RSS
Container Icon

Saya Akan Mati...

bismillah....




Segala puji bagi Allah, Tuhan bagi sekalian alam yang berdiri dengan sendirinya. Alhamdulillah, sujud dan syukur saya kepadaNya kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini dan masih dapat merasai kasih sayang keluarga yang tercinta. Tak tergambar rasanya bagaimana jika kita kehilangan insan-insan yang kita sayangi. Dan tak tergambar juga perasaan mereka jika kehilangan Cik NurQaseh a.k.a DakDek yang cumil lagi menawan ini.. :p Yang pastinya, saat kehilangan itu tetapkan datang, tanpa kita tahu bila waktu ketikanya.




Tanggal 10/10/2010, adalah suatu tarikh yang begitu menarik pada pandangan saya, kerana sungguh ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari itu. Makanya, Cik NurQaseh berasa kekenyangan ditahap yang maksima akibat membaham segala juadah-juadah yang terhidang di setiap rumah(ada 4 buah rumah yg buat kenduri). Tetapi pada tanggal itu jugalah berlaku sesuatu kejadian yang amat menyayat hati. Berlaku kemalangan ngeri yang mengakibatkan 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas. Ramai jugak orang kampung saya yang terlibat. Mereka semua dari Melaka Sentral nak ke Kuala Lumpur. Cerita ni dah 6 hari berlalu....Saya takde mood nak ulas masa benda tu mula-mula berlaku kerana itulah masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri...isk3...(T_T).




Keesokan harinya selepas kejadian itu berlaku, seorang rakan sepejabat dengan saya mengajak saya melihat video kemalangan itu di fesbuk beliau. Ngeri saya tengok...Ada tangan terputus, ada mayat tanpa kepala, ada jantung kat tengah-tengah jalan. Saya tak pasti macam mana jantung tu boleh terkeluar dari badan mangsa. Elok je terletak atas jalan raya. Darah merata-rata...mengalir air mata saya. Dalam hati saya menyumpah-nyumpah si pemandu bas yang dikatakan memandu terlalu laju. Sebab dia memandu secara berbahaya, orang lain yang jadi mangsa.




Dan saya tersedar selepas itu, betapa besar dosa saya yang seolah-olah marah dengan ketentuan Tuhan. Dialah yang menentuan segala-galanya. Semuanya Allah belaka...(T_T). Teringat saya akan kata-kata seorang ahli jemaah merangkap ustaz saya, sakit dan mati itu tiada kaitan. Sesiapa sahaja boleh mati tanpa asbab penyakit dan lain-lainnya. Macam saya la...Saya selalu berfikir bahawa umur saya panjang dan boleh menimang 7 orang anak dan berpuluh-puluh cucu dan cicit. Siapa tahu ditakdirkan Allah saya akan mati dalam usia yang muda hanya kerana tercekik kuih koci! Mungkin masyarakat akan menyalahkan arwah Cik NurQaseh sendiri kerana makan kuih koci dengan begitu lahap sekali walhal sebelum ini Cik NurQaseh adalah seorang yang lemah lembut dan amat berhemah ketika menyuap makanan... (-_-")




Sebelum lahirnya anak Adam ke muka bumi ini, Allah telah pun menetapkan rezeki, perjalanan hidup, jodoh, dan ajal. Dan bila sampai waktunya ajal kita, maka tiada apa yang boleh menghalangnya hatta tanpa sebarang penyakit. Pada ketika daun yang tertulis nama kita yang terletak di atas arasy Allah telah gugur,malaikat maut pun memulakan tugasnya dan akan mengikuti kita sepanjang waktu hinggalah pada waktu yang ditetapkan Allah, maka terpisahlah roh dari jasad anak Adam itu. Eksiden, tercekik kuih, terbunuh, dibunuh, disengat tebuan tanah, jatuh longkang, terhantuk tiang letrik lalu mati, semua itu sudah ditentukan.




Dalam biografi Rabi' bin Khaitsam disebutkan ketika dia menderita sakit keras, orang ramai bertanya kepada beliau, "Nak tak kalau kami panggilkan doktor untuk kamu?" Lalu beliau menjawab, "Sebenarnya aku memang nak panggil doktor, tapi bile aku fikir-fikir balik tak jadi la panggil doktor. Sebabnya doktor yang akan mengubati ku juga akan mati.."

Saya ada terbaca satu syair arab, lebih kurang gini la terjemahannya,

"Bagaimana aku akan mengadukan sakitku kepada doktor,
Sementara yang mengirimkan sakitku adalah Doktorku...."
(serangkap je suda)

Paham tak??? (-_-")




Biasanya kalau ada orang meninggal dunia contohnya akibat sakit kanser, mesti orang akan cakap dia meninggal SEBAB sakit kanser. Bila orang meninggal dunia sebab eksiden, orang akan cakap dia bawak kete laju sangat SEBAB tu eksiden. Memang betul pun sebab-sebabnya, tapi bagi kita orang-orang yang beriman ni lebih manis jika kita kata SEBABnya kerana ajalnya sudah tiba. Tadi ada seorang sahabat ni telefon Cik NurQaseh, borak-borak pasal mati...Then dia cerita hari tu ada berita pasal orang putih buat terjun payung pastu ada masalah teknikal dia pun terjatuh atas tanah beribu-ribu kaki dari udara. But he still alive.... Allahu'akbar! Allah Maha Besar... Dia Maha Berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Lepas tu sahabat saya ni cerita pasal sorang budak remaja yang nak bunuh diri. Dia dengan konfidennya menggantung diri dengan harapan dia akan kiok selepas itu. Tapi selepas satu jam tergantung dia tak jugak mati-mati. Ehehe...last-last tak jadi nak bunuh diri SEBABnya Allah belum nak dia mati.




Jadi kesimpulan yang saya dan sahabat saya buat, ajal dan penyakit @ lain-lain asbab tiada kaitan. Pada pandangan kami yang jahil lagi hina dan tak pandai ni, penyakit,eksiden,dibunuh dan lain-lainnya adalah suatu bentuk peringatan atau kaffarah dosa-dosa yang lampau. Kami tak nak berburuk sangka terhadap Allah, kami taknak menghakimi apa yang telah ditentukan kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui, dan tidaklah Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.




Mesti ada orang cakap saya ni berfikiran kolot...Baru sebentar tadi saya bacakan kisah Abu Bakar As-Siddiq kepada rakan sepejabat saya. Begini kisahnya, ketika ajal menghampiri Abu Bakar As-Siddiq, para sahabat berkata kepadanya, "Wahai Khalifah Rasulullah, mahukah kau jika kami panggilkan doktor untukmu?" Lalu Abu Bakar menjawab, "Tak payah laa, doktor sudah datang menjengukku..." Para sahabat bertanya, "Apakah yang dikatakan doktor kepadamu?" Abu Bakar menjawab, "Dia (Allah) mengatakan:'Sesungguhnya Aku Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang Aku kehendaki.."

Selepas saya bercerita mengenai kisah di atas, saya pun berkata kepada rakan saya ni, "Waaaa...bagusnye Khalifah Abu Bakar ni. Iman dia tinggi... Nak jadi macam dia jugak la..."

Lalu rakan saya menjawab, "Ish kau ni...Tak bagus la...Kite kena usaha cari ubat kalau sakit. Doktor takde keje la kalau macam tu...kolot tol kau ni Nur..."



Hambek kaw...kan dah kena 'kolot'... Sahabat nabi tuu..,tinggi maqam dia. Manusia mana lagi yang saya nak contohi kalau bukan orang-orang hebat seperti Nabi, para sahabat dan wali-waliNya. Tapii...saya ni cakap je lebih kot. Kalau demam saya pi jugak klinik (sebab nak amek MC, pastu bagi kat boss) huhu... hmmmm... (T_T) Sedih secara tiba-tiba la pulak... Dahla, saya rasa panjang sangat dah entri saya ni. Orang pun naik buhsan baca panjang-panjang...




Allahu'alam...




p/s: Syukran jiddan kepada pembaca QalamNur ni yea...ingat xde orang baca...hihi... ade yg jauh kat Moscow sane tuh.. Kat Indonesia, kat Malaysia, kat mana2 jela... Toce toce... (^^,)

p/s lagi: bajet 2011 ni macam takde harapan je nak dapat bonos..huahuahua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 kata mereka:

acap said...

raya ari tu kan da dpt bons..500.. bg plak yg belah swasta ni haa...heheh