RSS
Container Icon

Mata Cantik (@_@)

bismillah...


Hari ini hari Sabtu ye kawan-kawan. Hari ini saya bercuti. Hari ini saya rasa sakit tulang sebab rasa sejuk. Hari ini saya masak sendiri kat dapur, jangan tak taw. Hari ini tangkap ayam sendiri, terer kan? Best tak muqqaddimah saya hari ini? Thehehe...



Tanpa berlengah lagi saya nak taip satu cerita berkenaan dengan seorang waliyullah yang terkenal iaitu Hasan Al-Basri. Siapa tak kenal dengan dia ni. Wali Allah yang hebat dan terkenal dengan kezuhudannya. Pasti dah ramai yang tahu tentang kisah dia dengan seorang wanita yang bermata cantik tu kan? Dengan kerajinan ditahap maksima, saya dengan sukacitanya ingin mengulang kembali kisah tersebut di QalamCahaya yang serba dhaif ini.



Begini kisahnya...



Pada suatu hari Hasan al-Basri sedang berjalan-jalan dan tiba-tiba beliau terlihat seorang wanita yang cantik matanya (sebab nampak mata je). "Tu dia! cantiknya mata!" Hasan al-Basri pun terus mengikuti wanita tersebut dengan rasa cinta dan nafsu yang membuak-buak. Wanita itu menoleh lalu berkata, "Sedara ni tak tau malu ka?". Hasan al-Basri menjawab, "Malu pada sapa plak ceq?" Wanita itu berkata kembali, "Malu kepada Zat yang Maha Mengetahui, matamu berbuat khianat dan apa-apa lintasan yang berada dalam hatimu!"





Hasan al-Basri tidak mempedulikan kata-kata itu kerana hatinya telah dikuasai nafsu. Lalu beliau terus mengikuti wanita bermata cantik itu. Wanita tersebut bertanya, "Awat sedara asyik follow saya?". Hasan al-Basri menjawab, "Sungguh aku terpana melihat keindahan matamu." Wanita itu berkata, "Tunggulah di sini, akan ku kirimkan apa yang engkau kehendaki." Hasan al-Basri pun tunggu la perempuan tu kat situ kerana beranggapan wanita tu pun dah jatuh cinta dengan dia.



Tak berapa lama kemudian muncullah seorang pembantu wanita itu membawa bekas yang ditutup dengan sapu tangan. Apabila Hasan al-Basri membuka penutup tersebut, maka terkejutlah dia kerana di dalam bekas tersebut terdapat dua biji mata wanita cantik pujaannya. Pembantu wanita tersebut berkata kepada Hasan al-Basri, "Tuan saya ada berkata : Aku tidak ingin mata yang membuat fitnah dan mempersonakan orang." Sebaik sahaja Hasan al-Basri mendengar kenyataan tersebut, gementarlah tubuh badannya dan berdirilah bulu romanya lalu dia memegang janggutnya serta berkata kepada dirinya sendiri, "Celakalah engkau! Sudah berjanggut tetapi mengapa tidak ada rasa malu terhadap perempuan cantik itu!" Dia terus bertaubat dan kembali ke rumahnya serta menangis semalaman.



Keesokan paginya Hasan al-Basri kembali ke rumah perempuan cantik itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah perempuan itu, Hasan al-Basri terdengar suara tangisan dari dalam rumah tersebut. Dia bertanya orang di situ tentang apa yang berlaku. Lalu dia dikhabarkan bahawa pemilik rumah tersebut telah meninggal dunia. Hasan al-Basri kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada hari yang ketiga,beliau bermimpi melihat wanita cantik itu sudah berada di dalam syurga. Hasan berkata kepadanya, "Maafkanlah kesalahanku kepadamu wahai wanita yang cantik." Jawab wanita itu, "Sungguh! Sudah aku maafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah disebabkan engkau."



Hasan meminta nasihat kepada wanita itu. Lalu wanita tersebut berkata, "Jika engkau bersendirian, berzikirlah dan ingatlah Allah pada setiap pagi dan petang, beristigfar serta memohon ampun kepada Allah." Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang sufi yang masyhur dan terkenal dengan kezuhudannya. Akhirnya, dia pun memperoleh maqam yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah...



(T_T) End of the story...



Saya cepat sebak dengan kisah-kisah sebegini walaupun lapan puluh ratus juta kali saya baca atau saya ceritakan kepada sesiapa. Yang sebenarnya saya nak cerita, tadi saya buka email saya. Ada seorang hamba Allah ni bagi email kat saya. Dia tegur supaya saya tak masukkan gambar-gambar saya dalam blog walaupun hanya nampak mata je. Thehehe.... Katanya boleh timbul fitnah. Kalau ada ikhwan tengok musti dia bayangkan macam mana la muka cik NurQaseh ni, comey ke idak yer.



Gembiranya saya sebab ada orang tegur walaupun saya rasa takde orang pun yang jatuh hati kat mata saya ni. Tapi tak tau la kalau-kalau ada yang suka tengok mata saya kat blog saya ni...thehehe... Orang-orang yang beriman tu adalah orang-orang yang mendengar nasihat ye kawan-kawan. Jadi terima kasihlah kepada hamba Allah yang berkenaan, Jayyid name dia. Terima kasih sebab sudi menyinggahkan diri anda ke blog dhaif dan memberi secebis nasihat buat insan hina bernama NurQaseh binti Hj. Muhammad ni. Semoga Allah memberkati hidup anda di dunia dan mendapat ganjaran di akhirat sana.



Perlu diingat bahawa cik NurQaseh mempunyai penyakit gila gambar+gila edit gambar+gila kamera atau dalam bahasa saintifiknya photobsessionismeditlycenia disorder. Walaupun penyakit ini telah berkurang sejak saya deactivate Facebook, tapi kadang-kadang tu agak tak tertahan jugak lah nak publish gambar yang saya tangkap sendiri. Thehehe... Maafkan saya ye kawan-kawan. Ampunkan saya Ya Allah... :)



Allahu'alam...



p/s: saya padam gambar saya dalam blog ni ye. Tapi saya letak gambar saya yang lain... ahaha... Bleh ker gitu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 kata mereka:

Buck said...

hmmm...langkah pencegahan kepada 'penyakit' photo____disorder..apakata nur pakai cermin mata hitam,,then bru amek gmbr..:D

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

saya ni rabun tahap dewa 19 ceq.. pakai spek hitam mungkin akan menyerlahkan lagi kerabunan saya... thehehe...

Buck said...

:D hehehe.. wahh,fuyooo..bru ceq tw ade tahap y tggi sebegitu..:D pada tahap yang sedemikian, maka wajarlah kirenya nur mencari spek itam yang ade power bersesuain tahap ke'power'an itu.. (x_x)