bismillah...
ALhamdulillah,cik NurQaseh masih hidup lagi, QalamCahaya pun terus bercahaya... woha!
Saya baru je ternampak ada sorang perempuan bawak kereta BMW M3 GTR (biau betik!!). Jeles betul saya tengok...Seksi body kete dia. Pastu nampak pulak ada sorang muslimah ni pakai purdah, bawak anak kecik-kecik,... Peh,jeles lagi. Bila la Cik NurQaseh nak ada anak. Dah la perempuan tu lawa,anak ramai pun body maintain je. Cik NurQaseh ni memang cepat cemburu. Nak2 dengan CekSu.. (ko jangan buat pasal ye Jal).
Bercakap pasal cemburu ni, beberapa hari yang lalu mak saya ada la nasihatkan saya supaya buang sikap cemburu tak bertempat. Maklumlah hari tu saya macam orang mereng kerana teringatkan makhluk comel seperti Patrick dengan PA dia (Haha...giler2) Nak kata saya je cemburu tak jugak. Most of the time, makhluk comel seperti Patrick lagi la cemburu tahap Gaban Otromen Taro Baja Hitam Super Saiya Atuk Penyu Bocukai Tenkaichi dan lain-lain lagi (lame dah tak tengok kartun, lagho2!) Kadang-kadang kita kerja kat luar, kadang-kadang kawan-kawan @ boss ajak makan, kadang-kadang kite nak beli kereta mesti la jumpa salesman kereta tu. Masa tu lah pasangan kita ni nak cemburu tak tentu pasal. Saya tak nafikan yang saya kuat cemburu. Tapi biarlah bertempat. Setakat jeles bini borak-borak dengan anak jiran yang belum akil baligh lagi memang tak munasabah la. Tapi kalau tengok bini beromen dengan laki lain, kasi tembakkan aje dua-dua sekali dengan senapang gajah. Mintak maaflah cakap kasar sikit ye, Cik NurQaseh kalau dah geram memang macam ni. Sekarang ni paper asyik keluar berita pasal suami bunuh isteri, isteri bunuh suami.. semuanya sebab cemburu ditambah dengan nafsu amarah yang membuak-buak. Salah siapa?? Dua-dua salah. Dah tahu awak tu isteri orang, pergi pasang boifren kenapa kah?? Nafsu kuda kah?? atau suami awak sudah mati pucuk kah?? Yang si suami bila tahu isteri curang, maunya tak naik hangin. Syaitan pun mulakan tugas nyalakan api kemarahan sampai dia tergamak buat sesuatu yang di luar jangkaan.
Ah! lupakan dulu bab bunuh2 tu ye.. Saya ada beberapa senarai yang membuatkan suami benci kat isteri dia. Saje saya senaraikan dalam blog saya untuk tatapan saya sendiri. Manalah tahu nanti bila dah jadi isteri orang, dah sibuk dengan anak-anak, Cik NurQaseh terlupa plak kat laki dia. Nanti boleh la saya review blog saya ni balik..ehehe...
8C YANG BUAT SUAMI TAK SUKA KAT ISTERI
C1. CABAR
Lelaki ada ego mereka sendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Awak jangan buat pasal yer! kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadilah Kamtumi kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul aku jugak yang putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua apatah lagi suami sendiri. Perangai tu kena ubah sikit-sikit sampai jadi solehah.
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Bab ni memang mak saya dah basuh saya habis-habis. Mulut kena jaga, perangai kena ubah. Silap kita lah kalau kita kata kat pasangan, "kalau awak cintakan saya, awak kena terima saya seadanya.." Yang buruk2 tu takkan ko nak terima sampai mati?? Atleast berusahalah untuk berubah. Macam Cik NurQaseh ni la, bahasa dia kadang-kadang tak berlapik. Kena la ubah sikit-sikit sampai jadi solehah.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula kat tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje.. Nak-nak yang ade PA yang cun melotop. Badan solid macam model,pehh...cair bair suami tengok. Cik NurQaseh kat rumah ade la pakai kain batik je. Buat suami-suami di luar sana yang high taste, kalau nak isteri anda cun tip top melotop, pastikan bajet anda juga mencukupi yer...High maintenance tau!
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 (harussslah!)
C6. CEREWET
Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. Kalau Cik NurQaseh tak suka makan2 kat luar ni..Saya suka masak sendiri je, paling malas pun sambel totok tu mesti ada, (orang Jowo memang suke sambal, tapi ade sorang Jowo tu suka makan kat luar.. western food memanjang!)
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadilah Kamtumi kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.. anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.. Pernah ye terjadi, anak merangkak sampai termasuk dalam sungai, mak dia tak sedar. MIntak dijauhkanlah... Kita kena ada displin. Meskipun masa anak dara, kita ni suka buat kerja cincai2, tapi dah kawen semua perkara kena alert.(CikNur tengah praktik nih!! Selalu check drypers anak2 buah, ntah dah berapa jam budak tu berak kencing sampai dah melecet bontot dia, kita tak sedar2)
C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. Naik tensen kawan tu tunggu...
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya (macam saya la kot..errr). Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Jadi kena sentiasa alert....dan cemburu biar bertempat jugak ye.
p/s : Cemburu tanda I sayang kat U... tu pon taktau ker...
.
0 kata mereka:
Post a Comment