RSS
Container Icon

Saya Akan Mati...

bismillah....




Segala puji bagi Allah, Tuhan bagi sekalian alam yang berdiri dengan sendirinya. Alhamdulillah, sujud dan syukur saya kepadaNya kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini dan masih dapat merasai kasih sayang keluarga yang tercinta. Tak tergambar rasanya bagaimana jika kita kehilangan insan-insan yang kita sayangi. Dan tak tergambar juga perasaan mereka jika kehilangan Cik NurQaseh a.k.a DakDek yang cumil lagi menawan ini.. :p Yang pastinya, saat kehilangan itu tetapkan datang, tanpa kita tahu bila waktu ketikanya.




Tanggal 10/10/2010, adalah suatu tarikh yang begitu menarik pada pandangan saya, kerana sungguh ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari itu. Makanya, Cik NurQaseh berasa kekenyangan ditahap yang maksima akibat membaham segala juadah-juadah yang terhidang di setiap rumah(ada 4 buah rumah yg buat kenduri). Tetapi pada tanggal itu jugalah berlaku sesuatu kejadian yang amat menyayat hati. Berlaku kemalangan ngeri yang mengakibatkan 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas. Ramai jugak orang kampung saya yang terlibat. Mereka semua dari Melaka Sentral nak ke Kuala Lumpur. Cerita ni dah 6 hari berlalu....Saya takde mood nak ulas masa benda tu mula-mula berlaku kerana itulah masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri...isk3...(T_T).




Keesokan harinya selepas kejadian itu berlaku, seorang rakan sepejabat dengan saya mengajak saya melihat video kemalangan itu di fesbuk beliau. Ngeri saya tengok...Ada tangan terputus, ada mayat tanpa kepala, ada jantung kat tengah-tengah jalan. Saya tak pasti macam mana jantung tu boleh terkeluar dari badan mangsa. Elok je terletak atas jalan raya. Darah merata-rata...mengalir air mata saya. Dalam hati saya menyumpah-nyumpah si pemandu bas yang dikatakan memandu terlalu laju. Sebab dia memandu secara berbahaya, orang lain yang jadi mangsa.




Dan saya tersedar selepas itu, betapa besar dosa saya yang seolah-olah marah dengan ketentuan Tuhan. Dialah yang menentuan segala-galanya. Semuanya Allah belaka...(T_T). Teringat saya akan kata-kata seorang ahli jemaah merangkap ustaz saya, sakit dan mati itu tiada kaitan. Sesiapa sahaja boleh mati tanpa asbab penyakit dan lain-lainnya. Macam saya la...Saya selalu berfikir bahawa umur saya panjang dan boleh menimang 7 orang anak dan berpuluh-puluh cucu dan cicit. Siapa tahu ditakdirkan Allah saya akan mati dalam usia yang muda hanya kerana tercekik kuih koci! Mungkin masyarakat akan menyalahkan arwah Cik NurQaseh sendiri kerana makan kuih koci dengan begitu lahap sekali walhal sebelum ini Cik NurQaseh adalah seorang yang lemah lembut dan amat berhemah ketika menyuap makanan... (-_-")




Sebelum lahirnya anak Adam ke muka bumi ini, Allah telah pun menetapkan rezeki, perjalanan hidup, jodoh, dan ajal. Dan bila sampai waktunya ajal kita, maka tiada apa yang boleh menghalangnya hatta tanpa sebarang penyakit. Pada ketika daun yang tertulis nama kita yang terletak di atas arasy Allah telah gugur,malaikat maut pun memulakan tugasnya dan akan mengikuti kita sepanjang waktu hinggalah pada waktu yang ditetapkan Allah, maka terpisahlah roh dari jasad anak Adam itu. Eksiden, tercekik kuih, terbunuh, dibunuh, disengat tebuan tanah, jatuh longkang, terhantuk tiang letrik lalu mati, semua itu sudah ditentukan.




Dalam biografi Rabi' bin Khaitsam disebutkan ketika dia menderita sakit keras, orang ramai bertanya kepada beliau, "Nak tak kalau kami panggilkan doktor untuk kamu?" Lalu beliau menjawab, "Sebenarnya aku memang nak panggil doktor, tapi bile aku fikir-fikir balik tak jadi la panggil doktor. Sebabnya doktor yang akan mengubati ku juga akan mati.."

Saya ada terbaca satu syair arab, lebih kurang gini la terjemahannya,

"Bagaimana aku akan mengadukan sakitku kepada doktor,
Sementara yang mengirimkan sakitku adalah Doktorku...."
(serangkap je suda)

Paham tak??? (-_-")




Biasanya kalau ada orang meninggal dunia contohnya akibat sakit kanser, mesti orang akan cakap dia meninggal SEBAB sakit kanser. Bila orang meninggal dunia sebab eksiden, orang akan cakap dia bawak kete laju sangat SEBAB tu eksiden. Memang betul pun sebab-sebabnya, tapi bagi kita orang-orang yang beriman ni lebih manis jika kita kata SEBABnya kerana ajalnya sudah tiba. Tadi ada seorang sahabat ni telefon Cik NurQaseh, borak-borak pasal mati...Then dia cerita hari tu ada berita pasal orang putih buat terjun payung pastu ada masalah teknikal dia pun terjatuh atas tanah beribu-ribu kaki dari udara. But he still alive.... Allahu'akbar! Allah Maha Besar... Dia Maha Berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Lepas tu sahabat saya ni cerita pasal sorang budak remaja yang nak bunuh diri. Dia dengan konfidennya menggantung diri dengan harapan dia akan kiok selepas itu. Tapi selepas satu jam tergantung dia tak jugak mati-mati. Ehehe...last-last tak jadi nak bunuh diri SEBABnya Allah belum nak dia mati.




Jadi kesimpulan yang saya dan sahabat saya buat, ajal dan penyakit @ lain-lain asbab tiada kaitan. Pada pandangan kami yang jahil lagi hina dan tak pandai ni, penyakit,eksiden,dibunuh dan lain-lainnya adalah suatu bentuk peringatan atau kaffarah dosa-dosa yang lampau. Kami tak nak berburuk sangka terhadap Allah, kami taknak menghakimi apa yang telah ditentukan kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui, dan tidaklah Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.




Mesti ada orang cakap saya ni berfikiran kolot...Baru sebentar tadi saya bacakan kisah Abu Bakar As-Siddiq kepada rakan sepejabat saya. Begini kisahnya, ketika ajal menghampiri Abu Bakar As-Siddiq, para sahabat berkata kepadanya, "Wahai Khalifah Rasulullah, mahukah kau jika kami panggilkan doktor untukmu?" Lalu Abu Bakar menjawab, "Tak payah laa, doktor sudah datang menjengukku..." Para sahabat bertanya, "Apakah yang dikatakan doktor kepadamu?" Abu Bakar menjawab, "Dia (Allah) mengatakan:'Sesungguhnya Aku Maha Berkuasa melakukan apa sahaja yang Aku kehendaki.."

Selepas saya bercerita mengenai kisah di atas, saya pun berkata kepada rakan saya ni, "Waaaa...bagusnye Khalifah Abu Bakar ni. Iman dia tinggi... Nak jadi macam dia jugak la..."

Lalu rakan saya menjawab, "Ish kau ni...Tak bagus la...Kite kena usaha cari ubat kalau sakit. Doktor takde keje la kalau macam tu...kolot tol kau ni Nur..."



Hambek kaw...kan dah kena 'kolot'... Sahabat nabi tuu..,tinggi maqam dia. Manusia mana lagi yang saya nak contohi kalau bukan orang-orang hebat seperti Nabi, para sahabat dan wali-waliNya. Tapii...saya ni cakap je lebih kot. Kalau demam saya pi jugak klinik (sebab nak amek MC, pastu bagi kat boss) huhu... hmmmm... (T_T) Sedih secara tiba-tiba la pulak... Dahla, saya rasa panjang sangat dah entri saya ni. Orang pun naik buhsan baca panjang-panjang...




Allahu'alam...




p/s: Syukran jiddan kepada pembaca QalamNur ni yea...ingat xde orang baca...hihi... ade yg jauh kat Moscow sane tuh.. Kat Indonesia, kat Malaysia, kat mana2 jela... Toce toce... (^^,)

p/s lagi: bajet 2011 ni macam takde harapan je nak dapat bonos..huahuahua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantun Tok Ali,.... (^^,)

bismillah...




Kayuh beca memang penat
Kayuh bas mana daya
Terima kasih pada rakyat
Tanpa mereka siapalah saya


Mati harimau kerana tamak
Mati kancil kerana dengki
Jangan hidup hati bersemak
Nanti akhirat baru mengerti


Sang kancil lompat kerana suka
Sang harimau lompat kerana cuka
Negeri melaka telah berjaya
Kerana muafakat rakyat jelata


Tongkat ali minuman sensasi
Kopi jantan boleh tahan lagi
Mana melaka tak maju lagi
Pelancong datang berkali-kali



ehehe...tadi baca surat khabar Melaka Hari Ini... Tetiba jumpa pantun Dato' Seri Ali Rustam...Tahniah la Dato' ye sebab Melaka dah maju. Moga dunia maju, akhirat pun maju jugak yea... sama-sama doa.. (^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wuuuu~~~(T_T)

Bismillah....



Wuuuuu~~~ (T_T)







Saya nak tutup QalamCahaya ni...








Sedih saya...








Saya tulis banyak-banyak takde orang nak baca pun...







Wuuuuuu~~~~(T_T)






................


.............


.........


.....


..


.



Kediiiissshhh!!!!







Adess!! akitnye....
(Naimah menempeleng muka saya dengan sesuka hatinya)






p/s: Naimah, kau je yang mengadap blog aku hari-hari...ade entri ke tak ada entri ke kau tetap bukak blog ni... mekasih banyak-banyak Naimah. ehehe.....

p/s lagi: Cik NurQaseh takde keje, sebab tu buat entri mengarut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Marah...Grrr...

Bismillah....





Arghhhh!!!


Cik Nur tengah marah ni...! Grrrrrr....




"Jauhilah kemarahan kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam...." -sabda Rasulullah


"Kemarahan itu datang dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk..." -sabda Rasulullah


"Apabila marah seorang dari kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring..." -sabda Rasulullah






Hinsf...hinsf...hinsf...sabau NurQaseh...sabau...





Kenapa Cik NurQaseh tiba-tiba hangin satu badan ni? Ada la seorang makhluk tuhan paling seksi ni selalu mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup Cik NurQaseh. Tak tahulah apa yang dia nak... Nak buat keje pun tak senang... Selalu dapat panggilan dari dia. Macam bebudak je perangai...isk3...





Allahu'alam...


p/s: Saya marah sambil duduk nih...marah saya tak hilang lagi...jadi terpaksa la saya baring lalu tido.... ZzzzZZzzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Kematian...

bismillah...



Bersenang-senanglah engkau di dunia ini
Di dalam naungan istana yang megah berdiri
Dan semua yang engkau inginkan akan dipenuhi
di setiap petang dan pagi
Apabila nafas telah mengghargharah
Dengan suara yang sesak di dada
Maka percayalah bahwa saat ini kamu dalam keadaan tertipu
Ratapilah dirimu wahai orang yang celaka
Meski engkau meratapinya
sekalipun umurmu selayak Nabi Nuh
Engkau pastikan mati jua...


Wahai dunia...Wahai kerendahan...
Aku mentalakmu dengan talak tiga!!
Dan tiada rujuk lagi setelahnya
Pembekalanmu sangat hina
Usia mu singkat dan sangat fana...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Kehidupan.....

bismillah....


Wahai manusia...
Disaat ibumu melahirkanmu dahulu
Hanya kau sendirian yang menangis
Sedang orang-orang disekitarmu bergembira
Kerana menyambut kelahiranmu
Maka setelah engkau lahir wahai manusia...
Berjuanglah dengan sebaik-baiknya untuk dirimu
Semoga diakhir hayatmu nantinya engkau bisa tersenyum
sementara orang-orang di sekitarmu menangis dan bersedih
Kerana melepaskan kepergianmu....



p/s: Terkadang terasa penat dan lelah dengan dunia. Tapi bila teringat bait-bait syair ini, terasa bersemangat kembali... Perlu berjuang, agar tak terbuang. Biar menangis di dunia, kelak di sana bisa tersenyum bahagia.... (^^,)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fiqh Dan Tunang Saya.....(^^,)v

bismillah...



Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. KepadaNya kita memuji, memohon petunjuk dan pertolongan serta meminta perlindungan dari segala keburukan. Maka sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, nescaya tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya.
Alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan kepada Cik NurQaseh untuk terus menulis di ruangan QalamCahaya yang tak berapa nak glamer nih. Ada la beberapa kerat yang baca blog dhaif saya ni,tapi semua tu tak jadi masalah. Why bother what people will read, just write because idea and thought will be no limits, just write!!



Kelmarin saya dapat satu undangan ke majlis pertunangan rakan baik saya. Malangnya saya tak dapat memenuhi undangan tersebut kerana ada tugas di pejabat. Kalau takde keje,bleh saya tolong jadi makeup artis... Alhamdulillah majlis rakan saya itu berjalan dengan lancar, dan beliau nampak haapy memanjang. Yelah, dah hampir-hampir ke alam rumah tangga. Cik NurQaseh bila lagi??? Ramai yang cakap Cik NurQaseh macam budak belum baligh a.k.a kanak-kanak ribena. Isk,isk,isk... (T_T). Takpe,takpe... Jangan terkejut bila dapat kad jemputan dari saya nanti yer kawan-kawan... Buat rakan saya Amiza dan Ain, tahniah kerana selamat melahirkan baby masing-masing. Alhamdulillah semuanya selamat, dan saya doakan agar anak-anak mereka nanti menjadi anak yang soleh. Buat si Haisyah yang sedang menunggu hari untuk meletup, harap anda kuatkan semangat yer... Tahniah jugak sebab bakal jadi ibu. (eii,tak sangka la korang ni dah jadi mak budak!!)



Bercakap tentang bertunang nih, dulu-dulu saya ada baca tentang fiqh wanita bab pertunangan. Khitbah/meminang ni maksudnya pendahuluan ikatan pernikahan (permintaan seorang lelaki pada wanita untuk dinikahinya). Si peminang disebut khottoban manakala yang dipinang disebut makhtuban. Kebiasaannya, orang lelaki la yang masuk meminang perempuan. Tapi kalau macam bapak saya dulu, ada orang perempuan yang nak pinang dia (bapak saya yang cakap..tak tau la kot dia auta jer...haha).



Sebelum bertunang, ada beberapa keadaaan yang perlu diambil perhatian. Pertamanya ialah keserasian antara kedua belah pihak. Rasulullah SAW melarang lelaki menikahi seseorang perempuan kecuali dengan izin perempuan tersebut. Baginda bersabda, “Tidak dinikahi seorang janda kecuali sampai dia minta dan tidak dinikahi seorang gadis sampai dia mengizinkan. Mereka bertanya “Ya Rasulullah, macam mana nak tau dia suka ker tak?" Baginda menjawab, “Jika dia diam.." ... Jadi siapa-siapa yang masuk meminang saya nanti kalau tengok saya diam, maknanya saya setuju la tu... wooha!!
Tapii..kena tengok betul-betul perempuan yang nak dipinang tu benar-benar redha. Kadang-kadang diam tak beerti setuju. Ada yang diam takut nak bukak mulut sebab takut bapak dia kasik penampar (bagi kes jodoh yang ditentukan ibu bapa). Jadi kalau anda nampak si perempuan tu bila ditanya setuju ke tak tapi dia diam,muka masam jer maksudnya tak setuju la tu... (memandai je NurQaseh ni)




Hukum khitbah ini adalah 'harus' tetapi Imam As-Syafie(buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah al-istihbab/sunat. Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukum al-istihbab/sunat ini lebih aula/baik dari hukum 'harus' tadi. Perancangan Cik NurQaseh pulak, taknak bertunang..,nak bernikah terus untuk menjimatkan kos dan masa.... hehehe...



"Diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu tenteram dengannya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang...." Sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita mahupun pasangan yang kita pilih tu semestinya yang beragama, bertaqwa, berakhlak, taat, beramal soleh, amanah, bertanggungjawab bla bla bla....
"Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya,nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini..." (Hadis riwayat Tirmidzi)



Yang keduanya ialah keturunan. Pilihlah pasangan dari keturunan yang baik agama dan akhlaknya ye kawan-kawan. Kalau nak pilih yang sebaliknya pun boleh jugak,saya tak marah...(^^,)v.. Ada seorang rakan saya masa zaman persekolahan dulu, adik beradik dia ada 14 orang... Alhamdulillah, murah rejeki mak ayah dia. Subur dan sihat...hihi.. Sabda Nabi,"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada akhirat nanti.." Cik NurQaseh pulak target nak 7 orang anak...hihihi...Bleh ker gitu?



Seterusnya, pilih yang masih perawan/dara/teruna (bagi yang belum berkahwin)... Isu sensitif nih..huhu.. Rezeki, ajal, jodoh semua Allah dah tentukan, jadi tak kiralah sesiapa pun yang Allah takdirkan untuk kita, maka masing-masing buatlah yang terbaik hanya semata-mata mengharap keredhaan dari Allah. (^^,)v
"Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih redha kepada kehidupan yang susah..." (riwayat Ibn Majah)



Ciri lain pula ialah pasangan yang kita pilih tu bukan dari kaum kerabat ataupun saudara mara kita sendiri. Ini adalah untuk mengurangkan risiko penyakit keturunan seperti asma, sakit jantung, dan lain-lain lagi. Macam Cik NurQaseh ni ada masalah asma...Begitu juga dengan abang saya, dia pun ada asma. Bila datang jer penyakit, mesti berbunyi-bunyi nafas kami adik beradik. Selain daripada untuk menghindarkan dari penyakit keturunan, ia juga boleh meluaskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Macam nenek dengan atuk saya la...,nenek orang Indonesia, atuk orang Malaysia. Jadi, saya ada keluarga kat Malaysia dan Indonesia....huhu... Nenek sebelah ayah pulak datang dari Pakistan sana... Uishh...merata-rata saudara-mara saya nih...



Adat dalam memilih pasangan, mestila kita cari yang sekufu/sama taraf. Macam saya nih, lepasan STPM jer mana la layak dengan lepasan Oxford atau Al-Azhar (cewah,citarasa tinggi). Kalau dapat ok jugak...hihihi... Tapi yang pastinya sekufu itu harus dinilai dari sudut yang betul seperti firman Allah, "Apakah orang-orang yang beriman itu sama seperti orang-orang yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama..." Yang harus diutamakan adalah yang sekufu dari sudut agama, iffah dan ketaatan seseorang itu pada agama.



Seterusnya, sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang. Tengok la 2 @ 3 jika perlu untuk memastikan keadaan wanita tersebut supaya nanti tak kaciwa selepas perkahwinan. Yela,dalam gambar nampak cun je....sekali tengok depan2 kaki pendek sebelah, jari terlebih satu, itu kurang, ini kurang... Mula-mula suka, lepas dah tengok tak suka pulak...huhu... Tapi sekarang ni dah tak ada masalah macam tu lagi kot. Sebelum kawin pun hari-hari ngadap muka pasangan masing-masing. Dah kenal luar dan dalam...hehehe... Pesan Rasulullah SAW kepada al-Mughirah bin Syu'ban, "Lihatlah perempuan itu, semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua..." (riwayat Tirmidzi). Perempuan pun diharuskan melihat bakal suami yer. Tak aci la lelaki je yang tengok...



Kalau nak tengok bakal isteri kita, jangan plak tengok lebih-lebih. Ada batas-batasnya.. Dibenarkan melihat cuma kedua tapak tangan dan mukanya sahaja, jangan lihat tang lain ye... "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya..." (an-Nur:31). Kalau si lelaki ni tak puas hati jugak sebab hanya dapat tengok muka dengan tapak tangan jer, hantarlah wakil perempuan untuk lihat selain dari muka dan tapak tangan bakal isteri. Selalunya orang lelaki akan tengok tumit orang perempuan, tapi kalau macam saya ni pakai stokin. Orang tak dapat tengok... Pasal ape ye orang lelaki suka check2 bahagian tumit ni? haaaa....tu kena tanya abah anda di rumah....hehehe....



Allahu'alam....




p/s: Segala apa yang saya tulis tu adalah berdasarkan pembacaan dan diskusi2 bersama tok2 guru yang diiktiraf...kalau saya ada salah dan silap informasi sila tegur2 ye... saya cuma lepasan STPM jer...tak pandai mana pun...(^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Awak Lorat Sangat Nih....

bismillah...


Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Segala puji dan puja bagiNya juga kerana mengurniakan Cik NurQaseh sepinggan nasik goreng setelah penat menggergaji dahan pokok rambai milik ayahnya. Burp! Alhamdulillah... Terima kasih Allah..





Huwaa...Lama rasanya saya tak meng'update'kan blog QalamCahaya ni. Maklumlah sibuk dengan mukabuku@fesbuk. Saya aktif berblogging sejak awal tahun ini. Entri saya semasa bulan Januari memang banyak. Sehari satu entri, kadang2 lebih dari satu. Dan bila akaun fesbuk mula aktif, QalamCahaya saya sisihkan sedikit demi sedikit... Isk..isk..isk.. Kesian dia. Saya jadi gila dengan fesbuk. Hari-hari mengadap fesbuk. Kalau tak depan PC, saya akan berfesbuk melalui telefon bimbit. Tapi saya sayang QalamCahaya lebih dari fesbuk...


Dan tepat pada 12.15 minit petang hari Sabtu yang lepas, saya nekad untuk menghapuskan terus fesbuk dari hidup saya. Fuuhh!! Lega... Tak tergambar kelegaan yang saya rasa apabila melepaskan fesbuk. Ramai bertanya kenapa Cik NurQaseh lorat-lorat nak deactivate akaun FB? Biarkan jela FB tu, bukan tak boleh blogging sambil berfesbuk bla bla bla....


Saya melihat fesbuk adalah satu medium yang sangat baik untuk menyampaikan dakwah disamping meneroka hidup manusia yang berlainan fikrah. Bermacam-macam orang yang saya jumpa di fesbuk. Ada yang terlalu baik pada pandangan saya, ada yang sedikit nakal, ada yang nakal banyaaak..huhu.. Dipendekkan cerita niat saya berfesbuk pada mulanya adalah untuk suka-suka. Kemudian timbul niat untuk berkongsi sedikit kata-kata berhikmah yang sentiasa berlegar difikiran saya dan dizahirkan di fesbuk. Disamping itu saya juga memuat naik/upload gambar-gambar saya yang sedang cover cun (Cun la sangat).. Dan bila dah upload macam-macam gambar, banyak jugalah komen yang diterima.


"Subhanallah!! Cantiknya enti...."


"Comey...Nak kenal bleh?"


"Kekalkan imej sebegini ye enti..."


"Muslimah solehah, dambaan lelaki..."



Huwaaa... Kembang giler idung saya bila baca komen-komen macam nih. Kasi upload lagi gambar banyak-banyak. Kali ni yang lagi cun punyaa.. Dan hasilnya,,bertambah-tambah komen yang diterima dan idung Cik Nur dah berkembang tahap maksima. Dan sampailah suatu hari ada yang menegur saya secara berhikmah. Hamba Allah tersebut meminta saya berfikir apa perlunya saya meletakkan gambar-gambar tersebut. Tidak ada sebab lain selain dari untuk dilihat oleh mata-mata ajnabi lalu menerima pujian dari mereka. Saya cuma makhluk yang bakal menjadi busuk berulat sedangkan Sang Pencipta Yang Maha Kekal itulah yang selayaknya dipuji dengan pujian yang melambung tinggi!! Allahu Akbar... berdosanya saya.... (T_T)



Atas nasihat hamba-hamba Allah yang mengambil berat terhadap saya itu, saya memutuskan untuk memadam kesemua gambar-gambar difesbuk. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati kalian yang memberi teguran kepada saya walaupun ada yang menegur secara keras dan agak kasar..(takpe la, Cik Nur tak kecik ati pun). Walaupun sudah tiada lagi gambar-gambar cover cun, saya tetap aktif berfesbuk. Dari sehari ke sehari makin ramai yang menambah/add saya sebagai rakan mereka. Dan saya menerima mereka dengan hati yang terbuka..hihi.. Bila ramai yang add, ramai jugalah yang nak bertaaruf/berkenalan. Bila ramai yang nak bertaaruf, ramai jugalah yang nak masuk jarum. Bila ramai yang nak masuk jarum, ramailah yang nak mintak nombor telefon. (Cik NurQaseh bukan nak perasan hot ke apa, cuma menceritakan pengalaman yang sebenar...hihi).



Hanya Allah dan saya sendiri yang memahami diri saya sendiri (-_-") paham tak ayat saya nih? Buat-buat paham sudah la ye... Saya tahu kekuatan dan kelemahan diri saya, dan saya tahu hati saya sangat lembut dan mudah disentuh mahupun tersentuh.


"Ana ikhlas nak berkawan dengan anti..."


"Saya idamkan seorang wanita yang boleh bimbing rockers macam saya nih..."


"Boleh enti jadi zaujah ana? " (yang ni paling tak bleh blah)


"Qaseh, terimalah diriku sebagai suami mu..." (huwaa...ini dah tahap dewa 19 punye tak bleh blah)



Kadang-kadang tu rasa cair je hati ni bila dengar pujuk rayu lelaki. Bila dah lama-lama rasa menyampah pun ada. Sebab apa? Sebab perasaan tu semua dari syaitan semata-mata. Tapi ada juga beberapa insan yang saya rasa hati mereka betul-betul ikhlas nak berkawan dengan saya..(saya rasa laa...Allah sahajalah yang bleh menilai keikhlasan kita). Dan kami masih berhubung sehingga kini. Diharapkan ukhwah yang terbina antara kami mendapat keberkatan di dunia sehingga akhirat.



Berbalik kepada lamaran-lamaran tadi, saya ada juga sound seseorang dari suatu jemaah nih. Kerana apa? Biarlah rahsia...saya cuba nak elakkan dari memburuk-burukkan orang (tapi kalau saya ada tercakap, mintak maap la yer). Saya sendiri pun bukanlah baik sangat, tapiii memang tak patut betul la orang warak macam beliau buat macam tu...Takpelah,beliau sudah dimaafkan.



Bila dah ramai kawan di fesbuk, maka masa saya banyak terbuang di hadapan PC. Bila bukak je ruangan chat, maka ramailah yang nak berchatting. Dan bila saya sudah terasa syok berchatting, mula lah mengabaikan waktu solat. Asar dah 30 minit berlalu, "alah takpe, baru setengah jam....sambung chatting lagi la.." Getus saya dalam hati. Dah nak dekat maghrib baru terkial-kial nak amek wudhu'.. Ishh..Ishh,..Ishh, teruk giler Cik NurQaseh ni. Bila dah jadi tabiat solat dilewat-lewatkan, mula lah hati rasa tak tenang. Bila zikrullah mula berkurangan, mula lah rasa gelisah.



Bila hati rasa tak tenang, otak pun ligat memikirkan kata-kata yang menggambarkan frustasi diri. Bila idea datang menyinggah, mula lah kata-kata tersebut dizahirkan di status fesbuk. Bila ramai yang baca, ramailah juga yang klik "like" kat status tersebut. Tak kurang juga ada yang meninggalkan komen...


"Wah, pandainya berkata-kata..."


"Minta di copas status ini yah.."


"Sungguh dalam maknanya bla bla bla...."



Dan komen-komen semacam inilah yang membuatkan idung Cik NurQaseh kembali kembang tahap maksima. Hmmm...nak cerita tentang saya dan fesbuk sampai malam esok pun takkan habis. Dipendekkan cerita, bagi saya fesbuk boleh mengubah niat seseorang itu daripada A ke B. Daripada nak berdakwah kepada menunjuk-nunjuk. Daripada merendah diri kepada meninggi diri. Daripada diri seseorang tu tebal dengan sifat malu, terus berubah kepada seorang yang tak tahu malu sedikit demi sedikit. Tu pendapat saya yang lemah lagi hina ni la. Saya cakap bagi pihak diri saya seorang. Saya luahkan apa yang saya rasa. Ada orang cakap tu semua benda kecik jer. Pucuk pangkal hati masing-masing. Pandai-pandai la nak jaga hati dan niat dari terpesong. Buat apa la Cik NurQaseh nak lorat-lorat deactivate fesbuk. Huhuhu...sebab nak jaga hati dan niat ni lah Cik Nur deactivate fesbuk taw tak. Sebelum benda-benda yang kecil ni jadi besar, sebelum luka jadi barah, sebelum nasi jadi bubur, sebelum hati menjadi keras lebih baik saya elakkan.



Dan sememangnya Cik NurQaseh adalah seorang hamba yang sangat-sangat lemah, baru belajar istiqomah, baru belajar bermujahadah. Berperang dengan nafsu sendiri, berperang dengan kehendak duniawi. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu. Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.



Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala… ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.



Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqomah.. Dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Meski ada yang menyindir saya, "ala NurQaseh testing market je tuh.. Esok lusa dia buat akaun facebook yang lain.." hehe...terpulang lah pada mereka. Yang penting saya tahu apa yang saya buat, dan Allah mengerti hati hamba-hambaNya.



Kesimpulan yang saya buat, fesbuk adalah sesuatu medium yang tidak sihat bagi REMAJA PEREMPUAN YANG LEMAH seperti saya.... hihihi... saya jer taw. Hati anda kuat, anda boleh terus berfesbuk dengan jayanya. Gunakan fesbuk dengan sebaik mungkin yer kawan-kawan. Untuk yang ada bisnes, gunakanlah fesbuk untuk mencari rezeki yang halal. Satu lagi jangan tag orang sesuka hati. Buat semak jer..hahaha...



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan) Allah berserta dengan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Ankabut:69)



Allahu'alam...




p/s: tangan masih terketar-ketar kerana menggergaji dahan pokok rambai tadi.. Fesbuk dah takde... Buat jela ape-ape keje yang patut...hihihi... (^^,)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur Tetap Majnun

bismillah....


dalam urat ku, dalam saraf ku
mengalir semangat yang hampir beku
merahnya mulai biru
menunggu masa untuk kaku
kemana semangat yang dahulu berkobar??
dimana hilangnya iman yang bersinar??
karena dunia yang penuh onar
aku makin jatuh terbiar
dunia....dunia....
semakin hari semakin hina
dihinakan oleh makhluk bernama manusia
dunia ini untuk pencinta gila!!
aku juga gila kerna dunia
masakan dunia sudah begitu tua!
sempatkah si gila ini mengais secebis cinta
yang dikais selama ini cuma pahala
pahala berganda-ganda, semuanya karena pahala


aku melihat manusia bertelanjang
meski ia berhijab panjang
mungkinkah aku tergolong
dalam golongan yang memekik melolong
berseru-seru ke arah yang satu
hakikatnya aku masih disitu
seru dirimu sejuta kali sebelum menyeru!!
biar tampak kotor di mata mereka
biar nampak lemah dilihat manusia
dahulu si majnun ini suka dipuji
maka terhurailah pahala yang dicari
juga terburailah ikhlas di hati
apa artinya semua ini!!


ahh!! gila!!
dunia...dunia...
aku bekerja untuk dunia
mana akhiratnya??
mulut saja bisa berkata-kata
aku rindu, aku cinta
aku mahu semahu-mahunya mendapat redha
tapi tangan masih kotor bersalut dunia
lalu untuk apa ibadahnya


hati itu harusnya putih
ibarat baju yang lusuh
secubit kotoran segera dibersih


si gila mengharap cahaya
tidak tertancap pada pahala
biarkan aku terus gila
dalam mencari Dia si Pencinta...



NurQaseh,
10.30pm, 16 Sept.2010,
7 Syawal 1431H,
Teratak Ibunda...




p/s: Salam 1 Malaysia!! huhu... (sempat lagi tuh)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah Raya Laaa..... (^^,)

bismillah...


Alhamdulillah...Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan dunia yang fana dan segala isinya kepada saya. Ramadhan bakal menutup tirainya, Syawal pula yang akan mengambil alih. Antara suka dan duka, yang mana satukah yang paling kita rasai?



Terasa syahdu, sedih dan menyesal bila menghitung saat berlalunya Ramadhan. Syahdu kerana bulan yang mulia ini datang setahun sekali, entahkan saya dapat bertemu lagi dengan bulan barokah ini pada tahun hadapan atau tidak, allahu'alam... Sedih kerana terasa pantas masa berlalu, meninggalkan saya yang baru belajar erti sabar, erti redha, erti jihad dan terasa sesal kerana banyak waktunya saya terlalu leka dengan dunia, terlalu lalai dengan yang fana sehingga membiarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja. Terasa amat sedikit ibadah yang saya lakukan di bulan mulia ini... (T_T)





Sudah sudah NurQaseh!! Baru nak menyesal ye... Terlajak parking boleh di undur, tapi terlajak masa, sendiri mau ingat....(-_-")



Saya tak ada idea nak tulis apa...Cuma saya nak ucapkan Salam Eidulfitri kepada pembaca QalamCahaya yang tegar ataupun yang terbaca blog ini secara tidak sengaja. Maaf zahir dan batin saya ucapkan andai ada tulisan saya menyinggung perasaan kalian, atau membuatkan kalian naik muak membacanya, atau ada tulisan saya yang membuatkan kalian naik menyampah dengan saya... Saya pohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kuku. Sesungguhnya saya adalah insan biasa yang teramat biasa...



Tak lupa juga buat sahabat-sahabat di fesbuk, millat fesbuk, twitter(xde twitter pun), friendster dan sahabat-sahabat maya yang lain. Walaupun kita tak pernah bersua muka tetapi saya harapkan ukhuwah yang terbina ini tetap teguh dan tetap kukuh sampai akhir nyawa ini. Maafkan Cik NurQaseh kalau ada silap dan salah... 0-0 yer...(^_^)v



Setelah berpenat lelah didapur, bergotong royong dengan ahli keluarga yang lain,sempat juga saya meng'update'kan blog nih..hi3.. Ketupat, rendang, dodol, lemang, wajik sirat, serunding daging dan bagai2 lagi telah tersedia di dapur rumah saya.. Buat sahabat-sahabat semua, jemputlah datang ke rumah kalau tak malu... hihihi... Tahun ni sekeping kad raya pun saya tak dapat.. Adakah posmen sengaja mensabotaj kad2 raya yang sepatutnya saya terima??? Haisshh...tak baik buruk sangka taw... Husnudzhon NurQaseh!! ehehe... Dah besar2 panjang ni memang tak ada masa nak beli kad raya.. SMS suda~ Tapi dalam fesbuk, berduyun-duyun kad raya yang saya dapat. Terima kasih ye kawan-kawan walaupun kad di alam maya lain daripada kad di alam realiti, asalkan tujuannya sama...nak mengeratkan ukhwah kita di hari lebaran nih...^^,



Berbagai peristiwa yang berlaku pada Ramadhan tahun ini. Bermula dengan kejadian ribut di Bazar Ramadhan Jasin yang mengorbankan 3 jiwa, kemudiannya ribut di KL kalau tak silap...sama seperti di Jasin. Dan kes yang selalu kita dengar saban tahun adalah kes main mercun. Tahun ini agak tragis kisahnya kerana seorang budak berumur 4 tahun kalo tak silap saya, terbunuh akibat mercun. Mayatnya tercampak hingga ke atas pokok dan keadaan mayat tersebut amat2 menyedihkan. (T_T)



Dalam 10 akhir Ramadhan ini juga, terdapat banyak peristiwa yang berlaku diluar dugaan kita. Kehilangan jutawan produk kecantikan, Dato' Sosilawati Lawiya bersama peguam,pegawai bank dan pemandunya menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Hmm...esok nak raya dah..tapi mereka pulak hilang tanpa dapat dikesan. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan mangsa dan ahli keluarga mereka ketika ini. Pastinya Aidilfitri suram tanpa kehadiran insan yang tersayang...(T_T)



Dipendekkan cerita, bukan sahaja Dato' Sosilawati serta 3 individu yang terlibat itu sahaja yang hilang, malah saya dikhabarkan semalam seorang remaja 16 tahun yang tinggal berdekatan dengan tempat saya turut hilang dari rumah. Kejadian disedari oleh ibu dan ayah mangsa ketika bangun untuk bersahur, dan mangsa hilang sehelai sepinggang. Kalau lari rumah, tentula dia bawak duit, baju, IC, makanan nak bersahur ker atau apa2 yang patut. Entahlah, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terjadi. Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya jika anak yang disayangi tiba2 hilang tanpa diketahui sebabnya.. Dah la esok nak raya... isk3~~ (T_T)



Jika tadi kehilangan tanpa sebab, ada satu lagi kes juga melibatkan remaja perempuan berumur 16 tahun, di negeri mana ntah(baca paper nak taknak je tadi). Tapi kehilangannya bersebab... Sebabnya?? Lari ke Lombok...adoiyaii, adik2 saya zaman sekarang niii...fikir la masa depan dik oii... Kesian la kat mak ayah, masuk TV nangis, keluar radio nangis, masuk newspaper nangis...esok nak raya dah dikk... Penat lelah mak ayah besarkan kita, tapi macam ni kita balas... (T_T)



Asyik berair je mata ni dari minggu lepas.. Nape la rasa sebak je nih... hmmm... Apa2 pun sekali lagi saya mohon maaf atas segala keterlanjuran saya mahupun kekurangan saya. Saya nak cerita sikit nih, dulu masa mula2 Ramadhan datang, saya ada tulis status kat fesbuk yang saya nak tinggalkan seketika dunia fesbuk. Dapatlah saya bertahan selama 2 minggu. Lepas tu....hihihi...paham2 la yer...tapi saya tak update apa2 status pun, cuma approve kawan2 je.. Nak dipendekkan cerita, ada la beberapa orang hamba Allah ni yang ambil berat trhadap saya. Dapat jugalah saya merasa diperli dan disindir...huhuhu... Ada seorang sahabat dari seberang, menulis di status fesbuknya seolah-olah memerli saya(dia siap cakap, kalo ada yang terasa disindir,harap2 dijaga hatinya hingga habis Ramadhan ini)...hihi..terasanyee...



Takpela, saya tak simpan dalam hati...saya tahu saya salah...Mintak maaf ye sebab cakap tak serupa bikin,.. MAAF.. Cik NurQaseh cuma insan dhaif, baru nak belajar istiqomah... Ampun ya pak... huhu...



Tak lupa juga untuk sahabat2 yang jauh di mata dekat di hati.. Ana mushtaq jiddan..(^^,)v



p/s: nak keluarkan duit bonus jap lagi...hihi...shopping saat terakhir... (alhamdulillah dapat jugak bonusnye...terima kasih Allah :)

p/s lagi : ek'eh, baru saya perasan gambar kt atas tu ada muka orang yg nampak samar2...hihi...mintak maaf la ye encik, saya cilok gambar tu kat pakcik google... ^^,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintakah?? (^^,)

bismillah....






Sabda Rasulullah...Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: (1). Allah ta’ala dan Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam lebih ia cintai daripada yang lainnya, (2). Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan kerana Allah ta’ala, (3). Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api....(^^,)







p/s: Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya... (^^,)



p/s lagi: Waiting for'something'....but I know' its' not for me....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fiqh Dan Bulan Mengambang... (^^,)

bismillah...



Segala puji bagi Khaliq yang memberikan cahaya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Segala puji bagiNya juga yang memercikkan nikmat Iman dan Islam ke dalam diri hamba-hambanya yang terpilih... Ramadhan sudah sampai di pertengahan dan bakal meninggalkan kita...isk3...sedihnye...Rasa macam tak cukup sebulan. Apapun,suka saya mengingatkan diri saya dengan tegasnya supaya meningkatkan lagi amalan dan jangan malas2 yer NurQaseh!! Kurangkan makan,kurangkan tido,kurangkan bercakap.....baek~~



Entri saya kali ni adalah tentang haidh wanita. Ishh, tak malu ker cik NurQaseh cakap pasal benda macam ni.... Tak malu pun aih! hehe... daripada saya mengarut yang bukan-bukan macam entri sebelum ni,lebih baik saya kongsi ilmu dengan pembaca-pembaca QalamCahaya khususnya untuk pembaca muslimah. Saya ada dapat beberapa email tentang isu haidh ini, dan kebetulan saya baru khatam membaca tentang Fiqh wanita. Ada sesuatu yang segelintir muslimah tidak tahu tentang haid. Ilmu Fiqh tu sendiri kalau kita lihat sekarang ni tak berapa dikuasai oleh wanita (termasuk saya sebenanye..ehe..). Kebanyakannya kalau ada masalah berkaitan diri wanita tu sendiri, mesti dia akan rujuk kepada ustaz-ustaz (jantina ustaz ni lelaki ye..ehe). Kadang-kadang malu nak tanya. Tanya mak,kakak, nenek, bini ketua kampung semua tak tahu... mahu tak mahu terpaksa la tanya si ustaz (takpe,tak salah pun). Ada yang tak nak ambil tahu langsung...Tu yang kita taknak ye kawan2...



Cuba anda tanyakan rakan-rakan wanita anda soalan ini;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"


Jawapan sebelum ambil tahu:
"ala,kalo dah period tu tak payah la susah2 nak qadha' solat. Kena qadha' puasa jer...."




Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.



Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :



PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.


"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)



HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

JAWAPAN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas).


2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

JAWAPAN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.




Dalam perkara solat subuh pun sama :

-Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.


-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.




























p/s: saya tak ada cuti bulan ni....yesss!!! Work hard for this holy month!! heee~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I'm Thinking~~~~

bismillah....




I'm thinking....I'm thinking....I'm thinking....








I'm thinking why I feel a little bit empty....







Thinking....





Thinking....





Thinking....





Thinking....





I think..................








I'm ready to be a good zaujah....hehehehe.....(in my dream kot??)









Sudah-sudah!! Berangan kamu ye NurQaseh!! heee~~~




p/s: Kondisi saya agak kurang stabil....Perlukan rawatan agaknye.... hmmm....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itu Tanda Sayanggg.....

bismillah...


Segala puji bagi Allah yang menciptakan bulan dan bintang... Segala puja bagiNya jua yang menciptakan hati, nafsu dan akal buat kita bernama manusia. Hari ini hari kesebelas umat Islam berpuasa, alhamdulillah Allah lancarkan segala urusan ibadat saya di bulan yang mulia ini. Harap diterima segala amal ibadat kita Ramadhan ini, insyaallah. Bukan pahala yang ditunggu,bukan juga ganjaran yang dinanti, tetapi redha dan cinta dariNya jua yang kita harapkan.







Belum terlambat rasanya saya melahirkan rasa takziah buat keluarga mangsa angin ribut di kampung halaman saya pada 13 Ogos bersamaan 3 Ramadhan yang lalu. 3 orang terkorban, manakala 18 yang lain cedera. Peristiwa tersebut berlaku di bazaar Ramadhan ketika berduyun-duyun manusia sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Dan saya ketika itu berada di rumah. Pada petang itu selepas Asar, saya dan ayah tergerak hati untuk membeli sedikit juadah di bazaar tersebut. Walaubagaimana pun, ayah semacam teragak-agak untuk ke sana melihatkan kepulan awan hitam dan tiupan angin yang agak kuat (maklum la,naik motor jer..hihi). Lalu kami membatalkan hasrat tersebut. Dan beberapa minit kemudian, seorang sahabat saya yang tinggal berhampiran dengan bazaar tersebut memberitahu yang ada ribut melanda pekan kami.



Saya masih kurang mengendahkan berita tersebut kerana menganggapnya sesuatu yang biasa tapi setelah dikhabarkan ada yang terbunuh, saya beristighfar panjang. Betapa bongkaknya saya sebagai hambaNya yang kerdil, saya memandang enteng dengan TEGURAN dari Allah. Astaghfirullah... Salah seorang daripada 3 orang yang terbunuh itu, adalah seorang peniaga cendol gula melaka yang kami sekeluarga kenali. Pasti saya merindui air tangannya.. Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga saya. Peramah dan baik orangnya..



Cendolll...!!! Cendolll...!!! Beli tiga free satu! Kalau tak sedap bleh pulang balik... ahaha...



Tersenyum bila teringatkannya. Apa yang pasti, mereka semua sudah selamat bertemu Tuhan dengan cara yang telah ditentukan Allah. Kita di sini??? Ingati mati...pasti hati kita hidup.. Jangan biarkan hati mati, kelak binasa diri.



Selepas peristiwa ribut itu melanda, saya terdengar sangat-sangat banyak komen dari mereka yang rasa diri mereka sempurna.




Orang kat negeri tu banyak buat dosa... sebab tu Allah bagi bala...


Peringatan untuk Tok Ali la tu...


Depa banyak buat maksiat, tu pasai la jadi lagu tu..




Wah,wah,wah...berdesing je telinga Cik NurQaseh dengar..Apakah anda kira dengan Allah menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab atau hanya sia-sia? Ya, kami akui kami umat yang berdosa, begitu menggunung dosa kami hinggakan kami lupa berapa kali kami berbuat dosa, jauh berbeza dengan manusia-manusia suci yang memberi komen seperti dialog di atas. Dan untuk itu, Allah memberi kami teguran dan peringatan kepada kami untuk memperbetulkan diri. Terima kasih Allah!! Apa tandanya bila ibu tegur anak? Apa tandanya bila suami tegur isteri? Apa tandanya bila boyfren tegur gefren? Apa tandanya kawan-kawan?? Itu tandanya sayanggggg......


Apabila tsunami berlaku di Acheh yang dikenal sebagai Serambi Mekah beberapa tahun lalu, ramai yang membuat justifikasi sendiri. Bagaimana mungkin tempat yang berciri Islami boleh dilanda musibah yang begitu besar, lebih berganda besarnya daripada ribut di tempat saya. Bagaimana mungkin tempat yang penuh dengan jiwa-jiwa Islam yang teguh di bawah payung Iman boleh diazab begitu sekali. Ramailah yang mencari-cari tafsiran Al-Quran untuk dijadikan bukti bahawa mereka azab Allah sedang melanda mereka yang berkenaan. Lalu terjadilah pelbagai tuduhan bahawa suatu musibah itu terjadi adalah disebabkan keburukan sesuatu kaum. Ini adalah penyakit yang perlu kita ubati...



"Demi dzat yang menggengam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka."



Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang... Apa pun yang Dia aturkan pasti ada hikmah yang perlu kita fikirkan. Jika benar kita beriman kepadaNya, maka jangan sangsi terhadapNya. Kehendak Allah, jauh berbeza dengan kehendak manusia. Kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab. Siapa tahu yang diberi 'bala' itu Allah kurniakan darjat yang tinggi di sisiNya, cuma cara kematian mereka agak tragis (kecuali yang bunuh diri)..



Entahlah...
Saya juga terkadang ada membuat andaian sendiri...itulah balasannya,inilah akibatnya dan macam-macam lagi... Daripada kita mengata dan menghukum, adalah lebih baik kita muhasabah diri kerana sememangnya kita hamba yang berdosa. Dosa setinggi langit dan bumi, tapi perlu diingat, cinta dan kasih sayang Allah lebih tinggi dari itu malah tiada bertepi...



Allahu'alam...




p/s: aku masih dalam pencarian....sentiasa menangis minta dipertemukan...temukanlah aku dengan kematian....mati yang mulia penuh keberkatan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah 18 Tahun? Dah Bleh Tukar Agama Yer?

bismillah...





Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.



Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan tulisan ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.



Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.



Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.



Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.



Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.


1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman

kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?



Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam.



Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan(nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."



Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.



Butir asal permohonan......



Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.



Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."



Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".



Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu?


Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.



Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.



Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu.



Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat
tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.



Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.



Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.



Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.



Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.



Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.



Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.



Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun."



Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya
masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.



Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari,pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.



Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.



Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.



Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.



Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".



Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.



Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya). Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.



Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam)berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."



Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492. Kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.



Macamana benda ni boleh terjadi?



Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier(kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.



Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.



Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasai kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.



Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu.



Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.."Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak tu... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.

Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.



Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan tulisan ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Akhir sekali, tulisan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.



Di harap rahmat Allah dan doa-doa para wali Allah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.



Allahu'alam..



p/s: selamat berpuasa...huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf...Saya Cakap Tak Serupa Bikin (...lagi)

bismillah...


Segala puji dan puja bagi Allah Tuhan Semesta Alam..Tuhan Yang Maha Mencintai, Tuhan Yang Maha Mengasihi.. Agak lama juga saya tidak menulis dari hati ke hati. Ramai yang bertanya, mana entri baru? Mana dia tulisan2 Cik NurQaseh yang tah ape2 tu? Kenapa sudah jarang menulis? Tak pernah sekalipun saya berasa muak untuk menulis. Ada saja idea yang datang, tapi Allah juga yang Maha Berkuasa, segala ilham itu saya pendamkan saja atas sebab2 tertentu,dan lama kelamaan ia hilang begitu sahaja. Sebenarnya, banyak yang saya fikirkan belakangan ini. Terlalu banyak warna-warna yang tercurah di atas kanvas hidup saya hingga saya terasa tak mampu lagi untuk mengungkap warnanya satu persatu.


Dilihat dari luarannya,tampak tidak ada suatu masalah pun yang membelenggu jiwa saya. Tapi ada juga yang perasan akan kelainan diri saya yang dulunya periang, kini tidak seriang dulu. Saya dapat rasakan sesuatu, tapi sukar untuk diluahkan, payah untuk dimengertikan. Ibarat seperti samudera yang luas terbentang, terlihat tenang dari kacamata kita. Tapi di dalamnya begitu banyak rahsia yang tak mungkin kita dapat selongkar semuanya. Berbanyak-banyak kemaafan saya hulurkan bagi sesiapa yang saya kenali, yang mungkin terasa hati dengan sikap saya. Ada juga yang 'bengang' kerana saya seringkali menjawab 'takde apa2' bila mereka bertanyakan tentang sikap saya...hihi...sorryy...


Tiada apa2 lagi yang perlu saya luahkan...pada entri kali ini saya cuma akan siarkan kembali tulisan saya yang terdahulu. Saya pilih entri yang paling saya suker yer..huhu... entri di bawah ni adalah entri yang saya tulis pada bulan Januari 2010, bulan yang sama blog ini dirasmikan... Selamat membaca! (xnk baca pn xpe..:p)



********************************


Sedang saya duduk termenung keseorangan selepas seharian diserang migrain, saya tiba2 terfikir tentang siapa sebenarnya diri saya. Selama ini rupa-rupanya saya berpura-pura menjadi jelmaan malaikat, berpura-pura menjadi "si pembela" bagi mereka yang lemah, menjadi "si baik" yang sangat2 prihatin akan nasib golongan yang tidak bernasib baik, menjadi "si pengkritik" bagi ketidakadilan di dunia ini.

Ini diri saya yang sebenar-benarnya...

1) Jika saya masuk kerja jam 8.35 am, sedangkan waktu mula kerja ialah jam 8.00 am saya sudah dikira lewat ke tempat kerja..TETAPI jika saya sembahyang Asar jam 6.00 pm atau hampir2 maghrib pun masih saya kira awal,sedangkan mengikut masa sembahyang Asar yang sebenar di Semenanjung Malaysia ialah sekitar 4pm-5pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2) Saya mengeji dan mengutuk Amerika kerana jenayah2 perang yang dicipta mereka TETAPI saya tetap makan makanan buatan mereka (McD,Coke,Baskin n Robin...Arghhh!!), saya menggunakan barangan buatan mereka, saya menjadi peminat dan penonton setia filem2 mereka yang kaya propaganda itu. Adakah ini maknanya benci tapi sayang??

3) Jika ada pelancaran skim-skim amanah saham maka saya pun termasuk dalam kelompok manusia yang berduyun-duyun pergi melabur untuk masa depan kononnya. TETAPI apabila ada pelancaran tabung derma (saham akhirat) untuk membantu siapa2 yang memerlukan, hendak mengumpul RM1juta pun cukup payah daripada rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini termasuk saya, malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas oleh media. Mana yang lebih kita cinta?

4) Saya sangat sensitif dan terharu apabila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera anak2 kecil apatah lagi yang membuang bayi mereka merata-rata tak ubah seperti sampah, TETAPI saya jarang rasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka secara maknawinya dengan tidak mendidik anak-anak menjadi soleh, seperti mengenalkan mereka dengan Allah, bersembahyang, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur nanti. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di dunia kala ini? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga, iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka? Anak2 kecil yang dibuang dalam tong sampah belum tentu masuk neraka kalau mereka hidup tetapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke neraka juga.

5) Saya selalunya akan cepat2 mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu saya dan akan kenang budinya sampai bila2 TETAPI dengan Tuhan yang memberikan saya segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik setiap masa, saya jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih dengan cara yang dituntut-Nya.

6) Saya berasa amat malu apabila seseorang mendedahkan keaiban saya TETAPI jarang pula rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan saya lahir dan batin, kecil mahupin besar.

Senarai di atas adalah sedikit tentang diri saya yang cakap tak serupa bikin nih...ish3... Di bawah ini pula saya senaraikan situasi2 yang saya perhatikan dalam masyarakat sekarang.

1) Ramai lelaki memberi alasan hendak berpoligami kerana mahu ikut sunnah Nabi SAW TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh menyimpang dari sunnah. Mempergunakan agama untuk kepentingan diri. (kalo gitu gamak perangainye, camane la bini nak bagi kawen lagi).

2) Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main kayu tiga,empat dan lima. (jangan tanya cik NurQaseh kalo nanti suami sendiri nak tambah bini..takde jawapannye lagi..huhu)

3) Kahwin empat lebih baik dari kahwin tiga, kawin tiga lebih baik dari kahwin dua, kahwin dua lebih baik dari kahwin satu sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin satu lebih baik dari kahwin dua,tiga dan empat jika tidak mampu berlaku adil. Hisab dan nilai diri dulu sebelum pilih yang mana satu.

4) Pemimpin2 selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu berkasih sayang sesama manusia, menyeru agar bersih cekap dan amanah dan sebagainya TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan dan mengotori tangannya sendiri dengan korupsi dan rasuah.


Ish..ish..ish..jahatnye saya ni..cakap tak serupa bikin.. Talam dua muka.. Lidah bercabang..bla bla bla....


p/s: Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku tak betul, aku yang salah, kerana aku dia jadi begitu.... hurmmm...(T_T)


p/s lagi: tang lambat pi keja tu memang kena la dgn sy....hihi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Dalam Diam....

bismillah...


Cinta mereka?? Sape mereka tu? Kali ni saya nak kongsi kisah Ali dan Fatimah, bagaimana mereka bercinta...Kenapa tetiba jer Cik NurQaseh ni bercerita tentang cinta? Adakah Cik NurQaseh sedang dilamun cinta??? Uishhh,takde maknanyer..hihihi...





Pada suatu hari,Ali Bin Abi Talib teringin hendak melamar Fatimah, putri nabi Muhammad SAW,tapi kerana dia tidak mempunyai duit untuk membeli mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar kalau Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Bagaimana agaknya perasaan Ali apabila wanita yang dia ingini dilamar oleh seseorang yang ilmu agamanya lebih hebat dari dia. Tapii Ali tetap bekerja dengan giat.



Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar khabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira lalu beliau berkata “waahhhh, ade can lagi nih...”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih gigih lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah.


Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaannya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. Betapa senangnya Ali mendengar berita itu..hohoho...


Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar kerana terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. Ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini Fatimah menerimanya. Kalaulah Usman tidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi..ape nak buat... Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabarnya Fatimah menolak lamaran Usman bin Affan, betapa bahagianya Ali...hohoho...


Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabat nya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik pegi pinang Fatimah cepat!!!”


Dengan segera Ali memberanikan diri untuk menghadap ke Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah. Dan setelah di ejas2 sikit oleh Saidina Ali, maka lamarannya pun diterima....hohoho lagi...


Ternyata memang dari dulu Fatimah sudah ada itu feeling2 sama Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga dia dah ada feelingsss dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saatnya ijab kabulkan. Bak kata mak saya, sabar itu separuh dari iman. Berkat kesabaran saidina Ali akhirnya terbayar jugak.


Cinta adalah fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang, namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut agar bukan cinta yang menguasai kita tetapi diri kita yang mengendalikan cinta.


Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah
tentang membingkai perasaan dan bertanggungjawab terhadap cinta tersebut, bukannya sekadar berjanji itu dan ini...


Ali pun menikahi Fatimah dengan menggadaikan baju besinya. Sahabat2 yang lain ingin menyumbangkan rumah kepada Saidina Ali, tapi Nabi cakap jangaannn,kena ganti balik sebab ianya hutang..


Saidina Ali ialah seorang gentleman yg sejati kerana mengorbankan cintanya kepada sahabat2 beliau. Dan akhirnya, beliau jugak yang dapat Fatimah.

"Laa fatan illa ‘Aliyyan!" Maksudnye...Tak ada pemuda kecuali Ali!

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Apa yang Saidina Ali lakukan ialah beliau berani, sabar dan redha.Dan ternyata tak kurang juga dengan apa yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,


Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah berkata kepada Ali, “Maafkan syg, kerana sebelum menikah dengan abg, syg pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

Ali terkejut dan berkata, “abih tu, naper syg nikah dengan abg jugak?? saper pemuda tuu??"

Sambil tersenyum Fatimah berkata, “abg la pemuda tu...hihihi...”


Satu lagi kisah tentang bagaimana Rasulullah mengajarkan Fatimah suatu ilmu yang dapat memelihara beliau serta memudahkan segala urusannya. "Puteriku, mahukah engkau ku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.





"Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"



p/s: hmmmm....bila lagi nih....hihihihi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Baca.....

Bismillah......










Takdak idea lagi.....













Allahu'alam.....





p/s: dah cakap dah...jgn baca... :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebaik-baik Hiasan.....

bismillah....





Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.


Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.


Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”


Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”


Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”


Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”


Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”


Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.


Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”


Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”


Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”


“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.


Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”


Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”


Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.


Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”


Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”


Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”


“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.


Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.



*best tak citer nih? ada tak lelaki yg sanggup bernikah dengan wanita yg ada sejarah hitam macam kisah di atas? ade ke?? dah tentu semua nak cari yg almost perfect kononnya.. betol tak? Pernah seorang sahabat saya bercerita tentang lelaki-lelaki dalam sebuah pertubuhan yg sangat berjaya namun telah diharamkan oleh kerajaan kerana disyaki sesat.. saya taknak bercakap tentang kesesatan mereka, tapi saya nak berkongsi dari sisi yang baik tentang mereka..


Sahabat saya bercerita pengorbanan lelaki-lelaki di dalam pertubuhan tersebut dan bagaimana mereka menyebarkan dakwah di bumi Malaysia ini. Sebelum tu, saya nak bertanya satu soalan kepada pembaca2 blog dhaif ini. Jika anda seorang pendakwah, golongan yg mana akan anda dakwahkan terlebih dahulu... Adakah golongan yang selalu berada di masjid2 dan di majlis agama atau golongan yang hanyut dalam maksiat yg selalu berlegar-legar di pusat hiburan dan sebagainya? Jawab jgn tak jawab...huhu..


Berbalik pada sahabat saya tadi, beliau pernah mengatakan bahawa lelaki2 yg berada di dalam pertubuhan tersebut mengorbankan diri mereka semata-mata mahu menyebarkan dakwah mereka kepada wanita2 seperti kisah di atas. Tanyalah semua lelaki di dunia nih, sejahat-jahat lelaki pun akan mengidamkan wanita yg soleha. Dan lelaki2 dalam pertubuhan tersebut dengan rela hati mengorbankan kemahuan mereka lalu mengahwini wanita2 yg sudah rosak akhlak. Hasilnya....,berbaloi-baloii..hehehe... Wanita2 yg seperti itu pun boleh menjadi wanita yg soleha malah lebih lagi... Dengan adanya bimbingan lelaki yg benar-benar ikhlas menerima kerana Allah, maka wanita2 inilah yg bakal menemani mereka di syurga kelak..



Allahu'alam...




p/s: cik NurQaseh pun bukannye baik sgt....dulu2 cik NurQaseh suke sgt karoke...maklum la sore sedap(masuk bakul pastu angkat ramai2).. atas bimbingan ayah, cik NurQaseh kembali ke pangkal jalan...thehehe....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

What The Cat??

bismillah...


Subhanallah walhamdulillah wala ila ha'illallah allahu akbar!!! Segala puji bagi Khaliq yang menghidupkan dan mematikan setiap yang bernyawa di alam fana ini... Semalam merupakan hari yang sangat 'tak syok' bagi saya kerana mengalami sindrom kemalasan yang teruk ditambah dengan pertikaian saya dengan seorang sahabat di alam maya, dicampur pula dengan masalah anak-anak kecil di rumah, diadun lagi dengan masalah pernafasan yang tiba-tiba datang menyerang, diblender sekali dengan satu perasaan rindu-rinduan buat makhluk yang jauh di mata dekat SIKIT di hati...(lebih2 lak cik NurQaseh ni..die kat sane xrase pape pun..wahaha)



Dan hari ni, dengan rela dalam terpaksa saya melangkahkan kaki ke bangunan yang kelihatan gah di negeri maju 2010 ini. Adess...Sabtu pun keje daa...apa boleh buat. Pagi ni saya terlambat ke tempat kerja walaupun bangun seawal 5 pagi. Hal ini adalah disebabkan oleh masalah2 teknikal yang berlaku dalam sistem perkumuhan saya yang tidak stabil..thehehe... Setiap hari Sabtu juga kelas pengajian agama berlangsung di rumah saya..jadi kena la tolong mak kemas rumah pagi2... Sudahnya, terkocoh-kocoh la saya menuju ke tempat kerja..


Dan dalam perjalanan saya ke sana dengan kelajuan 130 km/j, tiba2.....




Sreeeeeeeeeetttttttttttt......!!!! (bunyik brek)




daaaaaammmmmm.....!!! (what the tuuuuttttt*!!)





Allah, Allah, Allah....terlanggar kucing rupanya. Menggigil satu badan.. Nak nangis pun ada. Kesiannya kucen tu...iskk3..(T_T). Kucen tu pun satu,lintas macam ayam (-_-")... terasa kereta tu terangkat sikit bila kucing tu kena langgar.




.....






Dah la cukup la tu.....not in mood...





p/s:masih berkabung....(T_T)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS