RSS
Container Icon

Siapakah Saya???

bismillah...


Pesan Maulana Syeikh Nazim Al-Haqqani Nasyqbandi yang saya suka baca berulang-ulang sampai tertido... Kata-kata sufi yang sangat terkesan dalam jiwa CIk NurQaseh yang tak pernah belajar mengenal diri.... isk3....


Allahu Akbar Allahu Akbar la ilaha illAllah, Allahu Akbar wa lillahil hamd..alfu salat alfu salam ala Sayyidil awwalina wal aklhirin habibil Rabbil alamin, Sayyidil awalina wal akhirin..ya Sayyidi ya Rasulallah ishfa lana.. Audhu billahi minash shaitanir rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim. Subhansin Sultansin ya Rabb. Maha Suci Engkau, Engkaulah Sultan Ya Tuhan!


Wahai manusia, pengunjung-pengunjung kami dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Kami memohon kemuliaan Penutup Para Nabi dari Tuhan Syurgawi, Pencipta kami, kerana kita berada pada titik tersebut, jika kita berjalan di atasnya, kita akan terjerumus ke dalam neraka! Tiada satu pun yang dapat memberhentikannya, tapi selama mana kita diciptakan sebagai khalifah, pembantu, di planet ini, selama itulah kita mempunyai tanggungjawab. Dan sesiapa yang mempunyai tanggungjawab akan dipersoal, mereka akan disoal, “ Apa yang telah kamu lakukan? Apa yang telah kamu pelajari? Apa yang kamu tahu?”. Kita akan disoal kerana kita mempunyai tanggungjawab dan kita adalah semulia-mulia makhluk yang diciptakan, dan Allah Taala telah membusanai manusia dengan kemuliaan yang sangat tinggi yang bahkan Para Malaikat pun tidak mencapainya. Apabila Allah Taala menyatakan kepada penghuni syurga, kepada Para Malaikat, bahawa, “Aku akan mencipta sesuatu, yang menunjuk atau membawa ciptaan yang baru dalam kewujudan, yang baru. Dan Aku akan membusanai mereka dengan kemuliaan yang tinggi, dan Aku akan menjadikan mereka sebagai khalifah di Bumi.” Dan Para Malaikat berfikir bahawa kemuliaan yang tinggi adalah milik mereka. Dan Allah Taala telah mengatakan, “ Aku membawa sesuatu perkara yang lain yang sampai sekarang tidak ada yang mengetahui. Aku membawa mereka dan Aku membusanai mereka dengan sebuah kemuliaan yang tidak ada satu pun dari kalangan kamu yang mencapai kemuliaan itu.”

Kita mesti kenal diri kita sendiri. Kita harus bertanya, “Siapakah aku?” Tetapi maaf kerana terpaksa mengatakan bahawa semua manusia pada hari ini tidak tertarik untuk mengenal dan mengetahui tentang diri mereka sendiri. Mereka berfikir bahawa mereka diciptakan hanya untuk berseronok dengan diri mereka melalui hal-hal keduniaan. Saya minta maaf untuk menyatakan ini, tetapi ini adalah hakikat yang sebenarnya, bahawa manusia tidak pernah tertarik pada diri mereka sendiri. Mereka melihat sekeliling mereka, di bawah tapak kaki mereka, apakah ia atau kepala mereka, apakah itu, tetapi tidak ada seorang pun yang tertarik terhadap diri mereka sendiri. Tidak ada seorang pun yang berkata, “Siapakah aku?” Itu adalah kesilapan terbesar manusia, meninggalkan diri mereka sendiri, dan lari jauh dari diri sendiri. Manusia lari daripada hakikat kejadian mereka. Lari jauh. Kenapa? Kenapa kamu tidak tertarik untuk mengenali siapakah diri kamu? Saya pada mulanya tiada dalam kewujudan, kemudian dikeluarkan daripada rahim ibu saya. Saya tidak tahu apa-apa. Dan selepas beberapa ketika saya cuba untuk keluar dan dengan banyaknya kesakitan datang pada ibu saya sehingga saya keluar. Siapa yang menciptakan saya di dalam rahim ibu saya? Bagaimana saya keluar? Saya masuk ke dalam rahim sebagai sel, satu sel..bagaimana saya menjadi manusia lengkap dengan segala-galanya dan meminta dan menjadikan ibu saya keluarkan saya? Dia (ibu) sangat gembira dengan saya berada di dalam. Tetapi saya tidak gembira dengan menendang pintu untuk dibuka. Saya keluar. Cukup di sini! Saya mesti keluar! Allahu Akbar..Allahu Akbar. Kita keluar, menangis, menangis….

Siapakah itu? Siapakah yang menciptakan saya dan kesemua orang juga, yang datang dengan cara yang sama? Tidak pernah fikirkannya? Dan tanpa kehendak saya, saya dari hari ke hari membesar, membesar, tetapi tumbesaran saya mencapai pada satu titik dan kemudian berhenti. Apabila saya mencapai 1 ½ meter atau 2 meter, tetapi selepas itu tumbesaran saya terhenti. Siapa yang menjadikan saya untuk tidak membesar lagi?” Lailaha illallah. Manusia mabuk, manusia mabuk. Tidak pernah menggunakan pemikiran mereka. Kemudian pemahaman mereka semakin meluas, lagi dan lagi, dan mereka akan mengetahui tentang segala-galanya tetapi mereka terkecuali. Mereka cuba untuk mengetahui segalanya, tetapi mereka lupa. “Siapa yang menjadikan saya dan saya membesar, membesar dan kemudian semakin ke bawah, ke bawah dan satu hari nanti saya akan habis, tamat. Saya tidak lagi bernafas, saya tidak lagi melihat, saya tidak lagi makan atau minum, saya tidak lagi bekerja, saya tidak lagi melihat apa-apa.” Hal-hal ini, mereka tidak lagi memikirkannya. Tiga juta atau lima juta orang dan kamu tidak dapat mencari apapun kecuali segelintir manusia yang memikirkannya dan semua orang tidak pernah berfikir. Lailaha illallah.

Wahai manusia, Tuhan Syugawi baru sahaja menyampaikan kepada kami sesuatu untuk memikirkan tentang permulaan dan pengakhiran kami. Dan dunia kita mempunyai permulaan dan ia tidak seperti seratus tahun atau seribu tahun yang lalu, dunia kita berubah, bergerak, berubah, dan tidak ada seorang pun yang bertanya apa yang telah terjadi kepada dunia. Terlalu banyak peristiwa yang tidak diketahui dan tidak dijangka yang akan datang, dan manusia sekarang seperti mabuk, alpa dengan teknologi mereka. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup untuk mereka atau jangkaan terakhir bagi mereka untuk mengawal segala-galanya melalui teknologi, kerana mereka adalah orang-orang yang mabuk. Teknologi tidak boleh diarahkan dengan kekuatan kita, dan ia mempunyai had. Selepas had tersebut, sangat mustahil untuk bergerak setapak lebih daripada itu. Kita berada di dalamnya sekarang. Wahai manusia, kita akan pergi ke dunia yang lain. Seperti kita berada di dalam dunia yang tidak diketahui dan kemudian datang ke sini, manusia, kesemua mereka, akan pergi ke tempat lain yang tidak diketahui. Itu adalah ilmu yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kita memilih orang-orang tertentu untuk mengajar kita tentang apa yang akan berlaku kepada manusia, secara individual atau secara awam. Tetapi sekarang manusia mengejar teknologi dan mereka sangat gembira dan sangat bangga. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup bagi mereka dan segala-galanya.

Saya fikir bahawa setiap orang pada hari ini mendengar hal yang besar telah terjadi di Timur Jauh iaitu sebuah gempa bumi dan juga tsunami. Kaca itu yang mereka cipta (tv), menunjukkan kepada semua bangsa, kepada manusia, bahawa mereka nampak dan melihat gelombang yang besar daripada samudera, lautan melanda Jepun dan sangat banyak negara mengambilnya melalui teknologi mereka. Teknologi tidak pernah melakukan apa-apa, dan ianya lenyap. Saya bertanya, sebagai manusia yang bangga, dengan teknologi dan bom-bom kamu, dengan kamu mempunyai seratus atau seribu kuasa nuklear, bolehkah kamu memberhentikannya? Di mana masyarakat Eropah dan Amerika yang sangat bangga, itu berlaku di Timur Jauh, di Jepun, apakah titik tertinggi kuasa kamu, hanya menunjukkan kepada kamu yang kuasa kamu bukanlah apa-apa! “Jika saya memerintahkan untuk menggerakkan lautan ke atas kamu, dalam masa 24 jam, bukan sahaja Jepun atau tempat-tempat yang lain, Tsunami tersebut boleh meliputi 5 benua. Kesemua mereka akan dilanda.” Ini adalah sangat penting. Tuhan Syurgawi mahu menunjukkan kepada makhluk-Nya yang terdiri daripada manusia. “Jika Aku mahu mengambil engkau, Aku akan mengambil engkau. Itu adalah hal yang sangat mudah, Tsunami. Aku juga boleh memerintahkan sebuah lagi untuk engkau juga, tidak dengan menggunakan penghuni langit, daripada engkau Aku memerintahkan seseorang dari kalangan kamu semua untuk menendang dunia ini seperti bola sepak dan ia akan lenyap, musnah.”

Wahai manusia! Ke marilah dan dengar dan pelajarilah perintah-perintah langit dan turutilah undang-undang syurga yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kamu, sampaikan kepada kamu atau satu hari nanti benua-benua tenggelam ke bawah atau Tsunami akan meninggi dan melanda kesemua mereka. Marhaban! Selamat datang! Jepun adalah negara teknologi nombor satu dan rakyatnya, pengikut-pengikutnya telah diambil. Dan undang-undang suci telah sampai kepada saya, dan saya hamba yang lemah memberi amaran kepada semua bangsa, dan saya juga memberi amaran kepada Gadafi, Tarwani, Syaitani, Jinni…jaga adab kamu, jaga keterbatasan kamu, dan jadilah hamba yang merendah diri! Jangan menjerit dengan suara yang lantang. Jaga adab kamu! Allah memerintahkan kamu untuk menjaga hamba-hamba-Nya, dan dia tidak melakukan yang terbaik kepada bangsanya untuk melakukan yang terbaik buat mereka. Dia cuba untuk melakukan hal-hal buruk bagi saudara-saudaranya, dan dia telah melakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri, bukan untuk bangsanya, dan bangsanya bangkit mengatakan, “Kami tidak suka kepada kamu!” dan sangat banyak negara sekarang melalui Tunisia, Algeria, Mesir, melalui Iraq, melalui Turki…dan sangat banyak tirani mengatakan, “Aku tidak sukakan engkau,” dan mengancam. Jaga batasan kamu! Jangan berkata, kami boleh berhentikan Tsunami, dan bahkan seorang sahaja (Wali Allah) boleh menenggelamkan China di bawah beberapa Tsunami. Jangan katakan, kami sejuta, dua juta orang, mereka boleh mengambil sehingga tiada seorang pun di sana.

Wahai manusia, bahawa amaran dari langit, berkata, “Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut! Jika mereka tidak melakukan itu, saya telah diperintahkan untuk meninggalkan Cyprus dan pergi ke tempat yang belum diketahui, dan apakah yang akan datang kepada mereka. Ini adalah untuk Bangsa Cypriot dan Greek, kerana mereka melakukan hal-hal yang dibenci. Mudah-mudahan Allah mengampuni saya, kerana dosa-dosa saya mungkin akan membawa mereka kepada kutukan. Saya harus pergi jauh.

Wahai manusia, sekarang kita telah sampai pada keterbatasan, had kehidupan manusia di atas planet ini dan sangat banyak tanda-tanda yang datang. Saya gembira dengan darwish-darwish kami, murid-murid, pengikut-pengikut kami dan di sana ada juga amaran untuk mereka. Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon, kiamat akan tiba tidak lama lagi! Sesiapa yang hendak datang ke sini, mereka harus melihat pada keadaan. Dan jika mereka datang, 3 hari untuk berziarah, cukup. Tinggal di rumah kamu. Kamu mesti lihat jika sesuai untuk berziarah ke sini. Jangan berniat untuk berada di sini lebih daripada 3 hari. Kamu mesti menjaga rumah kamu, anak-anak kamu, keluarga kamu, dan kamu mesti membimbing mereka. 3 hari untuk beziarah ke sini, kemudian kamu mesti pergi kerana mungkin keadaan di sini tidak baik untuk kamu, datang dan jangan pergi atau mungkin kamu akan tenggelam ke bawah dan tidak naik ke atas lagi. 3 hari sahaja untuk berziarah ke sini, kerana apabila Armageddon bermula, tidak ada lagi kapal, tidak ada lagi pesawat untuk tinggalkan pulau ini untuk balik ke tempat kamu.

Ini adalah perintah yang baru untuk orang-orang syurgawi untuk membangunkan kamu. Jagalah diri kamu bersama keluarga kamu, dengan anak-anak kamu. Dan cubalah untuk berada di desa-desa, luar bandar kerana bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang sangat besar. Tempat yang selamat hanya di luar bandar. Bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang amat tinggi. Jagalah ia. Sehingga hari ini, saya masih menyambut, orang-orang boleh datang untuk berada di sini. Tetapi selepas malam tadi saya telah diperintahkan untuk memberitahu kepada saudara-saudara kita daripada negara-negara lain untuk lihat pada keadaan, kerana selepas satu jam kemungkinan ia selesai: tiada lagi kapal, tiada lagi pesawat. Jika perlu, 3 hari dan kamu habis, kamu mesti pergi untuk bersama keluarga kamu. Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Fatihah!

Jangan membazir, simpan sesuatu sekurang-sekurangnya ia cukup bagi kamu untuk 40 hari. Jangan membazir, jangan membazir. Pembaziran akan membawa manusia kepada bebanan yang berat, semoga Allah mengampuni kita bagi kemuliaan Pengkhatam Para Nabi SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda. Fatihah!




Allahu'alam....


p/s: saya tak paham yang pasal 3 hari tu....sesiapa alim ulama yang baca blog saya ni leh terangkan (alim ulama nak baca blog dakdek???? OMG!!)

p/s: saya terasa rindu.... (T_T)


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Singkatnye!

bismillah...



singkatnya hidup ni...



tapi jauh lagi perjalanan...



cepatnya masa berlalu...



tapi lambat sungguh jam punch card berdetik...



hari ni masih bernyawa...



esok lusa tak pasti lagi...



hari ni masih bujang...



esok lusa tak pasti lagi...eceh!



hari ni ada orang-orang yang tersayang di sisi...



esok lusa tak pasti lagi...



hari ni ada di Malaysia...



esok lusa mungkin ada di Gaza...



hari ni ada di atas dunia...



esok lusa, confirm ada di dalam kubo...



perjalanan yang singkat,
singkat tapi berat,
berat dengan dugaan yang hebat,
hidup ini penuh dengan karat,
tak kurang juga terlalu nikmat,
biar ku nikmati nikmat Mu penuh berkat,
di alam sana pasti terikat...



pen off  (tiru ayat doktor syahir lak)





p/s : pernah rasa bosan dengan hidup?? tipu la tak pernah... tak baik tau bosan2..hidup ni nikmat Allah(cik NurQaseh cakap lebey, dia pon sama. Takpe2 kite gelak je bagi tak bosan hahahahahahihihihuhu!!!!)

p/s lagi :  Allahu Robbi.... (T_T)



,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Valley Of The Wolves Palestine 2011

bismillah...





p/s : menggetarkan jiwa dan raga....filem Turki yang diharamkan di Amerikass.

p/s lagi : saya tutup official song untuk blog QalamCahaya ni seketika yer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abah, Moga Damai Di Sana...

bismillah...


Segala puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan setiap makhluk.


"Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga..."




Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali....

Bersabarlah sayang....




p/s : Semoga roh Allahyarham encik Mohamad di cucuri rahmat Allah Taala dan ditempatkan di syurga paling atas... tak sempat nak jumpa abah... (T_T)

p/s : u are not alone...I'll be by your side...just hold my hand, and never let go...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cekgu Hasnah

bismillah...


Pada suatu pagi yang hening, seorang budak perempuan yang somel dan bulat menaiki motor Yamaha bernombor plat MAY 6699. Beliau duduk di dalam bakul sahaja kerana beliau tak reti bawak motor, maklumlah beliau baru 5 tahun. Pergilah beliau bersama-sama ayah dan mak beliau ke Tadika KEMAS kampung tersebut.


Semasa beliau memasuki sekolah tadika tersebut, beliau cool dan ok jer. Cuma satu je la, mak budak tu kena sentiasa ada dengannya. Ayah beliau memberikan limaploh sen kepadanya sebagai duit belanja, padahal makan kat situ budak tu tak payah bayar pun. Hari pertama perse'tadika'an, semuanya berjalan dengan lancar. Budak perempuan yang somel dan bulat tersebut sudah mempunyai kawan baru. Zuraida namenye.. Zuraida ni banyak cakap la plaks. Budak perempuan yang somel dan bulat ni dah la pemalu, duduk bawah ketiak mak je. Hari kedua persekolahan, budak ni ok lagi. Tiba-tiba ade sorang member ni, Faizal Ahmad namanye menangis tak tentu pasal.


Nak balik!! Nak balik!! Huarghhhhh!! wowowowooo~~~ (camane tah bunyi dia nanges)


Si budak somel dan bulat ni pun terasa macam nak balik jugak. Tiba-tiba beliau ternampak mak beliau tengah mengendap-ngendap kat tepi tingkap tadika tersebut. Hah! Ape lagi berlari-lari lah beliau ke pintu. Tapi belum sempat sampai ke pintu, cekgu Hasnah dah sampai dulu. Cekgu Hasnah dengan sepantas kilat mengunci pintu tersebut. Apelagi, budak somel dan bulat tersebut terus menanges sekuat hati beliau.


Cekgu jahat!! bukak pintu ni!! orang nak balik jugak!! wooooo~~~


Budak tu lari kat pintu belakang pula, cikgu Hasnah pun lari jugak ke sana. Dah macam lumba lari plop. Budak tu kakinya dah la pendek, mesti la cikgu Hasnah yang sampai dulu. Sampai je pintu Cikgu Hasnah terus kunci, budak ni tak patah semangat. Beliau tendang-tendang pintu tersebut menggunakan kaki beliau yang katek. Tak berjaya dengan tindakannya itu, budak tu pun terus cengkam tangan cekgu Hasnah lalu digigitnya tangan cikgu yang sangat kasihan tersebut. Grrrrr!!!


Adoii2!! (Cikgu Hasnah jerit kuat tau! betul, saya tak tipu)


Sambil menangis, budak kecik tu terus menggigit tangan cekgu Hasnah dengan lahapnya. Tak cukup dengan itu, beliau menukar sasaran pulak iaitu di kaki cekgu Hasnah. Aaaaa...part yang ni die tak gigit dah. Dia cubit-cubit sampai lebam je. Mak budak yang somel itu menyaksikan ke'brutalan' anak gadis beliau dengan mata yang terbelalak. Mak budak tu minta kebenaran cikgu Hasnah untuk bawa balik budak kecik yang sedang mengganas tersebut..


Lepas kejadian tu... saya dah tak ingat dah.... ehe...


Mintak maaf ye cekgu Hasnah. Cekgulah yang ajar saya mengeja, ajar saya mengira, ajar saya tentang dunia yang baru. Mekasih banyak2...saya tak sangka saya akan jadi sebrutal tu cikgu.. isk3..(T_T) Semoga cekgu panjang umur, dan diberkati dunia akhirat.. amiin.



Terima kasih juga kepada Allahyarham Imam Hussin yang mengajar saya membaca muqaddam sejak sebelum tadika lagi. Masuk darjah satu dah baca Al-Quran,sampai la tok imam meninggal. Saya sedih sebab tak sempat nak khatam Quran dengan Atok. (T_T) Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkan dia di syurga paling tinggi Ya Robb. Amiin..


terima kasih kepada semua guru-guru saya.. pengorbanan anda semua tak dapat saya balas.....kepada cikgu Ekonomi saya suatu ketika dahulu, maap ye sebab lukis muka cikgu dalam buku cikgu...kah3! Geli hati bila ingat balik. Dan kepada cikgu displin, time kasih sebab tak marah saya sebab ajar pengawas junior lari dari menjalankan tangungjawah..kehkehkeh.. dan terima kasih kepada mak dan ayah kerana menjadi guru saya sejak lahir lagi, menjadi guru tanpa mengharap bayaran, menjadi guru tanpa mengenal penat dan lelah, menjadi guru di sepanjang kehidupan saya. Juga untuk Abu Az-Zahra, contoh guru yang paling baik sepanjang zaman. Rasul yang ummi, tapi dadanya penuh dengan ilmu, Rasul yang ummi, tapi akhlaqnya semulia-mulia akhlaq.


Allahumma solli `ala muhammadinnabiyyil ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sollayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadin nabiyyil ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid..


Terima kasih Allah!


p/s : aaaa...lupa lak. Abang dengan kakak ipau saya pun cikgu jugak. Selamat Hari Guru... Jangan skema sangat ek. =)



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Suami Tak Suka Kat Saya (T_T)

bismillah...


ALhamdulillah,cik NurQaseh masih hidup lagi, QalamCahaya pun terus bercahaya... woha!


Saya baru je ternampak ada sorang perempuan bawak kereta BMW M3 GTR (biau betik!!). Jeles betul saya tengok...Seksi body kete dia. Pastu nampak pulak ada sorang muslimah ni pakai purdah, bawak anak kecik-kecik,... Peh,jeles lagi. Bila la Cik NurQaseh nak ada anak. Dah la perempuan tu lawa,anak ramai pun body maintain je. Cik NurQaseh ni memang cepat cemburu. Nak2 dengan CekSu.. (ko jangan buat pasal ye Jal).




Bercakap pasal cemburu ni, beberapa hari yang lalu mak saya ada la nasihatkan saya supaya buang sikap cemburu tak bertempat. Maklumlah hari tu saya macam orang mereng kerana teringatkan makhluk comel seperti Patrick dengan PA dia (Haha...giler2) Nak kata saya je cemburu tak jugak. Most of the time, makhluk comel seperti Patrick lagi la cemburu tahap Gaban Otromen Taro Baja Hitam Super Saiya Atuk Penyu Bocukai Tenkaichi dan lain-lain lagi (lame dah tak tengok kartun, lagho2!) Kadang-kadang kita kerja kat luar, kadang-kadang kawan-kawan @ boss ajak makan, kadang-kadang kite nak beli kereta mesti la jumpa salesman kereta tu. Masa tu lah pasangan kita ni nak cemburu tak tentu pasal. Saya tak nafikan yang saya kuat cemburu. Tapi biarlah bertempat. Setakat jeles bini borak-borak dengan anak jiran yang belum akil baligh lagi memang tak munasabah la. Tapi kalau tengok bini beromen dengan laki lain, kasi tembakkan aje dua-dua sekali dengan senapang gajah. Mintak maaflah cakap kasar sikit ye, Cik NurQaseh kalau dah geram memang macam ni. Sekarang ni paper asyik keluar berita pasal suami bunuh isteri, isteri bunuh suami.. semuanya sebab cemburu ditambah dengan nafsu amarah yang membuak-buak. Salah siapa?? Dua-dua salah. Dah tahu awak tu isteri orang, pergi pasang boifren kenapa kah?? Nafsu kuda kah?? atau suami awak sudah mati pucuk kah?? Yang si suami bila tahu isteri curang, maunya tak naik hangin. Syaitan pun mulakan tugas nyalakan api kemarahan sampai dia tergamak buat sesuatu yang di luar jangkaan.


Ah! lupakan dulu bab bunuh2 tu ye.. Saya ada beberapa senarai yang membuatkan suami benci kat isteri dia. Saje saya senaraikan dalam blog saya untuk tatapan saya sendiri. Manalah tahu nanti bila dah jadi isteri orang, dah sibuk dengan anak-anak, Cik NurQaseh terlupa plak kat laki dia. Nanti boleh la saya review blog saya ni balik..ehehe...


8C YANG BUAT SUAMI TAK SUKA KAT ISTERI

C1. CABAR

Lelaki ada ego mereka sendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Awak jangan buat pasal yer! kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadilah Kamtumi kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul aku jugak yang putih mata…


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua apatah lagi suami sendiri. Perangai tu kena ubah sikit-sikit sampai jadi solehah.


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Bab ni memang mak saya dah basuh saya habis-habis. Mulut kena jaga, perangai kena ubah. Silap kita lah kalau kita kata kat pasangan, "kalau awak cintakan saya, awak kena terima saya seadanya.." Yang buruk2 tu takkan ko nak terima sampai mati?? Atleast berusahalah untuk berubah. Macam Cik NurQaseh ni la, bahasa dia kadang-kadang tak berlapik. Kena la ubah sikit-sikit sampai jadi solehah.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula kat tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje.. Nak-nak yang ade PA yang cun melotop. Badan solid macam model,pehh...cair bair suami tengok. Cik NurQaseh kat rumah ade la pakai kain batik je. Buat suami-suami di luar sana yang high taste, kalau nak isteri anda cun tip top melotop, pastikan bajet anda juga mencukupi yer...High maintenance tau!


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 (harussslah!)


C6. CEREWET

Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. Kalau Cik NurQaseh tak suka makan2 kat luar ni..Saya suka masak sendiri je, paling malas pun sambel totok tu mesti ada, (orang Jowo memang suke sambal, tapi ade sorang Jowo tu suka makan kat luar.. western food memanjang!)


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadilah Kamtumi kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.. Pernah ye terjadi, anak merangkak sampai termasuk dalam sungai, mak dia tak sedar. MIntak dijauhkanlah... Kita kena ada displin. Meskipun masa anak dara, kita ni suka buat kerja cincai2, tapi dah kawen semua perkara kena alert.(CikNur tengah praktik nih!! Selalu check drypers anak2 buah, ntah dah berapa jam budak tu berak kencing sampai dah melecet bontot dia, kita tak sedar2)


C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. Naik tensen kawan tu tunggu...




8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya (macam saya la kot..errr). Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Jadi kena sentiasa alert....dan cemburu biar bertempat jugak ye.



p/s : Cemburu tanda I sayang kat U... tu pon taktau ker...



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak!!!

bismillah...


Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Khaliq yang meminjamkan seorang mak yang baik kepada seorang 'dakdek' yang ntahapahapa ni.




Hari ni hari ibu ye kawan-kawan. Start hari Jumaat lepas saya dah berfikir-fikir nak bagi apa kat mak. Saya pergi ATM, tengok-tengok duit saya dalam bank tu terlampau banyak sangat sampai takleh nak keluar...(-_-") ngehehe... Erm,duit takleh nak bagi, secara otomatik la benda material ni saya takleh nak bagi jugak. So semalam hari Sabtu saya bangun awal pagi, buat apa yang patut. Saya tanya mak nak makan apa tengah hari ni...Mak kata dia teringin nak makan ayam masak lemak cili padi campur nangka. Berlengganglah saya ke rumah lebai Tahir dan mak lebai mintak nangka muda sebijik. Nasib baik anak lebai takde kat rumah, kalau tidak tak aman hidup saya (kalau jumpa anak dia, mesti dia ajak kawin).



Pagi tu jugak mak dan ayah keluar, pergi rewang-rewang untuk kenduri kawen kak Khalilah, anak Aji Hamid. Saya di rumah bersiap sedia berperang dengan periuk dan sudip. Bertungkus lumus la kat dapur tu sampai tengah hari, mak balik je dari rewang-rewang, mak terus tanya dah masak ke belom. Saya cakap kat mak, "Mak, ni jer la yang orang mampu buat..." Pastu dengan sepantas kilat saya terus masuk ke bilik. Tiba-tiba je nak menangis. Mak pun terkial-kial tengok anak dara dia yang sorang ni. Mak tak tahu bila hari ibu, dan mak tak pernah pun sambut hari ibu sebab bagi seorang ibu, setiap hari adalah hari ibu. Walaupun mak tak sambut, tapi sejak saya sudah bekerja selama hampir 5 tahun, saya tak pernah miss bagi mak ape-ape hadiah. Cuma tahun ni saya agak sengkek sedikit..thehehe...tapi saya tahu, mak tak kesah pun.



Saya ingatkan semalam saya orang pertama yang ucap selamat hari ibu pada mak, rupa-rupanya ade orang lain yang dah ucap dulu kat mak saya. "Ehe,makcik sehat? Selamat hari ibu makcik...nanti suruh dakdek beli kek 3 tingkat ye..." Cett! sebok je makhluk sorang ni. Jotos kepala ko kang naya je. Hermmmm....malam tadi saya tolong mak buat kuih-muih tradisional yang makcik Eton tempah untuk kenduri kawen anak dara dia. Saya rasa sebak tengok uban putih mak, saya rasa nak nangis tengok kedut-kedut di muka mak. Lalu saya lari masuk ke bilik, nangis puas-puas, baru sambung buat kuih tanpa membasuh tangan saya yang dipenuhi dengan air mata dan hingus yang berjejeran keluar tadi. Kehkehkeh...rasakan la kelazatan kuih muih hasil air tangan Cik NurQaseh tu. Dan pada pagi Ahad ni, saya terasa nak bersendirian. Jadi saya cakap dengan mak, "Makkk...orang nak pegi opis jap, orang ade keje nak buat..." Keje apekah? inilah keje saya, meng'apdet' blog di pagi hari ibu. Sebelum keluar rumah, saya sempat peluk mak...saya bisik kat telinga mak.. "Mak,selamat hari mak...sori ea mak.." Lepas peluk mak, saya terus jalan ke depan tanpa toleh ke belakang. Dah agak jauh sikit,saya pandang belakang dan saya babai kat mak. Mak pun babai kat saya. Tukar gear terus tekan minyak....



Bila imbas balik masa saya kecik-kecik, saya selalu duduk bawah ketiak mak. Mak nak pergi mana-mana saya nak ikut. Mak dengan ayah nak pergi pasar pun saya nak ikut, kalau tak saya mengamuk. Tapi yang peliknya, diorang gelakkan saya bila saya nangis dan mengamuk2. Mungkin muka saya tak ganas kerana sentiasa comel kot...mungkin... Saya ingat lagi, dulu saya,mak dengan ayah pegi Tangkak beli baju raya. Masa tu ayah pakai motor yamaha lampu bulat.hehe... Pergilah kami 3 beranak ke Tangkak naik motor kapcai. Ayah bawak motor, mak duduk belakang, saya duduk dalam bakul. Seronoknye laa pilih baju masa tu, maklumlah saya keluar rumah setahun sekali je. Lepas dah habis beli baju, kami pun balik lah ke rumah. Kali ni saya tak duduk dalam bakul lagi sebab bakul dah penuh. Agak-agak saya duduk mane?? Aaaa...dah tentu la saya duduk dekat belakang dengan mak. Takkan nak duduk kat tayar plak ye dop? Tersepit lah saya antara ayah dan mak. Tak sampai 5 minit motor bergerak, ade roadblock kat depan nun. Mak taknak ayah kena saman, jadi mak kata biar dia naik bas je. Mak turunlah kat situ, tinggal saya dengan ayah je balik naik motor. Saya pandang mak sambil babai mak sampai bayang mak hilang dari pandangan. Mak pun babai saya jugak... Sedihnye... (T_T)



Makkk!!! Saya jerit kat mak masa mak tengah sidai baju. Dakdekkk!!! Ko degil ye!! zaaappp!! Kata ayah dengan bengisnye sambil melibas tali pinggang kat bontot si dakdek yang comel. Saya dah tak ingat kenapa ayah marah saya. Saya nyorok dekat mak, ayah pergi belakang, saya lari ke depan, ayah pergi kiri, saya lari ke kanan... Dah macam main nyorok-nyorok plop. Mak cakap dengan ayah, "dah la tu, ngigau budak tu malam kang.." Masin mulut mak, malam tu saya ngigau saya sebut... makkk! ayaahhh! makkk! ayahhh! Tu jela yang saya ulang-ulang sampailah mak ayah kejutkan saya.



Satu lagi kisah yang saya paling suka masa kecik-kecik dulu adalah masa saya tergolek-golek jatuh tangga. Memang sangat sadis waktu tu. Begini kisahnya, jiran saya namenye Nenek Sabi ada bela beruk (actually cucu2 dia yg bela). Jadi setiap petang saya,abang saya (dakChem) dan kakak saya pergi melawat beruk tersebut. Kami ni bukan setakat melawat beruk, malah menghabiskan makanan kat rumah nenek Sabi tu. Hahaha... Rumah nenek Sabi macam rumah orang dolu-dolu. Tinggi, dan ada tangga yang sangat cerun. Sedang saya berdiri di atas tangga sambil melihat beruk, abang saya cucuk pinggang saya. Terkejotlah cik NurQaseh lalu jatuh tergolek-golek sampai ke bawah. Darah merata-merata, kepala saya cedera parah dan benjol sana sini.. Saya menangis la dengan lantangnya. Bayangkan budak kecik umur 3@4 tahun menangis kesakitan...isk3, kesian sungguh laa...dah la comel. Abang saya dengan sedaya upaya menutup mulut saya agar saya berhenti menangis. Lagi kuat aku nangis adela. Lalu abang saya mengendong saya di belakang badannya untuk dibawa pulang. Kakak saya jangan cakaplah, dah menggigil kepala lutut dia. Teruk abang Chem dan kakak Yani kena marah dengan ayah...siap ade extra rotan lagi kat bontot diorang. Kehkehkehkeh....itulah saat yang paling menggembirakan saya. Mak terus dukung saya dan tuam-tuam kepala saya. Sebab tu lah sampai sekarang kepala saya kadang-kadang tak brape nak betol. :)



Kalau boleh waktu diundur, saya nak kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Seronoknye,takde ape2 masalah.. Boleh sayang-sayang mak ayah tiap2 hari tanpa rasa malu. Kalau sekarang saya sayang-sayang mak ayah saya, dah tentu diorang cakap dakdek ni dah buang tebiat..thehehe...Takpela, tunggu raye la baru sayang-sayang mak ayah... (-_-"). Tapi yang lepas tu takkan boleh diundur balik. Dakdek dah besar sekarang ni. Dakdek dah kerja, dakdek dah nak kawen dah. Teringat lagi mak cakap, "sekejap je dah besar budak ni," sambil memuncungkan mulutnya ke arah saya. Kalau mak tak bagi saya kawen pun saya sanggup dengar cakap mak. Kalau mak suruh temankan kakak saya yang tak berapa sihat tu sampai habis nyawa saya pun saya sanggup. Saya memang tak boleh nak beri kesenangan kat mak saya atas dunia ni. Tapi selagi ada kudrat ni, selagi tu saya curahkan untuk mak ayah (kalau saya tak malas la). Doa saya agar mak ayah dapat tinggal kat syurga yang paling atas sekali...Amiin Ya Robb. Harapan saya yang tinggi menggunung saya panjatkan kepada Allah agar saya dapat buat mak ayah bangga,gembira dan redha dengan saya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, atau saya yang pergi dahulu sebelum mereka.



Dah la..nak balik rumah jumpa mak...babai!



p/s: puas saya fikir, ape yang boleh dibanggakan dengan saya nih?? i'm thinking, i'm thinking, i'm thinking, i'm thinking.....ZZzzzzzzz....



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sempurna...

bismillah...


Aku dilahirkan Bukan Pada Orang Tua Yang Kaya


Aku Dilahirkan Bukan Pada Orang Tua Yang Soleh


Aku Dilahirkan Pada Orang Tua Yang Sederhana


Namun Aku Dilahirkan Dengan Sempurna


Mempunyai Akal


Mempunyai Nafsu


Mempunyai Kepala


Mempunyai Otak


Mempunyai Rambut


Mempunyai Hidung


Mempunyai Mata


Mempunyai Telinga


Mempunyai Tangan


Mempunyai Kaki


Dan Sebagainya Yang Allah Berikan Dengan Sempurna


Aku Berpendidikan Tidaklah Setinggi Teman2


Aku Bekerja Sebagai Buruh


Aku Tidaklah Solehah


Aku Tidaklah Rajin


Aku Tidaklah Pintar


Aku Tidaklah Romantis


Aku Tidaklah Kaya


Aku Tidaklah Cantik


Namun Aku Masih Di Beri Iman


Ku Syukuri Keadaanku Saat Ini


Yang Allah Berikan Sungguhlah Sempurna


Tapi Maafkanlah Hamba Ya Rabb


Hamba Masih Belum Menggunakan Kesempurnaan Hamba


Menuju Jalan Mutlak Kepada-Mu....






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bekerjalah Sebelum Dikerjakan

bismillah...


Alhamdulillah. Segala puji dan puja bagi Tuhan Yang Maha Power dan tersangatlah hebat.


Selamat hari pekerja saya ucapkan kepada mereka yang bekerja, termasuk diri saya sendiri. Esok cuti, tapi saya tak cuti...kene kerja! Nak cari duit lebih beli skyline... Apa makna hari pekerja ni ye? Ntah, saya tak rase apa2 makna pun. Biasa2 jer...Cuti2 ni nak pergi town pun tak bleh. Jalan jem giler...naik basikal pun tak lepas. Jadi cuti-cuti ni kenalah duduk di rumah, buat kerja-kerja orang perempuan. Masak-masak, kemas rumah, bagi ayam makan, potong rumput, alahai....tutup sebelah mata pun bleh buat, kata Cik NurQaseh dengan angkuhnya.


Selama 2 hari ni saya bergelumang dengan tepung untuk dibuat kueh secara marathon. Ramai orang kawen hujung minggu ni, tempahan kueh pun menjadi-jadi. Alhamdulillah, rejeki mak lah nampaknya. Saya pun join sekali... Disebabkan saya tengah dilamun cinta, tengah uli tepung terbayang dia senyum2, tengah goreng karipap nampak dia dalam kuali, tengah adun2 kek nampak dia jeling2, arghhh!!! angau sungguh laa... sudah2! istigfar banyak2 NurQaseh!!


Hermmm...hermmm sekali lagi.... Seharian memikirkan tugas-tugas saya sebagai pekerja. Kadang-kadang saya malas, kadang-kadang saya merungut, kadang-kadang saya snaking, kadang-kadang saya baca komik waktu bekerja, kadang-kadang bos marah saya pastu saya marah dia balik...thehehe... percayalah,saya memang selalu marah bos kat belakang dia. Sedangkan tugas sebagai pekerja pon dok ambik ringan je, ni kan pulak tugas sebagai hamba Allah. Walaupun kaw kerja ada title hebat-hebat, tapi kaw tetap hamba.


Bila dah setel tugas-tugas di pejabat atau di ladang sawit, atau di kandang kamben, atau di loji kumbahan, atau di pelantar minyak atau dimana-mana je, adakah tugas sebagai hamba tu dah selesai?? Semestinya tugas kita tak pernah selesai sehinggalah nafas yang terakhir. Saya bukanlah nak perasan bagus atau nak perasan alim, saya sendiri dah ceritakan kelemahan saya sebagai pekerja. Tapi mengikut pengalaman saya yang dah beberapa tahun bekerja ni, kebanyakan yang saya jumpa semuanya pentingkan kerja kat pejabat daripada kerja wajib yang kita kena buat 5 kali sehari.


5 minit jer bai! Susah sangat ke nak pegi cuci muka, tangan, kaki dan ape2 yang patut di cuci? Lepas tu pergi surau bentang sejadah, solatlah. Ni lah yang buat saya kadang-kadang naik angin pon ada, rasa nak lempang orang pun ada. Mana taknya, kadang-kadang meeting dengan very very very big boss dari pukul 4 sampai ke Magrib. Bagi hint sikit, "ehem2....hek eh, kejap je dah pukol 7.30 ye boss... Kaw tak reti2 nak semayang ker?" (ayat yang ujung ni cakap dalam hati jek...hahaha...) Mesti ada orang cakap, biarlah dia tak semayang pon, kaw susah apa? Kubor lain2... Memanglah kubor lain2, tapi aku kesah! Kalau tak nak kena tegur, pergi duduk dalam hutan amazon sana.


Tak pernah sekalipun saya rasa invironment kerja yang mementingkan solat 5 waktu. Semua kerja nak cepat, semua nak kejar dateline, semua nak serve the best for customers and investors then boleh dapat title Dato', but in the end kerja still berlambak-lambak sampai mati sesak nafas pon tak habis2 jugak...



Sudahlah NurQaseh!! Cakap banyak2 pon tak guna ye dop? Ape kate kite ajak diorang pi surau secara berhemah dan penuh sinis... =)



p/s : tengah angau dengan skyline R35, tak dapat R35, dapat Evo X kaler merah yang seksi tu jadi lar...erm adekah saya terlalu kuat berangan? (-_-") Bawak Satria GTi pon masuk longkang!


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS