RSS
Container Icon

Maafkanlah.......

bismillah...

Segala puji bagi Allah yang Menciptakan Cik NurQaseh yang cute lagi cun 'giler'... Dan Segala puji Bagi-Nya juga kerana menurunkan ketidaktenangan di dalam hati Cik NurQaseh yang menyebabkan beliau menjadi seperti orang gila meroyan. Mungkin Allah mahu saya lebih mendekatinya, melebihkan beramal ibadat kepada-Nya, dan mungkin Allah mahu saya meninggalkan segala bentuk nikmat yang melalaikan di dunia yang fana ini.

Sebelum saya merepek dengan lebih panjang, saya ingin berkongsi satu cerita yang membuatkan hati saya panas dan mendidih.. Jika anda baca akhbar kelmarin (akhbar sinar harian kalo tak silap) di muka depan akhbar tersebut terpampang tajuk "Padah Cumbu Dalam Masjid". Pe cer ni??

Begini kisahnya, kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari kampung saya. Ada seorang gadis bawah umur sedang menunggu kekasih hatinya di masjid yang berkenaan. Lalu teman lelaki gadis hingusan tersebut pun datang la ke masjid tu. Kire dating dalam masjid laa...Bila mata dah bertentang mata, lidah kelu tidak terkata, mereka pun melepaskan rindu masing2. Lepas tu....berlaku la aksi2 18sx yang memang tak sepatutnya berlaku dalam masjid. Maklum la masa kejadian tu berlaku, memang takde orang dalam masjid, so line memang tersangat la clear.

Tapi, pada masa yang sama tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah diperhatikan oleh beberapa orang penduduk kampung yang telah lama menghidu perbuatan mereka(tunggu masa nak cekup jer). Sedang mereka asyik memadu asmara, penduduk kampung yang sejak tadi menjadi pemerhati memulakan tugas mereka dengan menyergah pasangan itu kemudian menarik lelaki tersebut keluar dari masjid. Kemudian....

Dusyumm!!! dusyum!! dush! dush! dush! Arrghhh...!!! panggg!!! dushhhh3445...!!!

Remaja lelaki itu telah dibelasah oleh penduduk kampung termasuk pak bilal kampung tersebut dengan batang besi sehingga koma dan telah dikejarkan ke Hospital Melaka dan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Pak bilal dan orang2 kampung yang membelasah remaja itu telah pun ditahan reman oleh pihak polis...

Dan hari ini, pada saat entri ini ditulis, saya telah dikhabarkan bahawa remaja lelaki yang koma itu telah pun menghadap Allah SWT....innalillah....
Al-Fatihah untuk allahyarham...


Siapa kita??

Siapa kita hendak menjatuhkan hukum sesuka hati? Sudah sucikah kita? Sudah maksumkah kita hingga tidak dapat memaafkan manusia yang punya warna darah yang sama dengan kita?

Yaa...memang mereka bersalah. Mereka bersalah kerana mencemar kesucian rumah Allah. Mereka bersalah kerana mencemar kesucian mereka sendiri. Mereka bersalah kerana terlalu mengikut kata hati yang membinasakan diri. Tapi dek kerana tiada kesabaran dalam hati, maka masyarakat dengan sendiri menghukum mereka tanpa diberi peluang pada anak2 muda ini untuk bertaubat. Sudahnya, hamba Allah yang bersalah itu ditarik nyawanya dalam keadaan yang begitu mengaibkan... Tiada langsung peluang diberikan...


“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).


Lihat... Allah itu Maha Pemaaf, Allah itu penuh dengan rasa cinta, Allah itu Maha Pengampun, Allah itu kasih pada setiap hamba yang diciptakan-Nya. Sangat menyedihkan bila kita yang hanya seorang hamba ini amat bongkak sekali. Adakah anda ingat lagi kisah seorang anak yang membunuh ayah,adik,datuk dan nenek beliau sendiri? Pembunuhan yang amat2 tragis... Adakah anda lihat bagaimana ibu beliau memaafkan dan tetap menyayangi pembunuh suami dan anaknya sendiri? Kisah yang sangat meruntun hati...

Kata teman saya, hidup ini terlalu singkat untuk tidak memaafkan. Maafkanlah... Tiada apa yang dirugikan, malah bertambah pula ganjaran...Buat gadis yang terlibat, masih ada peluang baginya untuk bertaubat. Mungkin kejadian ini membuatkan beliau lebih dekat dengan Sang Khaliq. Dan mungkin kejadian ini memberi hikmah yang begitu besar buat beliau mahupun buat mereka yang bertindak mengikut kata hati.

Si gadis dan allahyarham memang terang2 melakukan dosa, dan sudah terang2 mereka kalah melawan nafsu syahwat. Tetapi yang bertindak diluar perikemanusiaan itu juga sudah terang2 menunjukkan diri mereka tewas ditangan nafsu amarah mereka...Dan sesungguhnya orang2 yang kuat itu adalah mereka yang bersabar...

“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: “sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (An-Nisaa’: 18)

Segala puji bagi Allah Yang maha Pengampun, Segala puji bagi Allah Yang Maha Mencintai, Segala puji bagi Allah yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan nafsu dan kasih sayang. Dan Segala puji bagi Allah yang Mengabulkan doa hamba2-Nya, saya mendoakan agar Allahyarham diampuni segala dosanya, ditempatkan dalam kalangan orang2 yang mendapat rahmat...amin....


p/s: Ahh malas nk taip lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 kata mereka:

Azhar Hashim said...

Salam..

Kalau saya..saya tak pakai la batang besi tu.

Saya pancung dgn parang terus!