripada nabi-nabi pun tertakluk pada demam-demam. Orang soleh yang mengalami demam pada peringkat ini bukanlah sedang dirawat kerana perbuatan dosa mereka. Seorang ahli sufi pernah berkata , “Pada awalnya anda taubat daripada lupa kepada ALLAH walaupun satu saat”. Keadaan inilah yang dirawat dalam “maqam ar-roh”.


Ada juga terjadi orang dalam maqam ini menjadi gila jika ia tiada guru. Mereka mungkin jatuh ke jurang “khayal sendirian”. Wahai orang-orang yang mencari, janganlah kamu hanya rehat di satu-satu maqam saja atau menyangka kamu tidak akan jatuh balik ke maqam yang di bawah.


Apabila tabib kerohanian merawat seseorang pesakit maka jelaslah bahawa beliau memberi rawatan yang berbeza. Waliyullah dirawat dengan cara yang lain dan orang biasa dirawat dengan cara yang lain, walaupun mereka mengatakan mereka mempunyai penyakit yang sama. Demam contohnya.


Persoalan yang mungkin timbul adakah seseorang itu boleh bertindih atau beselisih maqam. Ini tidak berlaku. Maqam itu ialah tempat berhenti rehat. Oleh itu, apabila seseorang itu masuk ke satu maqam, ia akan berada di situ hingga meninggal dunia atau hingga naik ke maqam atas lagi atau undur balik ke maqam yang dibawah. Walau bagaimanapun ada banyak keadaan tau hal yang terjadi dalam sesuatu maqam. Hal bermaksud “pertukaran” dan dikaitkan juga perkataan ini melalui bunyi kepada hal yang bererti melepas ikatan atau melarutkan. Dalam pengertian ini, seseorang itu hilang pengaruh deria seperti dzauk semasa mereka berzikir hingga kadang-kadang mereka jatuh tidak sedar diri dan dapat memandang seketika kealam hakikat dan makrifat.


MAQAM AS-SIRR

Maqam keempat ialah “maqam as-sirr”. Inilah maqam rahsia-rahsia Ketuhanan. Perkataan sirr (banyak: asrar) adalah berkenaan dengan rahsia paling besar, yang tidak dapat difikirkan, dan apabila dialami sukar dipercayai. Perkataan ini juga mempunyai maksud yang lain, misalnya bersatu, bahagian tengah atau paling baik pada sesuatu, tanah paling kaya, akar, asal dan pusara.


Inilah maqam yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam firman-Nya , “Ada hamba-hamba-Ku yang tertentu yang tidak berhenti-henti berusaha menghampiri-Ku dengan ibadat-ibadat sunat sehingga Aku menjadi mulut yang dengannya mereka berkata-kata, mata yang dengannya mereka melihat, telinga yang dengannya mereka mendengar, tangan yang dengannya mereka memegang dan kaki yang dengannya mereka melangkah”. Mereka yang bernasib baik dalam maqam ini diletakkan di tempatnya masing-masing. Mereka diberi kuasa pendengaran batin iaitu daya luar biasa pendengaran dan dapat membaca fikiran orang lain. Malaikat datang kepada mereka dengan perkhabaran-perkhabaran dari alam ghaib.


Suatu hari orang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Untuk apakah alam semesta raya ini dijadikan ALLAH? Bagaimanakan ia wujud?”.
Nabi menjawab, “Aku tidak tahu jawapannya. Aku akan bertanya dulu kepada Malaikat Jibril”.
Nabi pun bertanya kepada Jibril yang memberi jawapan demikian, “Aku tidak tahu, aku akan bertanya kepada ALLAH”.
Lalu Jibril pun bertanya kepada ALLAH S.W.T. kemudian ia kembali membawa firman ALLAH. “Kami ciptakan langit hanya untuk memberi pemandangan yang indah-indah dan untuk hiburan bagi makhluk, dan untuk mempamirkan keagungan dan kekuasaan Kami dan diciptakan bintang-bintang yang berkelipan untuk mempertingkatkan jiwa makhluk dan mengembirakan mereka dan menyebabkan mereka kagum dan terpesona dengan ciptaan ALLAH S.W.T.”


Apabila ALLAH ditanya bagaimana Dia membuat semua ini, Jibril melaporkan bahawa ALLAH berfirman, “Aku tidak jadikan manusia itu berupaya untuk mengetahui bagaimana Aku buat semua itu. Walau Aku beritahu kepadamu, kamu tidak akan faham tetapi tatkala bercerai nyawa dengan badan, tatkala itu hijab telah tersingkap, kamu akan melihat bagaimana ia dibuat dan kamu akan hairan dan takjub dengan kebijaksanaan-Ku. Akulah pencipta yang paling baik. Sebagaimana Aku jadikan langit itu dengan rumit dan komplek sekali, maka bergitu jugalah Aku menjadikan diri manusia itu lebih hebat dan rumit lagi”.


Nabi Muhammad s.a.w yang sudah pasti berada di maqam yang paling tinggi dapat menerima perkhabaran sedemikian. Peringkat yang tinggi dan anugerah ini tidak dicapai oleh orang biasa.


Orang yang masuk ke “maqam as-sirr” telah lulus ujian yang paling sukar dan mereka tidak lagi mencari aspek kehidupan yang ditunggangi oleh hawa nafsu. Mereka tidak lagi berusaha mencari kemasyuran, kekayaan atau keghairahan perasaan. Mereka hidup kerana ALLAH dan untuk ALLAH. Mereka berhubung rapat dan mesra dengan ALLAH dan dengan penghuni langit. Namun mereka tetap manusia biasa. Beberapa kejadian fizikal dan emosi memang ada terjadi pada peringkat ini. Tidaklah benar mengatakan kejadian-kejadian ini sebagai “penyakit” tetapi adalah ketidakseimbangan atau sampingan yang menyebabkan seseorang turun dari peringkat ini atau menjadi lemah dalam maqam ini dan tidak berterusan lagi untuk mencapai tujuan atau matlamat iaitu ALLAH S.W.T. Ketidak seimbangan utama “maqam as-sirr” ini termasuklah penafsiran palsu tentang fenomena (kejadian luar biasa) Ketuhanan, tidak rasional, kurang minat dengan kehidupan duniawi, sakit hati dan jasmani serta rasa membara hati jasmani.


Seseorang yang berada dalam maqam di bawah tidak boleh biasanya melompat beberapa maqam diatasnya. Diumpamakan seorang kanak-kanak boleh memandu basikal tetapi tentu tidak mampu memandu kapal terbang. Ini bukan bererti hendak merendah-rendahkan kanak-kanak itu dan mengagung-agungkan juruterbang itu. Tetapi seseorang yang telah mencapai maqam tertentu boleh berfungsi dalam maqam-maqam dibawahnya dan memahami maqam-maqam itu. Seperti juga seorang juruterbang yang boleh menunggang basikal diwaktu kanak-kanak boleh untuk terus menunggang basikal pada waktu dewasanya.


Penipuan diri sendiri yang dimaksudkan dalam maqam ini adalah keadaan (hal) maqam ini. Tetapi hal adalah ragam (mode) iaitu penipuan diri sendiri ini menzahirkan bentuknya. Perlu diingat, bukan setiap orang dalam maqam ini dan lain-lain maqam akan mengalami semua fenomena yang mungkin berlaku dalam sesuatu maqam itu.


Kejadian fizikal yang berlaku dalam “maqam as-sirr” ini ialah demam, perasaan susah bernafas dan kadang-kadang rasa lemas. Ini terjadi kerana untuk sampai keperingkat ini memerlukan bertahun-tahun lamanya menjalankan amalan bernafas. Ketidak seimbangan boleh terjadi jika amalan ini dibuat secara tidak betul atau terlalu banyak. Tambahan pula bukanlah perkara yang luar biasa di peringkat ini seseorang itu diganggu oleh kejadian-kejadian alam ghaib. Gangguan jin adalah satu contoh. Jin boleh mengganggu manusia di mana-mana pereingkat, bahkan bayi yang baru lahir sekalipun. Dalam keadaan demikian, pelbagai jenis amalan rohaniah yang melibatkan pernafasan digunakan sebagai penawarnya.


Sumber penting amalan bernafas ini ialah Al-Qur’an. Pelbagai permulaan dan perhentian nafas terdapat dalam Al-Qur’an dan pembacaannya pun berperingkat hingga ke sebelas peringkat. Vokal (huruf saksi) atau denyutan yang biasa dalam pembacaan. Miskipun hanya beberapa orang yang pada amalinya boleh membaca diperingkat yang tinggi . kita boleh mendengar pembacaan sampai dua minit dengan satu nafas dan gerak melalui 4 atau 5 deretan oktaf iaitu enam nada bunyi.


MAQAM AL-QURB

Di atas maqam as-sirr ialah maqam “al-qurb”. Erti ‘qurb’ ialah “kehampiran” dan juga membawa pengertian datang hamper, menuju, kejiranan, persaudaraan dan pertalian. Orang dimaqam ini sesungguhnya menikmati kehampiran dengan ALLAH yang Maha Tinggi. Di situlah langit yang paling tinggi, mengandungi ‘Arasy atau siggahsana ALLAH S.W.T Orang yang menduduki maqam ini mempunyai pandangan yang tinggi dan nampak sekalian alam makhluk dan juga memandang kea lam akhirat dan alam tempat bentuk-bentuk makhluk yang lain tinggal.


Di peringkat ini sangat sedikit ketidakseimbangan atau kesusahan dari segi kesihatan dan dari segi penyakit. Namun ketidakseimbangan yang sedikit itu mungkin jadi amat teruk. Satu dari hal dalam maqam ini ialah dzauk yang melampau. Orang yang dikuasai oleh hal ini digelar majdhub. Orang seperti ini hamper semua minat atau perhubungan dengan dunia ini. Mereka dalam keadaan gembira sepanjang masa ( gembira yang tidak dapat ditafsirkan oleh orang biasa ). Mereka tidak perduli sama ada mereka tidur,makan atau berpakaian. Mereka mabuk dengan ALLAH dan terserap dalam Yang Dikasihi (iaitu ALLAH).


Bergitu ganjil keadaan mereka yang berada di maqam berhampiran itu. Mereka melihat realiti dari peringkat yang lain dan jauh berbeza dari orang biasa. Keadaan ini sangat mengasyikkan dan sangat indah dalam cara dan tingkatnya sendiri tetapi ia bukan tujuan atau matlamatnya. Sebenarnya tidak perlu berada terus selama-lamanya diperingkat itu.


Ada orang dalam maqam ini tidak bercakap lebih 20 tahun lamanya. Mereka tenggelam dalam keadaan atau hal itu hingga tidak ada selera bendak berkata-kata taupun tidak mampu berhubung dengan orang lain. Lain-lain ketidakseimbangan dalam maqam ini ialah mereka dikuasai oleh perasaan lupa dan kadang-kadang seperti orang gila atau kurang siuman. Ia lupa apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sebahagian daripada amalan peringkat ini ialah tafakur nafas dan mental. Hal seperti ini mungkin melampau dan keterlaluan hingga dia hilang ingatan lansung. Walau bagaimana pun jarang-jarang berlaku.


Banyak persamaan diperhatikan antara orang dalam peringkat kerohanian ini dengan orang yang berpenyakit mental. Orang mungkin menganggap mereka gila belaka. Kita perlu ambil kira tentang ketidakseimbangan roh jika hendak menganalisa keadaan mereka itu.


Satu persoalan yang belum disebut lagi tetapi terjadi dalam semua maqa ( lebih bahaya diperingkat maqam kehampiran ) ialah MENTUHANKAN DIRI SENDIRI, mengatakan diri sendiri ialah ALLAH. Naq’uzu-biLlah. Satu lagi ketidak seimbangan yang terjadi di dalam maqam ini ialah TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH.


Semakin tinggi dan semakin jauh seseorang itu naik dalam evolusi rohaniah ini, maka makin banyak ujian dan cubaan. Orang di peringkat ini telah lama memendamkan kehendak-kehendak nafsu badaniah dan mereka berjaya membimbing orang lain kejalan yang benar dan betul, dan oleh itu tentu sekali hebat diganggu syaitan, jin dan iblis.


Ada orang mengaku bahawa dia bercakap-cakap dengan ALLAH dan menerima bimbingan secara lansung daripada ALLAH. Sepatutnyalah kita sedar ALLAH berhubung dengan insan melalui malaikat Jibril, kecuali nabi Musa a.s. banyak amaran oleh mereka-mereka yang arif dan terdahulu merempuhi batasan ini tentang bahaya menganggap diri sendiri telah cukup kuat menentang tipu daya iblis dan syaitan atau manusia yang berwatak iblis. Syeikh Junaid r.a pernah berkata, “Orang yang mengambil dirinya sebagai guru adalah mengambil syaitan sebagai gurunya.”



MAQAM AL-WISAL

Ada satu maqam lagi iaitu yang terakhir ialah maqam “al-wisal” iaitu bersatu dengan ALLAH. Disini ALLAH dengannya ibarat yang mengasihi dan yang dikasihi. Bersatu dan berpadu dalam satu wujud sepanjang masa. Maqam ini tidak mampu dicapai dengan usaha dan amalan apa sekalipun. Ianya hanyalah hadiah dari ALLAH semata2. aLLAH yang menentukan dan memilih siapa yang dikehendaki-Nya, untuk mencapai maqam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawa Nabi pernah bersabda:


“Di kalangan hamba-hamba Allah, ada 300 orang yang mempunyai pertalian dan perkaitan yang khusus dengan Allah dan hati mereka serupa dengan hati Nabi Adam a.s. 7 orang dengan hati yang serupa dengan hati Nabi Ibrahim a.s. 5 orang dengan hati yang serupa dengan hati malaikat Jibril a.s. 3 orang dengan hati yang serupa dengan malaikat Mikail. Seorang dengan hati yang serupa dengan hati malaikat Israfil. Apabila yang seorang itu meninggal dunia, seorang daripada yang lima itu akan menggantikan tempatnya. Apabila seorang dari yang 5 itu itu mati, seorang dari yangpada yang 7 orang itu akan menggantikan tempatnya. Apabila seorang daripada yang 7 itu meninggal dunia, seorang daripada yang 40 orang itu mengantikan tempatnya. Apabila seorang daripada yang 40 orang itu meninggal dunia, seorang daripada yang 300 orang itu akan mengambil tempatnya. Apabila seorang daripada yang 300 orang itu meniggal dunia, seorang daripada manusia umumnya menggantikan tempatnya. Oleh itu, demi mereka, ALLAH Taala mentadbir hidup, mati, turun hujan, menjadikan dan menghindarkan manusia dari malapetaka”


Tiga ratus orang itu tersenyum sepanjang masa dan tidak ada kaitan dengan hal-hal keduniaan. Mereka tidak perlu makan, minum tau tidur. Mereka telah melampaui batas-batas manusia biasa dan mereka boleh mengembara kemana sahaja di muka bumi dan di langit. Dalam sejarah manusia di muka bumi ini hanya beberapa orang sahaja yang telah sampai ketaraf atau tingkat ini. Sukar hendak diperihalkan dengan perkataan. Itulah matlamat ujud ini. Ini menyentuh janji yang kita buat dengan ALLAH sebelum kita dilahirkan kedunia nyata ini.


Orang-orang yang digelar Wali yang bererti “rakan ALLAH yang dikasihi-Nya”. Merekalah yang sebenarnya Khalifah ALLAH di muka bumi ini. Biasanya mereka tidak dikenal umum. Mereka ini diberi pengetahuan tentang hakikat kejadian alam semesta raya dan hal ehwal kemanusiaan. Merekalah yang ALLAH gunakan untuk menzahirkan “Perencanaan Ketuhanan” di muka bumi ini. Alat yang mereka gunakan ialah ma’rifatullah (mengenal dan mengetahui ALLAH).


Hanya sesiapa yang tergolong dalam bilangan 300 orang tersebut sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli sufi yang tulen. Bagi yang lainnya itu barulah diperingkat peminat Kesufian sahaja.


Apabila sampai ke maqam ini tiadak ada lagi sakit fizikal (badan). Hanya satu kejadian fizikal sahaja yang tinggal iaitu cara meninggal dunia. Biasanya orang di peringkat ini bukan meninggal dunia kerana penyakit. Mereka diberitahu masa yang tepat untuk meninggalkan dunia ini dan dengan itu bolehlah membuat persediaan menghadapi maut. Sunggup pun dia mengetahui masa untuk meninggal dunia tetapi beliau tetap membuat kerja-kerja harian seperti biasa sahaja dengan penuh kesedaran hinggalah tiba waktunya dia menggadap yang Maha Pencipta.


Bagi orang seperti ini, saat-saat meninggal dunia itu adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu dan dirindui, bahkan seperti hari keraian kerana mereka telah melepaskan hubungan dengan dunia ini melalui dzauk dan perasaan mereka. Mereka telah mengembara kealam kerohanian dengan roh mereka. Badan di bumi tetapi roh mereka menjelajah ke alam-alam lain. Tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu dan menentang mereka. Orang seperti ini bebas daripada kesulitan dan permasalahan duniawi.


Kesimpulannya ialah, ketaatan dan kehendak ALLAH jualah roh itu maju dari maqam permulaan (maqam an-nafs) hingga kemaqam akhir (maqam al-wisal). Cara untuk melangkah dari tingkatan rendah ke tingkatan tinggi itu ialah dengan melawan dan mengawal hawa nafsu. Dalam usaha ini ada amalan tertentu yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T untuk menghasilkan kesan yang paling tepat , cepat dan cemerlang.


Banyak halangan dan rintangan dalam usaha kita hendak berjalan dalam perjalanan ini. Ego atau diri kita itulah ujian yang paling besar. Diri itulah percubaan yang paling besar. Mungkin kita bangun daripada tidur dengan keazaman hendak menumpukan hati (konsenterasi) kepada fikiran-fikiran yang paling suci, paling diberkati dan paling tinggi. Tetapi apa yang berlaku ialah kita mendapat panggilan telifon dari tempat kerja yang mengatakan kita telah hidalang pekerjaan, atau salah seorang pekerja di perusahan kita memberitahu yang kita telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dan sebagainya. Kita pun hilang konsenterasi. Hanya pada malamnya kita kembali teringat pada keazaman kita tadi paginya.


Oleh yang demikian, kita mestilah selalu mengingati semula dan mengatakan niat kita itu. Pada mulanya memang sukar tetapi lama-kelamaan, lebih mudah dari yang kita bayangkan. Dan ianya menjadi kebiasaan kepada kita, kebiasaan yang paling positif. Akhirnya kita tidak akan mudah terlalai lagi dari keazaman untuk satu penhijrahan yang terbaik itu.


Seseorang itu tidak boleh melakukan amalan-amalan kerohanian ini bersendirian atau menurut logik akal fikiran sendiri sahaja. Bahayanya banyak. Inilah sebabnya kenapa memerlukan guru yang hidup untuk membimbing sepanjang masa.


Perihal maqam-maqam roh yang di tulis di sini hanyalah ringkasan sahaja. Sebenarnya hasil yang berkesan hanyalah dating dari ilmu,amal yang istiqomah dan mujahadah yang bertahun-tahun lamanya. Oleh itu mereka yang sampai ke terakhir - iaitu bersatu dengan ALLAH – adalah orang-orang pilihan ALLAH. Merekalah Wali ALLAH. Pada pandangan ALLAH mereka adalah kekasih, tetapi tidaklah melebihi para-para nabi itu. Dan mereka sendiri tidap pernah mengaku menjadi nabi atau setaraf dengannya. Mereka berdiri sebagai taulan bagi mereka yang berjalan menuju ALLAH dan sumber inspirasi bagi mereka yang ingin mendaki kepuncak kerohanian insan.


Bagi mereka yang ingin mencapai tujuan tersebut patuhilan seikhlas-ikhlasnya nasihat dan pimpinan kasih sayang dari Yang Maha Agung. Maha Terpuji, Maha Besar, Maha Mulia, Tuhan bagi malaikat dan roh, Maha Tinggi Kemuliaannya iaitu ALLAH S.W.T. Al-hamdu Lillahi Tabbil ‘Alamin.



Allahu'alam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pink Kaler....

bismillah...


Saya suka warna pink...



Lembut je bila pandang...




Tapi ada orang suruh saya jangan pakai tudung/baju warna pink...




Dia cakap warna tu menarik perhatian...




Saya tak berhias pun...Tak termasuk dalam golongan tabarrujkan? kan?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Robbi Sudilah Pandang Kami...

bismillah....


Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah


Yaa Robbi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri


Yaa Robbi dengarlah doaku ya Robbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim



Saya suka lagu ni..klik sini untuk dengar.. tapi saya lagi suka Haddad Alwi yang nyanyi...


p/s: Saya telah melepaskan 'sesuatu' untuk sesuatu yang lebih saya idamkan, jauh lebih bermakna dari dunia dan segala isinya... (Allah dan Cik Nur je yang paham...hu3)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Akan Mati...

bismillah....




Segala puji bagi Allah, Tuhan bagi sekalian alam yang berdiri dengan sendirinya. Alhamdulillah, sujud dan syukur saya kepadaNya kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini dan masih dapat merasai kasih sayang keluarga yang tercinta. Tak tergambar rasanya bagaimana jika kita kehilangan insan-insan yang kita sayangi. Dan tak tergambar juga perasaan mereka jika kehilangan Cik NurQaseh a.k.a DakDek yang cumil lagi menawan ini.. :p Yang pastinya, saat kehilangan itu tetapkan datang, tanpa kita tahu bila waktu ketikanya.




Tanggal 10/10/2010, adalah suatu tarikh yang begitu menarik pada pandangan saya, kerana sungguh ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari itu. Makanya, Cik NurQaseh berasa kekenyangan ditahap yang maksima akibat membaham segala juadah-juadah yang terhidang di setiap rumah(ada 4 buah rumah yg buat kenduri). Tetapi pada tanggal itu jugalah berlaku sesuatu kejadian yang amat menyayat hati. Berlaku kemalangan ngeri yang mengakibatkan 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas. Ramai jugak orang kampung saya yang terlibat. Mereka semua dari Melaka Sentral nak ke Kuala Lumpur. Cerita ni dah 6 hari berlalu....Saya takde mood nak ulas masa benda tu mula-mula berlaku kerana itulah masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri...isk3...(T_T).




Keesokan harinya selepas kejadian itu berlaku, seorang rakan sepejabat dengan saya mengajak saya melihat video kemalangan itu di fesbuk beliau. Ngeri saya tengok...Ada tangan terputus, ada mayat tanpa kepala, ada jantung kat tengah-tengah jalan. Saya tak pasti macam mana jantung tu boleh terkeluar dari badan mangsa. Elok je terletak atas jalan raya. Darah merata-rata...mengalir air mata saya. Dalam hati saya menyumpah-nyumpah si pemandu bas yang dikatakan memandu terlalu laju. Sebab dia memandu secara berbahaya, orang lain yang jadi mangsa.




Dan saya tersedar selepas itu, betapa besar dosa saya yang seolah-olah marah dengan ketentuan Tuhan. Dialah yang menentuan segala-galanya. Semuanya Allah belaka...(T_T). Teringat saya akan kata-kata seorang ahli jemaah merangkap ustaz saya, sakit dan mati itu tiada kaitan. Sesiapa sahaja boleh mati tanpa asbab penyakit dan lain-lainnya. Macam saya la...Saya selalu berfikir bahawa umur saya panjang dan boleh menimang 7 orang anak dan berpuluh-puluh cucu dan cicit. Siapa tahu ditakdirkan Allah saya akan mati dalam usia yang muda hanya kerana tercekik kuih koci! Mungkin masyarakat akan menyalahkan arwah Cik NurQaseh sendiri kerana makan kuih koci dengan begitu lahap sekali walhal sebelum ini Cik NurQaseh adalah seorang yang lemah lembut dan amat berhemah ketika menyuap makanan... (-_-")




Sebelum lahirnya anak Adam ke muka bumi ini, Allah telah pun menetapkan rezeki, perjalanan hidup, jodoh, dan ajal. Dan bila sampai waktunya ajal kita, maka tiada apa yang boleh menghalangnya hatta tanpa sebarang penyakit. Pada ketika daun yang tertulis nama kita yang terletak di atas arasy Allah telah gugur,malaikat maut pun memulakan tugasnya dan akan mengikuti kita sepanjang waktu hinggalah pada waktu yang ditetapkan Allah, maka terpisahlah roh dari jasad anak Adam itu. Eksiden, tercekik kuih, terbunuh, dibunuh, disengat tebuan tanah, jatuh longkang, terhantuk tiang letrik lalu mati, semua itu sudah ditentukan.




Dalam biografi Rabi' bin Khaitsam disebutkan ketika dia menderita sakit keras, orang ramai bertanya kepada beliau, "Nak tak kalau kami panggilkan doktor untuk kamu?" Lalu beliau menjawab, "Sebenarnya aku memang nak panggil doktor, tapi bile aku fikir-fikir balik tak jadi la panggil doktor. Sebabnya doktor yang akan mengubati ku juga akan mati.."

Saya ada terbaca satu syair arab, lebih kurang gini la terjemahannya,

"Bagaimana aku akan mengadukan sakitku kepada doktor,
Sementara yang mengirimkan sakitku adalah Doktorku...."
(serangkap je suda)

Paham tak??? (-_-")




Biasanya kalau ada orang meninggal dunia contohnya akibat sakit kanser, mesti orang akan cakap dia meninggal SEBAB sakit kanser. Bila orang meninggal dunia sebab eksiden, orang akan cakap dia bawak kete laju sangat SEBAB tu eksiden. Memang betul pun sebab-sebabnya, tapi bagi kita orang-orang yang beriman ni lebih manis jika kita kata SEBABnya kerana ajalnya sudah tiba. Tadi ada seorang sahabat ni telefon Cik NurQaseh, borak-borak pasal mati...Then dia cerita hari tu ada berita pasal orang putih buat terjun payung pastu ada masalah teknikal dia pun terjatuh atas tanah beribu-ribu kaki dari udara. But he still alive.... Allahu'akbar! Allah Maha Besar... Dia Maha Berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Lepas tu sahabat saya ni cerita pasal sorang budak remaja yang nak bunuh diri. Dia dengan konfidennya menggantung diri dengan harapan dia akan kiok selepas itu. Tapi selepas satu jam tergantung dia tak jugak mati-mati. Ehehe...last-last tak jadi nak bunuh diri SEBABnya Allah belum nak dia mati.




Jadi kesimpulan yang saya dan sahabat saya buat, ajal dan penyakit @ lain-lain asbab tiada kaitan. Pada pandangan kami yang jahil lagi hina dan tak pandai ni, penyakit,eksiden,dibunuh dan lain-lainnya adalah suatu bentuk peringatan atau kaffarah dosa-dosa yang lampau. Kami tak nak berburuk sangka terhadap Allah, kami taknak menghakimi apa yang telah ditentukan kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui, dan tidaklah Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.




Mesti ada orang cakap saya ni berfikiran kolot...Baru sebentar tadi saya bacakan kisah Abu Bakar As-Siddiq kepada rakan sepejabat saya. Begini kisahnya, ketika ajal menghampiri Abu Bakar As-Siddiq, para sahabat berkata kepadanya, "Wahai Khalifah Rasulullah, mahukah kau jika kami panggilkan doktor untukmu?" Lalu Abu Bakar menjawab, "Tak payah laa, doktor sudah datang menjengukku..." Para sahabat bertanya, "Apakah yang dikatakan doktor kepadamu?" Abu Bakar menjawab, "Dia (Allah) mengatakan:'Sesungguhnya Aku Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang Aku kehendaki.."

Selepas saya bercerita mengenai kisah di atas, saya pun berkata kepada rakan saya ni, "Waaaa...bagusnye Khalifah Abu Bakar ni. Iman dia tinggi... Nak jadi macam dia jugak la..."

Lalu rakan saya menjawab, "Ish kau ni...Tak bagus la...Kite kena usaha cari ubat kalau sakit. Doktor takde keje la kalau macam tu...kolot tol kau ni Nur..."



Hambek kaw...kan dah kena 'kolot'... Sahabat nabi tuu..,tinggi maqam dia. Manusia mana lagi yang saya nak contohi kalau bukan orang-orang hebat seperti Nabi, para sahabat dan wali-waliNya. Tapii...saya ni cakap je lebih kot. Kalau demam saya pi jugak klinik (sebab nak amek MC, pastu bagi kat boss) huhu... hmmmm... (T_T) Sedih secara tiba-tiba la pulak... Dahla, saya rasa panjang sangat dah entri saya ni. Orang pun naik buhsan baca panjang-panjang...




Allahu'alam...




p/s: Syukran jiddan kepada pembaca QalamNur ni yea...ingat xde orang baca...hihi... ade yg jauh kat Moscow sane tuh.. Kat Indonesia, kat Malaysia, kat mana2 jela... Toce toce... (^^,)

p/s lagi: bajet 2011 ni macam takde harapan je nak dapat bonos..huahuahua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantun Tok Ali,.... (^^,)

bismillah...




Kayuh beca memang penat
Kayuh bas mana daya
Terima kasih pada rakyat
Tanpa mereka siapalah saya


Mati harimau kerana tamak
Mati kancil kerana dengki
Jangan hidup hati bersemak
Nanti akhirat baru mengerti


Sang kancil lompat kerana suka
Sang harimau lompat kerana cuka
Negeri melaka telah berjaya
Kerana muafakat rakyat jelata


Tongkat ali minuman sensasi
Kopi jantan boleh tahan lagi
Mana melaka tak maju lagi
Pelancong datang berkali-kali



ehehe...tadi baca surat khabar Melaka Hari Ini... Tetiba jumpa pantun Dato' Seri Ali Rustam...Tahniah la Dato' ye sebab Melaka dah maju. Moga dunia maju, akhirat pun maju jugak yea... sama-sama doa.. (^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wuuuu~~~(T_T)

Bismillah....



Wuuuuu~~~ (T_T)







Saya nak tutup QalamCahaya ni...








Sedih saya...








Saya tulis banyak-banyak takde orang nak baca pun...







Wuuuuuu~~~~(T_T)






................


.............


.........


.....


..


.



Kediiiissshhh!!!!







Adess!! akitnye....
(Naimah menempeleng muka saya dengan sesuka hatinya)






p/s: Naimah, kau je yang mengadap blog aku hari-hari...ade entri ke tak ada entri ke kau tetap bukak blog ni... mekasih banyak-banyak Naimah. ehehe.....

p/s lagi: Cik NurQaseh takde keje, sebab tu buat entri mengarut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Marah...Grrr...

Bismillah....





Arghhhh!!!


Cik Nur tengah marah ni...! Grrrrrr....




"Jauhilah kemarahan kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam...." -sabda Rasulullah


"Kemarahan itu datang dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk..." -sabda Rasulullah


"Apabila marah seorang dari kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring..." -sabda Rasulullah






Hinsf...hinsf...hinsf...sabau NurQaseh...sabau...





Kenapa Cik NurQaseh tiba-tiba hangin satu badan ni? Ada la seorang makhluk tuhan paling seksi ni selalu mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup Cik NurQaseh. Tak tahulah apa yang dia nak... Nak buat keje pun tak senang... Selalu dapat panggilan dari dia. Macam bebudak je perangai...isk3...





Allahu'alam...


p/s: Saya marah sambil duduk nih...marah saya tak hilang lagi...jadi terpaksa la saya baring lalu tido.... ZzzzZZzzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Kematian...

bismillah...



Bersenang-senanglah engkau di dunia ini
Di dalam naungan istana yang megah berdiri
Dan semua yang engkau inginkan akan dipenuhi
di setiap petang dan pagi
Apabila nafas telah mengghargharah
Dengan suara yang sesak di dada
Maka percayalah bahwa saat ini kamu dalam keadaan tertipu
Ratapilah dirimu wahai orang yang celaka
Meski engkau meratapinya
sekalipun umurmu selayak Nabi Nuh
Engkau pastikan mati jua...


Wahai dunia...Wahai kerendahan...
Aku mentalakmu dengan talak tiga!!
Dan tiada rujuk lagi setelahnya
Pembekalanmu sangat hina
Usia mu singkat dan sangat fana...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Kehidupan.....

bismillah....


Wahai manusia...
Disaat ibumu melahirkanmu dahulu
Hanya kau sendirian yang menangis
Sedang orang-orang disekitarmu bergembira
Kerana menyambut kelahiranmu
Maka setelah engkau lahir wahai manusia...
Berjuanglah dengan sebaik-baiknya untuk dirimu
Semoga diakhir hayatmu nantinya engkau bisa tersenyum
sementara orang-orang di sekitarmu menangis dan bersedih
Kerana melepaskan kepergianmu....



p/s: Terkadang terasa penat dan lelah dengan dunia. Tapi bila teringat bait-bait syair ini, terasa bersemangat kembali... Perlu berjuang, agar tak terbuang. Biar menangis di dunia, kelak di sana bisa tersenyum bahagia.... (^^,)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fiqh Dan Tunang Saya.....(^^,)v

bismillah...



Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. KepadaNya kita memuji, memohon petunjuk dan pertolongan serta meminta perlindungan dari segala keburukan. Maka sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya.
Alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan kepada Cik NurQaseh untuk terus menulis di ruangan QalamCahaya yang tak berapa nak glamer nih. Ada la beberapa kerat yang baca blog dhaif saya ni,tapi semua tu tak jadi masalah. Why bother what people will read, just write because idea and thought will be no limits, just write!!



Kelmarin saya dapat satu undangan ke majlis pertunangan rakan baik saya. Malangnya saya tak dapat memenuhi undangan tersebut kerana ada tugas di pejabat. Kalau takde keje,bleh saya tolong jadi makeup artis... Alhamdulillah majlis rakan saya itu berjalan dengan lancar, dan beliau nampak haapy memanjang. Yelah, dah hampir-hampir ke alam rumah tangga. Cik NurQaseh bila lagi??? Ramai yang cakap Cik NurQaseh macam budak belum baligh a.k.a kanak-kanak ribena. Isk,isk,isk... (T_T). Takpe,takpe... Jangan terkejut bila dapat kad jemputan dari saya nanti yer kawan-kawan... Buat rakan saya Amiza dan Ain, tahniah kerana selamat melahirkan baby masing-masing. Alhamdulillah semuanya selamat, dan saya doakan agar anak-anak mereka nanti menjadi anak yang soleh. Buat si Haisyah yang sedang menunggu hari untuk meletup, harap anda kuatkan semangat yer... Tahniah jugak sebab bakal jadi ibu. (eii,tak sangka la korang ni dah jadi mak budak!!)



Bercakap tentang bertunang nih, dulu-dulu saya ada baca tentang fiqh wanita bab pertunangan. Khitbah/meminang ni maksudnya pendahuluan ikatan pernikahan (permintaan seorang lelaki pada wanita untuk dinikahinya). Si peminang disebut khottoban manakala yang dipinang disebut makhtuban. Kebiasaannya, orang lelaki la yang masuk meminang perempuan. Tapi kalau macam bapak saya dulu, ada orang perempuan yang nak pinang dia (bapak saya yang cakap..tak tau la kot dia auta jer...haha).



Sebelum bertunang, ada beberapa keadaaan yang perlu diambil perhatian. Pertamanya ialah keserasian antara kedua belah pihak. Rasulullah SAW melarang lelaki menikahi seseorang perempuan kecuali dengan izin perempuan tersebut. Baginda bersabda, “Tidak dinikahi seorang janda kecuali sampai dia minta dan tidak dinikahi seorang gadis sampai dia mengizinkan. Mereka bertanya “Ya Rasulullah, macam mana nak tau dia suka ker tak?" Baginda menjawab, “Jika dia diam.." ... Jadi siapa-siapa yang masuk meminang saya nanti kalau tengok saya diam, maknanya saya setuju la tu... wooha!!
Tapii..kena tengok betul-betul perempuan yang nak dipinang tu benar-benar redha. Kadang-kadang diam tak beerti setuju. Ada yang diam takut nak bukak mulut sebab takut bapak dia kasik penampar (bagi kes jodoh yang ditentukan ibu bapa). Jadi kalau anda nampak si perempuan tu bila ditanya setuju ke tak tapi dia diam,muka masam jer maksudnya tak setuju la tu... (memandai je NurQaseh ni)




Hukum khitbah ini adalah 'harus' tetapi Imam As-Syafie(buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab/sunat. Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukum al-istihbab/sunat ini lebih aula/baik dari hukum 'harus' tadi. Perancangan Cik NurQaseh pulak, taknak bertunang..,nak bernikah terus untuk menjimatkan kos dan masa.... hehehe...



"Diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu tenteram dengannya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang...." Sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita mahupun pasangan yang kita pilih tu semestinya yang beragama, bertaqwa, berakhlak, taat, beramal soleh, amanah, bertanggungjawab bla bla bla....
"Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya,nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini..." (Hadis riwayat Tirmidzi)



Yang keduanya ialah keturunan. Pilihlah pasangan dari keturunan yang baik agama dan akhlaknya ye kawan-kawan. Kalau nak pilih yang sebaliknya pun boleh jugak,saya tak marah...(^^,)v.. Ada seorang rakan saya masa zaman persekolahan dulu, adik beradik dia ada 14 orang... Alhamdulillah, murah rejeki mak ayah dia. Subur dan sihat...hihi.. Sabda Nabi,"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada akhirat nanti.." Cik NurQaseh pulak target nak 7 orang anak...hihihi...Bleh ker gitu?



Seterusnya, pilih yang masih perawan/dara/teruna (bagi yang belum berkahwin)... Isu sensitif nih..huhu.. Rezeki, ajal, jodoh semua Allah dah tentukan, jadi tak kiralah sesiapa pun yang Allah takdirkan untuk kita, maka masing-masing buatlah yang terbaik hanya semata-mata mengharap keredhaan dari Allah. (^^,)v
"Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih redha kepada kehidupan yang susah..." (riwayat Ibn Majah)



Ciri lain pula ialah pasangan yang kita pilih tu bukan dari kaum kerabat ataupun saudara mara kita sendiri. Ini adalah untuk mengurangkan risiko penyakit keturunan seperti asma, sakit jantung, dan lain-lain lagi. Macam Cik NurQaseh ni ada masalah asma...Begitu juga dengan abang saya, dia pun ada asma. Bila datang jer penyakit, mesti berbunyi-bunyi nafas kami adik beradik. Selain daripada untuk menghindarkan dari penyakit keturunan, ia juga boleh meluaskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Macam nenek dengan atuk saya la...,nenek orang Indonesia, atuk orang Malaysia. Jadi, saya ada keluarga kat Malaysia dan Indonesia....huhu... Nenek sebelah ayah pulak datang dari Pakistan sana... Uishh...merata-rata saudara-mara saya nih...



Adat dalam memilih pasangan, mestila kita cari yang sekufu/sama taraf. Macam saya nih, lepasan STPM jer mana la layak dengan lepasan Oxford atau Al-Azhar (cewah,citarasa tinggi). Kalau dapat ok jugak...hihihi... Tapi yang pastinya sekufu itu harus dinilai dari sudut yang betul seperti firman Allah, "Apakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama..." Yang harus diutamakan adalah yang sekufu dari sudut agama, iffah dan ketaatan seseorang itu pada agama.



Seterusnya, sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang. Tengok la 2 @ 3 jika perlu untuk memastikan keadaan wanita tersebut supaya nanti tak kaciwa selepas perkahwinan. Yela,dalam gambar nampak cun je....sekali tengok depan2 kaki pendek sebelah, jari terlebih satu, itu kurang, ini kurang... Mula-mula suka, lepas dah tengok tak suka pulak...huhu... Tapi sekarang ni dah tak ada masalah macam tu lagi kot. Sebelum kawin pun hari-hari ngadap muka pasangan masing-masing. Dah kenal luar dan dalam...hehehe... Pesan Rasulullah SAW kepada al-Mughirah bin Syu'ban, "Lihatlah perempuan itu, semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua..." (riwayat Tirmidzi). Perempuan pun diharuskan melihat bakal suami yer. Tak aci la lelaki je yang tengok...



Kalau nak tengok bakal isteri kita, jangan plak tengok lebih-lebih. Ada batas-batasnya.. Dibenarkan melihat cuma kedua tapak tangan dan mukanya sahaja, jangan lihat tang lain ye... "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya..." (an-Nur:31). Kalau si lelaki ni tak puas hati jugak sebab hanya dapat tengok muka dengan tapak tangan jer, hantarlah wakil perempuan untuk lihat selain dari muka dan tapak tangan bakal isteri. Selalunya orang lelaki akan tengok tumit orang perempuan, tapi kalau macam saya ni pakai stokin. Orang tak dapat tengok... Pasal ape ye orang lelaki suka check2 bahagian tumit ni? haaaa....tu kena tanya abah anda di rumah....hehehe....



Allahu'alam....




p/s: Segala apa yang saya tulis tu adalah berdasarkan pembacaan dan diskusi2 bersama tok2 guru yang diiktiraf...kalau saya ada salah dan silap informasi sila tegur2 ye... saya cuma lepasan STPM jer...tak pandai mana pun...(^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Awak Lorat Sangat Nih....

bismillah...


Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Segala puji dan puja bagiNya juga kerana mengurniakan Cik NurQaseh sepinggan nasik goreng setelah penat menggergaji dahan pokok rambai milik ayahnya. Burp! Alhamdulillah... Terima kasih Allah..





Huwaa...Lama rasanya saya tak meng'update'kan blog QalamCahaya ni. Maklumlah sibuk dengan mukabuku@fesbuk. Saya aktif berblogging sejak awal tahun ini. Entri saya semasa bulan Januari memang banyak. Sehari satu entri, kadang2 lebih dari satu. Dan bila akaun fesbuk mula aktif, QalamCahaya saya sisihkan sedikit demi sedikit... Isk..isk..isk.. Kesian dia. Saya jadi gila dengan fesbuk. Hari-hari mengadap fesbuk. Kalau tak depan PC, saya akan berfesbuk melalui telefon bimbit. Tapi saya sayang QalamCahaya lebih dari fesbuk...


Dan tepat pada 12.15 minit petang hari Sabtu yang lepas, saya nekad untuk menghapuskan terus fesbuk dari hidup saya. Fuuhh!! Lega... Tak tergambar kelegaan yang saya rasa apabila melepaskan fesbuk. Ramai bertanya kenapa Cik NurQaseh lorat-lorat nak deactivate akaun FB? Biarkan jela FB tu, bukan tak boleh blogging sambil berfesbuk bla bla bla....


Saya melihat fesbuk adalah satu medium yang sangat baik untuk menyampaikan dakwah disamping meneroka hidup manusia yang berlainan fikrah. Bermacam-macam orang yang saya jumpa di fesbuk. Ada yang terlalu baik pada pandangan saya, ada yang sedikit nakal, ada yang nakal banyaaak..huhu.. Dipendekkan cerita niat saya berfesbuk pada mulanya adalah untuk suka-suka. Kemudian timbul niat untuk berkongsi sedikit kata-kata berhikmah yang sentiasa berlegar difikiran saya dan dizahirkan di fesbuk. Disamping itu saya juga memuat naik/upload gambar-gambar saya yang sedang cover cun (Cun la sangat).. Dan bila dah upload macam-macam gambar, banyak jugalah komen yang diterima.


"Subhanallah!! Cantiknya enti...."


"Comey...Nak kenal bleh?"


"Kekalkan imej sebegini ye enti..."


"Muslimah solehah, dambaan lelaki..."



Huwaaa... Kembang giler idung saya bila baca komen-komen macam nih. Kasi upload lagi gambar banyak-banyak. Kali ni yang lagi cun punyaa.. Dan hasilnya,,bertambah-tambah komen yang diterima dan idung Cik Nur dah berkembang tahap maksima. Dan sampailah suatu hari ada yang menegur saya secara berhikmah. Hamba Allah tersebut meminta saya berfikir apa perlunya saya meletakkan gambar-gambar tersebut. Tidak ada sebab lain selain dari untuk dilihat oleh mata-mata ajnabi lalu menerima pujian dari mereka. Saya cuma makhluk yang bakal menjadi busuk berulat sedangkan Sang Pencipta Yang Maha Kekal itulah yang selayaknya dipuji dengan pujian yang melambung tinggi!! Allahu Akbar... berdosanya saya.... (T_T)



Atas nasihat hamba-hamba Allah yang mengambil berat terhadap saya itu, saya memutuskan untuk memadam kesemua gambar-gambar difesbuk. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati kalian yang memberi teguran kepada saya walaupun ada yang menegur secara keras dan agak kasar..(takpe la, Cik Nur tak kecik ati pun). Walaupun sudah tiada lagi gambar-gambar cover cun, saya tetap aktif berfesbuk. Dari sehari ke sehari makin ramai yang menambah/add saya sebagai rakan mereka. Dan saya menerima mereka dengan hati yang terbuka..hihi.. Bila ramai yang add, ramai jugalah yang nak bertaaruf/berkenalan. Bila ramai yang nak bertaaruf, ramai jugalah yang nak masuk jarum. Bila ramai yang nak masuk jarum, ramailah yang nak mintak nombor telefon. (Cik NurQaseh bukan nak perasan hot ke apa, cuma menceritakan pengalaman yang sebenar...hihi).



Hanya Allah dan saya sendiri yang memahami diri saya sendiri (-_-") paham tak ayat saya nih? Buat-buat paham sudah la ye... Saya tahu kekuatan dan kelemahan diri saya, dan saya tahu hati saya sangat lembut dan mudah disentuh mahupun tersentuh.


"Ana ikhlas nak berkawan dengan anti..."


"Saya idamkan seorang wanita yang boleh bimbing rockers macam saya nih..."


"Boleh enti jadi zaujah ana? " (yang ni paling tak bleh blah)


"Qaseh, terimalah diriku sebagai suami mu..." (huwaa...ini dah tahap dewa 19 punye tak bleh blah)



Kadang-kadang tu rasa cair je hati ni bila dengar pujuk rayu lelaki. Bila dah lama-lama rasa menyampah pun ada. Sebab apa? Sebab perasaan tu semua dari syaitan semata-mata. Tapi ada juga beberapa insan yang saya rasa hati mereka betul-betul ikhlas nak berkawan dengan saya..(saya rasa laa...Allah sahajalah yang bleh menilai keikhlasan kita). Dan kami masih berhubung sehingga kini. Diharapkan ukhwah yang terbina antara kami mendapat keberkatan di dunia sehingga akhirat.



Berbalik kepada lamaran-lamaran tadi, saya ada juga sound seseorang dari suatu jemaah nih. Kerana apa? Biarlah rahsia...saya cuba nak elakkan dari memburuk-burukkan orang (tapi kalau saya ada tercakap, mintak maap la yer). Saya sendiri pun bukanlah baik sangat, tapiii memang tak patut betul la orang warak macam beliau buat macam tu...Takpelah,beliau sudah dimaafkan.



Bila dah ramai kawan di fesbuk, maka masa saya banyak terbuang di hadapan PC. Bila bukak je ruangan chat, maka ramailah yang nak berchatting. Dan bila saya sudah terasa syok berchatting, mula lah mengabaikan waktu solat. Asar dah 30 minit berlalu, "alah takpe, baru setengah jam....sambung chatting lagi la.." Getus saya dalam hati. Dah nak dekat maghrib baru terkial-kial nak amek wudhu'.. Ishh..Ishh,..Ishh, teruk giler Cik NurQaseh ni. Bila dah jadi tabiat solat dilewat-lewatkan, mula lah hati rasa tak tenang. Bila zikrullah mula berkurangan, mula lah rasa gelisah.



Bila hati rasa tak tenang, otak pun ligat memikirkan kata-kata yang menggambarkan frustasi diri. Bila idea datang menyinggah, mula lah kata-kata tersebut dizahirkan di status fesbuk. Bila ramai yang baca, ramailah juga yang klik "like" kat status tersebut. Tak kurang juga ada yang meninggalkan komen...


"Wah, pandainya berkata-kata..."


"Minta di copas status ini yah.."


"Sungguh dalam maknanya bla bla bla...."



Dan komen-komen semacam inilah yang membuatkan idung Cik NurQaseh kembali kembang tahap maksima. Hmmm...nak cerita tentang saya dan fesbuk sampai malam esok pun takkan habis. Dipendekkan cerita, bagi saya fesbuk boleh mengubah niat seseorang itu daripada A ke B. Daripada nak berdakwah kepada menunjuk-nunjuk. Daripada merendah diri kepada meninggi diri. Daripada diri seseorang tu tebal dengan sifat malu, terus berubah kepada seorang yang tak tahu malu sedikit demi sedikit. Tu pendapat saya yang lemah lagi hina ni la. Saya cakap bagi pihak diri saya seorang. Saya luahkan apa yang saya rasa. Ada orang cakap tu semua benda kecik jer. Pucuk pangkal hati masing-masing. Pandai-pandai la nak jaga hati dan niat dari terpesong. Buat apa la Cik NurQaseh nak lorat-lorat deactivate fesbuk. Huhuhu...sebab nak jaga hati dan niat ni lah Cik Nur deactivate fesbuk taw tak. Sebelum benda-benda yang kecil ni jadi besar, sebelum luka jadi barah, sebelum nasi jadi bubur, sebelum hati menjadi keras lebih baik saya elakkan.



Dan sememangnya Cik NurQaseh adalah seorang hamba yang sangat-sangat lemah, baru belajar istiqomah, baru belajar bermujahadah. Berperang dengan nafsu sendiri, berperang dengan kehendak duniawi. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu. Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.



Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala… ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.



Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqomah.. Dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Meski ada yang menyindir saya, "ala NurQaseh testing market je tuh.. Esok lusa dia buat akaun facebook yang lain.." hehe...terpulang lah pada mereka. Yang penting saya tahu apa yang saya buat, dan Allah mengerti hati hamba-hambaNya.



Kesimpulan yang saya buat, fesbuk adalah sesuatu medium yang tidak sihat bagi REMAJA PEREMPUAN YANG LEMAH seperti saya.... hihihi... saya jer taw. Hati anda kuat, anda boleh terus berfesbuk dengan jayanya. Gunakan fesbuk dengan sebaik mungkin yer kawan-kawan. Untuk yang ada bisnes, gunakanlah fesbuk untuk mencari rezeki yang halal. Satu lagi jangan tag orang sesuka hati. Buat semak jer..hahaha...



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan) Allah berserta dengan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Ankabut:69)



Allahu'alam...




p/s: tangan masih terketar-ketar kerana menggergaji dahan pokok rambai tadi.. Fesbuk dah takde... Buat jela ape-ape keje yang patut...hihihi... (^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS