RSS
Container Icon

Kepincangan Masyarakat...Salah Siapa?

bismillah...


Kepincangan masyarakat kita kini...salah siapa?? Salah ibu mengandungkah? Ecece...macam tajuk forum la pulok. Siapalah saya yang hanya berkelulusan STPM ini untuk mengupas isu-isu besar seperti yang di atas. Tetapi disebabkan saya juga termasuk dalam masyarakat yang mengalami kepincangan tersebut, moleklah kiranya saya turut memberikan pendapat tentang masalah ini..

Kahwin lari ke Lombok, mengandung anak luar nikah, bersekedudukan, maksiat situ sana sini, rasuah, sodomi(hehehe..), bunuh saudara, bunuh isteri.. Malah, masyarakat kita yang dahulu hanya tahu membuang air, buang sampah, buang kutu dan buang pelepah kelapa kini sudah semakin 'advance' kerana mampu membuang anak sendiri malah dibakarnya seperti sampah. Tidak cukup dengan itu ada juga yang sanggup buang mak, buang ayah, dan segala jenis pembuangan sudah merebak ke seluruh negara yang kita cintai ini... Lebih dasyat dari itu, ULAMA CANTAS ULAMA..

Kenapa jadi begitu? Entahlah... Sukar untuk diberikan jawapan, malah jika anda bertanyakan sendiri kepada pelaku2 tersebut mungkin mereka juga tidak mengerti mengapa mereka harus melakukan perbuatan2 tersebut. Jikalau ada pun jawapan2 yang terhambur dari mulut2 si pelaku itu, mungkin jawapannya amat2 tidak munasabah sekali.

Pernah saya bertanyakan seorang rakan saya yang katanya 'ter'hamil anak hasil zina. Ketika itu saya bekerja sementara di sebuah farmasi, dan adalah serba sedikit pengetahuan tentang ubat-ubatan. Beliau bertanya kepada saya, adakah ubat2 yang dapat menggugurkan kandungan tersebut. Saya tidak pantas menjawab, dan bertanya adakah beliau hamil? Pada mulanya dia tidak mahu mengaku tetapi bangkai gajah yang manakah boleh disorokkan? Lainlah jika bangkai ayam senang jer nak tanam..ehh melalut daa..

Saya mula menyelami hati remajanya. Mengapa terjadi begitu, atas alasan apakah yang membolehkan dia dan teman lelaki berzina, dan apakah langkah yang akan beliau ambil selepas ini.. Menurutnya, teman lelaki beliau tinggal serumah dengannya bersama ibu bapa rakan saya ini.. Baca betul2, BERSAMA IBU BAPA RAKAN SAYA.. Saya berasa kagum akan ke'supporting'an ibu bapa beliau kerana membenarkan lelaki yang tiada talian darah dengan mereka tinggal bersama. Malah alasan yang mereka berikan ialah "fendi ni anak angkat makcik. Kesian takde tempat nak tinggal".

Dah namanya lelaki,bermusafir pula.. Tak reti2 nak cari rumah sewa?? Sangat2 supporting ibu bapa rakan saya itu. Terkadang terfikir kenapalah mak ayah saya tak supporting seperti itu..hoho~ Lalu mereka sama2 hanyut dibuai rasa cinta yang mengghairahkan lantaran saban hari dan waktu asyik melihat sesama sendiri. (Ibarat pergi kenduri, lauk dah ada depan mata takkan nak pandang jer.. Kite nyekik la skali..).

Itu dulu,sekarang rakan saya itu sudah pun melahirkan seorang lagi khalifah di dunia ini. Lahirnya tiada dipinta, kehadirannya tiada dirancang. Bayi tersebut sudah pun berusia 5 bulan. Malangnya,rakan saya tidak berkesempatan membesarkan anaknya kerana telah diserahkan kepada orang lain. Malah tiada lagi khabar berita dari rakan saya dan masih terngiang lagi kata-kata terakhirnya kepada saya, "aku ni tak layak nak jadi kawan kau lagi nur..kau tak jijik ke tengok aku ni?" Ada nada2 sesalan pada ucapannya. Demi Tuhan yang mempertemukan kami, tidak sedikit pun saya berasa jijik atau menyesal kerana menjadi sahabatnya. Saya berdoa supaya Allah dapat menemukan kami kembali..amiin...

Kerana apa rakan saya jadi begitu? Anda sendiri boleh berikan jawapan...

Semakin lama semakin saya merasa muak untuk menatap akhbar2 tempatan yang seperti tiada maklumat lain yang mahu disiarkan. Masalah kepincangan masyarakat yang saya kira amat2 serius dan sudah menjadi barah yang mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Saya melihat punca masalah ini bermula dari pemimpin. PEMIMPIN YANG BAIK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BAIK. Mungkin ada sesetengah yang kurang menjadi ibarat pisang setandan tidak semuanya elok, adalah sesisip yang rosak. Tapi apa yang berlaku sekarang bukan lagi sesisip pisang yang rosak, malah pokok2 dan daun2nya sekali turut rosak.

Ada apa dengan pemimpin sekarang? Ada kereta mewah? Rumah besar? Harta berkoyan-koyan? Yaaa...memang itu yang pemimpin kita ada. Tetapi berapa ramaikah yang ADA usaha yang bersungguh-sungguh membangunkan rakyat mereka dari segi rohani dan jasmani? Saya tidak mahu mengupas labih lanjut, cukuplah saya menulis apa yang saya rasa sekarang.

Tertubuhnya pusat2 hiburan, pusat2 karaoke, kelab2 eksklusif, lahirnya artis2, hiburan2 yang mengasyikkan, rancangan2 televisyen yang melalaikan. Dari siapakah semua ini mendapat kelulusan? Malah penjualan rokok yang masih lagi berleluasa walaupun harga naik melambung-lambung dan gambar2 yang mengerikan sudah terlekat di kotak2 rokok tersebut. Namun masih juga mendapat sambutan. Jika benar bersungguh2, mengapa tidak dibatalkan saja lesen2 pengilang tersebut? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan artis sekarang? Badan seksi? Tangkap khalwat? Glamour? Clubbing? Beg tangan RM40k? Dadah? Yaaa...itulah yang mereka ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA ciri-ciri islami yang boleh dijadikan contoh masyarakat? Yang menghairankan saya, bila tertangkapnya seorang peminum arak,mereka menghebahkannya. Mungkin dua,tiga atau sepuluh orang. Tetapi bagaimana dengan peminum2 khamr yang lain?? Beribu2,berjuta2 bahkan mungkin separuh daripada rakyat Malaysia.. Dan yang lebih menghairankan saya apabila khamr ini menjadi kebiasaan dalam golongan artis tetapi tiada tindakan pula yang diambil. Malahan saya pernah terlihat gambar seorang pemimpin 'pemuda' yang duduk di kelab, dikelilingi wanita dan di depannya botol2 khamr.. Mengapa mengambil tindakan yang saya lihat seolah seperti mahu tidak mahu sahaja? Ehh,siapalah saya yang berkelulusan STPM hendak mempersoalkan tindakan kerajaan yang bijaksana ini.

Ada apa dengan remaja sekarang? Seks bebas? Pornografi? SMS? Finalis rancangan realiti tv? Gangsterisme? Dadah? Rokok? Lari ke Lombok? Yaaa...itulah yang remaja sekarang ada. Tapi berapa ramaikah yang ADA cita-cita untuk menjadi remaja yang tinggi nilai moralnya, mulia pekertinya, dan Islam itu pegangannya? Saya juga remaja...dan usia remaja seperti kami terlalu banyak cabarannya. Kami, bukan tinggal di gurun pasir, kami bukan tinggal di hutan belantara, kami bukan tinggal di Planet Marikh, tetapi kami tinggal di Malaysia...Malaysia yang ADA segala-galanya. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami ke disko asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami merokok, asalkan kami berusia 18 TAHUN KE ATAS. Pemimpin kami tidak kisah jikalau kami menukar agama sekalipun, asalkan kami berusia 18TAHUN KE ATAS..

Malah dikalangan para Ulama' di Malaysia ini sedang sibuk bertengkar, sedang sibuk saman menyaman antara mereka, sedang sibuk dengan anugerah2 yang mereka terima. Ibu bapa kami pun sibuk bekerja, sibuk mengumpul harta. Mereka terlepas pandang ke arah kami... Kami ini kian rosak,lantaran pemimpin-pemimpin kami,ulama-ulama kami dan ibu bapa kami yang bijaksana terlalu sibuk dengan urusan mereka...


wallahu'alam...

"Sesungguhnya yang halal itu terang(jelas) dan yang haram itu terang dan di antara keduanya pula terdapat perkara2 yang shubhat (tidak jelas halal atau haramnya) yang tiada diketahiu oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara2 yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara yang haram. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andai ianya baik, maka baiklah seluruh jasad itu. Dan sekiranya ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.."

p/s: ...(T_T)...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 kata mereka:

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Semalam kita dikejutkan pula oleh kematian kanak-kanak 3 tahun oleh kekasih ibunya. Masya Allah.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

zaman yang dah nak menuju kiamat.. macam2 perkara2 buruk berlaku 1 demi 1.. bersedialah mempersiapkan diri kita sebelum tibanya hari yang dinantikan tue.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
Laman Web Stormreaders - http://www.stormreaders.co.cc/
Kedai Buku "Online" Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Jom sertai Stormreaders! Dapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat Stormreaders, produk-produk ilmiah edarannya & cara-cara untuk menjadi ahli dan pengedar di http://www.stormreaders.co.cc/ sekarang!

Jamal Rafaie said...

Sedig gak dengar berita pelik2 yg berlaku sekarang.. Masya-Allah..

Mungkin inilah zaman yang Nabi sebut akan tiba 1 zaman di mana masyarakatnya dah lupa dengan Allah, cinta dunia dan takutkan mati..

Nauzubillah.. Sama2lah kita membentuk ummah yang gemilang.. Insya-Allah..

sani tensai said...

saya bersalah...huhu~