RSS
Container Icon

Wordless Wednesday

bismillah....





kbai~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Yang Bernafsu~

bismillah...


Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu


Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu...
Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika kami menjawab ia akan bangun
Di kala itu kami akan tertawan...

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Steringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah kita sentiasa berwaspada...


0137 am,
atas toto,


p/s : santek bulan malam ni... tiap2 malam keluar tengok bulan~ bulan makin terang, makin bersinar... adakah ini suatu petanda~
p/s/s : (baru dapat publish, malam tadi lappy hang)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surga Di Wajahmu

bismillah...




p/s : ingat nak tulis something dalam entri ni tapi... malam ni takde mood.... sedey. kbai :'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adab Mengular Di Opis

bismillah...


Ular atau nama saintifiknya cnemidophorus sexlineatus viridis adalah sejenis binatang yang tiada kaki, mempunyai sisik yang berkilat, serta ada berbagai-bagai jenis dan warna. Kulit ular amat bernilai dalam industri fesyen kerana boleh dijadikan kasut, beg tangan, dan lain-lain lagi (CikNur ade beg Carlo Rino kulit ulau tapi tapi tak pakai pun sebab terasa macam sandang ulau je). Sementara darah ular pula dikatakan boleh menambahkan kekuatan yang luar biasa kepada kaum adam.. (-_-"). Tapi apa yang Cik NurQaseh nak kongsikan di sini bukan berkenaan ular, tetapi mengular atau dalam bahasa penjajahnya 'snaking'...Kenapa mengular? Kenapa tidak menikus? mengucing? atau mengayam? Saya pun kurang pasti siapakah yang memberi gelaran seperti ini.




Mengular boleh diinterpretasikan sebagai amalan mulia yang sering diamalkan oleh segelintir pekerja, khususnya dalam sektor kerajaan. Antara perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai mengular ialah meng'update' blog pada waktu bekerja, melayari laman web sosial seperti Fesbuk, Twitter, menonton video di YouTube, tidur di bawah meja, di atas meja, atau di dalam pantry, bersembang kosong dengan pakcik jaga, mengurat PA boss, merokok di sebalik pintu opis, minum teh dari jam 8.05 pagi hingga 4.55 petang dan berbagai-bagai lagi teknik mengular yang sering dilakukan. Disini saya sertakan teknik-teknik mengular yang lebih berkesan dan komprehensif serta dijamin dapat mengurangkan peratusan untuk kantoi dihadapan boss.


1) apabila anda mahu melayari laman web sosial seperti Fesbuk, anda digalakkan membuka beberapa tab yang lain. Buka laman web rasmi jabatan2 kerajaan atau laman web syarikat anda @ laman web rasmi yang berkaitan.. Jika anda nampak boss anda menuju ke tempat anda, cepat2 tukar tab yang tersebut.

3) sekiranya anda mengantuk, pastikan anda tidur duduk bersandar dengan tegak dan bersemangat. Posisi tangan anda hendaklah di atas keyboard dan pakai cermin mata hitam. Pasti boss berbangga kerana mempunyai pekerja yang stylo seperti anda. Berlainan pula dengan Cik NurQaseh semasa tingkatan 5..,beliau dengan kreatifnya mencipta mata palsu yang diperbuat daripada kertas A4 lalu dilekatkan dikelopak mata..hasilnya,, Cik NurQaseh dihalau daripada makmal fizik. (woha! kenangan seyh!)

4) jika anda dan rakan-rakan ingin berborak kosong atau mengumpat boss sendiri, pastikan anda berkumpul ditempat yang selamat dan strategik untuk melihat boss anda daripada jauh. Senang nak lari nanti. Ataupun sekiranya anda dan rakan-rakan disergah oleh boss secara tiba-tiba, buat muka sedih dan menangislah teresak-esak sambil berguling-guling. Katakan padanya, yang anda stress dengan kerja. Mesti besok boss bagi cuti.. ngeh3...

5) jika anda sudah bosan untuk berlakon, dan mengular di belakang boss, jangan khuatir. Masuk terus ke bilik bos, duduk menghadap bos, parking kaki anda di meja bos dan bincangkan tentang pasaran saham atau isu-isu politik semasa. Takpun terus bentang toto dan tido di situ.. anda akan mendapat 3 kenikmatan, iaitu kaki, fail keras dan notis 24 jam...


sekian...okbai~


p/s : entry ini mula ditulis pada jam 3.05 petang. Huahuahua...keje berlambak NurQaseh!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jubah Pengantin Kaler Putih~

bismillah....




cun tak jubah die? ade manik2 ehe... 

Jubah pengantin kaler putih...... Semalam saya bermimpi, saya tengah buat persiapan untuk hari bahagia saya..     Mak hulurkan jubah pengantin kaler putih. ade sulam-sulaman yang cantik dan manik-manik yang berkilau... Weeeeee~~~ seronotnyerrr.....


Tapi....... Saya tak tahu bila saya akan mulakan frasa hidup yang baru sebagai seorang isteri... Mungkin saya akan sarungkan jubah pengantin kaler putih satu hari nanti,..mungkin juga saya tak sempat nak sarungkan jubah pengantin kaler putih tu.....


Yang pasti..... Satu hari nanti saya akan disarungkan dengan kain 'pengantin' kaler putih yang takde manik-manik.... huhuhu.... Tiada syak dan tiada ragu lagi...hari itu akan tiba nanti...


takde manik dah... isk3~ (T_T)

p/s : saya terfikir, sekarang saya berusaha untuk menjadi seorang isteri yang terbaik satu hari nanti.. Saya belajar memasak, saya buat kek dan pastry, saya belajar menjahit baju dan manik, saya jaga anak2 sedara dan macam2 lagi untuk tambah ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan...sedangkan saya tak pasti adakah perkahwinan itu benar-benar akan terjadi kelak.....  tapi ape yang dah saya usahakan untuk hari kematian yang benar-benar pasti? ape bekalan yang dah saya siapkan untuk menghadap Pencipta saya nanti....... uwaaaa~

p/s : tapikan....cantik betul jubah pengantin kaler putih yang saya mimpi semalam... kalah radzwan radzwil punye design... woha!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Ibrahim Adham

bismillah...


Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.


Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.


Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.




Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, "Kembalikanlah jarumku!"

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: "Aku inginkan jarumku sendiri."

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia (sekarang Iran tapi ada sumber lain cakap kat Syria, tatau la Ciknur). Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

*Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz..

Allahu'alam..


p/s : Best baca cerita ni. Mengingatkan hati-hati yang lalai...tambah2 zaman sekarang yang dah akhir zaman ni.. Tanpa kita sedar, sistem perhambaan masih lagi wujud dalam dunia serba moden.. Hamba apa? Hamba kepada wang, hamba kepada kekayaan... na'udzubillahi min zalik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I'm Back.. \(^_^)/

bismillah...


Err..hai.. Apa khabar? Macam kekok je nak menulis balik lepas 5 bulan QalamCahaya dibiarkan tergantung tak bertali. Alhamdulillah, kini dah kembali bersiaran. Ngeh3... Semangat! Semangat! Semangat!


Sekarang CikNur dah tak dengar lagu-lagu cintan cintun yang sedey-sedey lagi dah. Ciknur rasa, lagu-lagu cintan cintun yang sedey-sedey perlu di'ban' di Malaysia ni sebab lagu-lagu tu membuatkan kite lebih sedey dan sentiasa melayan perasaan sedey yang berlebihan. Dan lagu-lagu cintan yang sedey ni jugak membuatkan rating pendengar Suria Chenta di Suria FM meningkat. Takde keje asyik nak dengar radio je malam-malam. Ada baiknya CikNur layan lagu-lagu patriotik seperti Melaka Maju 2010, Shoutul Harakah, lagu2 nasyid Hamas, Al-Qasam (bajet paham bahasa Arab. Ah! lantaklah, janji bersemangat).


aja-aja fighting!! uikss...ensem~ ngeh3



tapi...tapi.... Ciknur tak tahu nak taip apa hari ni. Ehe.. So esok-esok jela Ciknur bercerita. Okbai~



p/s : ada kat opis ni.. key in data maklumat pengundi (oi boss! ni bukan keje aku laaa!!) hushhh~ sabar, sabar~~ buat kerja dengan senyuman... =)

p/s/s : the most difficult of life is not when no one understands you but it is when you dont understand yourself..... hurmm~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday

bismillah...




Moksuu~~ Cicah tak nak sekolah tadika... tak bleh blah la kat situ~




p/s : ek eh budak ni macam blaja kat universiti plak. Ntah mane dia dengar ayat 'tak bleh blah' tu agaknya.... tak bleh blah betul si Cicah ni....


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang Sedang-sedang Jer

Bismillah....


Sabda junjungan, "tidakkah kalian mendengar?? tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!" (HR Abu Daud)




kredit to puadede.com



Kata Hassan Al-Basri...."Bersederhanalah dalam mencintai dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci..."








Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib pulak berpesan.... "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu kelak ia akan menjadi kekasihmu nanti...."






uih....lomantiknye husband & wife ni.....bulan puasa ni taw! ehe.....



p/s : Saya tujukan rasa simpati ni kepada  Cik Aimie Harmelia kerana baru diputuskan tali pertunangannya dengan si Apex  dengan cara yang saya rasa paling tak beradat dan paling tak sopan... Der,kot iye pun awop tak suka lagi kat Cik Elia tu, datang rumah cakap baik2 laaa....takyah cakap kat media....

p/s/s : Bercinta biar sederhana.... Dah kawen nak lebih-lebih pun takper.... apedehal~

p/s/s/s : Orang lelaki sekarang ni memang camtu ke? huhu....Dah senang sikit, dah jumpa yang cun2 sikit terus lupa diri....isk...isk...yang tak berkenaan jangan terasa plak yer.... :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan Cari Syurga

bismillah...


Err...sebelum tu nak habaq, entri ni bukan Cik NurQaseh yang tulis. Cik NurQaseh dah selamat berhibernasi @ bertapa dekat atas Gunung Ledang nun... Almaklumlah hamba banyak dosa, sekali sekala kena la pergi berkhalwat sensorang muhasabah diri, pikir dosa-dosa yang lampau dan ingat mati serta meningkatkan kuasa dalaman Cik NurQaseh yang sudah berkurang sejak belakangan nih. Ngeeee~


Ehe...yela2, tak baik menipu. Saya ngaku la, saya takleh tak membebel. Mesti nak membebel jugak kat blog ni. Yela,nak luah perasaan kat mak, saya tengok mak dah tahap 'tepu' sebab hari-hari dengar saya bercerita. Mak pun dah tak berapa sihat...(T_T) Saya cakap banyak-banyak nanti mak sakit kepala pulak (nak nanges dah ni~) Hmmm,takpe2 takmau sedih2 lagi. Sambung citer balik,ni belom kawen lagi ni.. Kot dah bernikah, laki saya la yang kena layan saya punya cerita...abis la ko encik zauj. Nak berhibernasi dari berblog untuk seminggu dua boleh la kot. Dalam sebulan update 2 @ 3 entri pun jadi laaaa....asalkan release apa yang terpendam dalam hati. Terasa agak tensen jugalah pada bulan ini kerana ke'sengkek'an yang berlaku tambah-tambah plak gaji lambat masuk dan kehadiran tiroid yg baru dikenalpasti. Tu yang asyik letih memanjang, menggigil cam orang kena parkinson, nak makan pun takde mood.



Tensen jela memanjang...masalah itu masalah ini... Rasa nak lari je jauh-jauh. Hoh! Tensen ye NurQaseh??? Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenanggg~ Lupe la tu kan? ingat benda lagho jela kan? Hy,budak NurQaseh ni.....taktau dah nak nasihat macam mana....


Pagi tadi saya baca berita Bernama kat internet.. Tersentak bila dapat tahu Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz yang buat permohonan nak tukar nama dalam IC dia kepada Aleesya Farhana dah meninggal dunia jam 5 pagi tadi atas asbab serangan jantung... Innalillah~ Allahyarham dah tukar jantina dia daripada seorang lelaki macho kepada seorang perempuan yang lemah lembut. Nak buat camane, itu pilihan dia... Mak ayah dia pun dah tak tahu nak kata ape. Dah marah, dah halau, dah nasihat...pastu terima balik. Yela dah anak sendiri, siapa yang tak sayang. Buruk-buruk dia, jahat-jahat dia, darah daging kite jugak... Allah lebih sayangkan dia walaupun dia begitu~ (T_T)


“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan.” (al-Balad: ayat 10)


Allah dah berfirman seperti di atas. Manusia ada dua jalan yang perlu dipilih, sama ada ke syurga atau ke neraka. Tanya jela sape2, op kos semua nak masuk syurga tapi adakah setiap jalan yang dipilih, setiap langkah yang kite amek adalah jalan menuju ke syurga? Allah suruh kau pakai tudung, kau tanak. Jadi itu jalan yang kau pilih. Allah suruh kau buat baik, tapi kau buat jahat. Itu jalan yang kau sendiri pilih... Allah kurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk, haq dan batil. Macam CikNur la kan...Orang suruh buat kerja, dia bantai tido dekat opis. Bila orang pertikaikan kredibiliti (ayat xtahan) dia, tahu pulak dia nak marah...Ngeeeee~~~



Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.”


Syahwat? Huh...tak payah cakap la. Hidup ni penuh dengan nafsu syahwat kalau takde iman yang teguh serta amal yang istiqamah. Yes, memang kita manusia yang lemah. Walaupun kita bukan ustaz, ustazah, hatta guru KAFA sekalipun, kita tetap boleh capai ilmu agama yang kita mahukan KALAU itu jalan yang kita pilih. Tak kisah lah kau cuma kerja sebagai kerani kat SIC atau tukang kebun atau driver lori ayam sekalipun, ingat kau tak boleh belajar agama ke? Jangan cipta pelbagai alasan. Kita boleh capai apa yang kita mahukan kerana kita sendiri yang memilih jalan tersebut. Saya sendiri pernah digelar ekstrimis agama disebabkan jalan yang saya pilih. I don't give a damn! Ini adalah jalan mujahadah, dan saya perlu bekerja keras untuk menggapai syurga Allah.







Saya dah pernah lalui jalan ke neraka yang penuh syahwat, dan bila saya nak patah balik ke laluan asal sudah tentu banyak dugaannya. Itulah harga yang perlu saya bayar. Bukan senang jadi senang, dan bukan susah untuk jadi susah..Jalan ke syurga itu memang telah dijanjikan dengan kesakitan, tangisan dan bermacam-macam lagi kedukaan yang akan dirasai. Namun, bersama kedukaan tu terselit suatu ketenangan...Manakala jalan neraka tu, dijanjikan dengan kesenangan, hilai tawa yang tak menghiraukan akhirat, keselesaan dan kegembiraan. Tetapi bersamanya, terselit kegelisahan dan keresahan yang akan menyerang empunya hati siang dan malam. Senang citer macam kau bercinta dengan sorang mamat ni. Bertahun-tahun bercinta, pegi dating, bersuka-ria, bergelak tawa, terasa dunia bagai ana yang punya. Last-last kau tak jadi kawen dengan dia.. Apa yang kau dapat? Sakit hati je kan? Aaaaa...tu nama dia bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian. Taknak lah macam tu...



Biarlah kita ni tak sebaik yang orang sangkakan, asalkan kita tahu jalan yang mana yang kita pilih. Lepas tu terserah pada kita sendiri bagaimana nak lalui jalan tersebut. Pelan-pelan kayuh der... Sebelum ajal menjemput, jom la kite patah balik ke jalan yang benar. Kalau korang dah memang ada di jalan yang benar, semoga istiqamah dalam perjalanan korang tu ye. Doakan kami yang masih tercari-cari jalan yang diredhai.... :)




p/s : saya tak suka jalan kat Melaka ni...banyak betul lubang taik. Asyik langgar besi penutup lubang tu jer taw!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Friday

bismillah... (word yang ini wajib ade dalam QalamCahaya)






p/s : semalam punya entri harini baru publish....terlupe klik publish.

p/s lagi : saya rasa saya silap tulis ayat kat dalam gambar tu....tu macam untuk lelaki jer kan? ah lantak pi!


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pilihanku...

bismillah...


Pilihanku...
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..


Pilihanku...
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..


Pilihanku...
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku...
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia


Pilihanku...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba


Pilihanku itu...
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..


Pilihan kami...
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..


Biar...
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..





p/s : ter'apdet' blog sebab rase syahdu je malam ni~~ tak brader-brader betol laa...

p/s lagi : Al-Fatihah kepada Allayarhamah Dr.Lo Lo....kami akan menyusul kendian yer....

lagi2 p/s : siapalah saya untuk memilih.....semuanya Allah belaka~

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maap2!

bismillah....


Alhamdulillah, hari ni berpeluang menghadiri kuliyyah di masjid walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Kuliyyah yang membuka mata hati CikNurQaseh yang tak berapa nak celik.... Lepas habis kuliyyah selepas Asar, kelihatan sepasang pengantin tengah bersiap sedia nak bernikah.... Jeles taw....


Lepas dengar kuliyyah tadi, CikNur rase CikNur ni dah buat banyak salah kat orang (xyah rase2, memang banyak pun). Sempena Ramadhan yang bakal tiba, CikNur nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang kenal CikNur......Maap2!! Doakan CikNur tenang selalu sebab sekarang ni perasaan CikNur bercampur baur sampai ada satu saat tu saya hampir putus asa....hmmm.... Allah kan ade ye dop?? ehehe...




mintak maaf semua.....selamat datang Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat Hari Raya....thehehe... :)


p/s : I cannot 'go'........... (T_T)  

p/s lagi : berhibernasi seketika.....kalau CikNur lena tak terjaga, iringkan doa untuk CikNur...babai....




.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-Macam Daa...

bismillah...


Biarkan waktu teruslah berputar, mencintai kamu penuh rasa sabar... Meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan... Cintaku padamu begitu besar, namun kau tak pernah bisa merasakan, meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas tuk bertahan...... Ahhh!!! Sudah-sudah!! Kan dah janji tanak jadi jiwang-jiwang. Tapi dah terdengar lagu ST12, Jangan Pernah Berubah ni dalam kete malam tadi... Lepas lagu tu, DJ putar lagu Sedetik Lebih la pulak, lepas tu lagu Janji, pastu lagu Tinggal Kenangan...pastu...Ciss demmit!! Stesen radio ditukar kepada IKIM FM dengan harapan takde lagi lagu jiwang-jiwang. Lagu IKIM malam tadi best-best gak...tapi tetap jiwang. Nur Kasih la, Kasih Kekasih la, For The Rest of My Life la...Waduh2, off terus~~



Semalam saya sampai rumah jam 11.15 malam. Patutnya petang tu balik keje seperti biasa, tapi ada plan lain. Sepanjang dalam kereta air mata ni mengalir dengan laju, menjejaskan gaya pemanduan Cik NurQaseh yang berhemah. Sepatutnya perjalanan saya mengambil masa setengah jam, tapi malam tadi 15 minit je dah sampai der. Avy Rs dah jadi skyline la plop. Dan pada hari Jumaat yang mulia nih, Cik NurQaseh ambik MC untuk kesekian kalinya~~ Tadi semasa di hospital, amek darah ape semua tiba-tiba mak call suruh beli labu. Aduh,dengan gaya makcik-makcik yang dah monopous dan osteoporosis, Cik NurQaseh gagahkan jugak badan ni pergi beli labu kat market. Nasib baik la masih boleh drive lagi. Balik je ke rumah seperti biasa mak paksa makan ubat. Nasib baik ubat kampeni bayar, ehehe...selamat poket, MC tu yang penting der.



Badan ni sebenarnya masih lemah gemalai akibat tusukan jarum yang bertalu-talu, tapi tak kesahlah, saya masih ade kudrat nak menaip untuk QalamCahaya nih. Dah setahun setengah blog ni beroperasi, macam-macam yang saya tulis, dan macam-macam gaya penulisan yang saya buat. Dari se skema ayat hingga sesantai ayat yang saya taip secara spontan. Spontan dan lahir dari hati saya sendiri sesuai dengan tagline saya, Nur Dari Hati ke PC. Saya tak kesah ada orang baca atau tak, dan saya tak kesah kalau orang nak komen atau tak. Saya sendiri tulis, saya sendiri baca, saya sendiri fikir, I dont care... Kadang-kadang saya buat blogwalking, jarang saya nak tinggalkan jejak untuk blogger lain baca blog saya. Kalau saya rajin dan blog tu dapat mencuit hati nurani saya, mungkin saya tinggalkan komen...Ayat klise, salam taaruf, good blog bla bla bla... Tapi ada jugak yang tak puas hati dengan CIk NurQaseh ni (pehh! macam glamer sangat je). Saya dapat tahu, ada seorang hamba Allah ni cakap, saya menulis ikot suka nenek moyang saya je. Berdakwah dengan cara yang kasar dan keras. Eh celah mane yang kasar dan keras tu der???



Habaq mai la kat Cik Nur ye, cakap dengan orang lain buat ape. Kalau ade yang tak puas hati, cakap depan2 la der. Boleh Cik Nur ubah apa yang patut. Kot apa yang saya cakap sehari-harian atau apa yang saya tulis kat blog ni tak bermanfaat, tak payah amek la. Kot ade yang tersentuh hati dengan apa yang Cik Nur cakap atau tulis, I'm happy for it. Thats all... CikNur tak reti nak jadi hipokrit, nak cakap pasal agama je hari-hari mengalahkan ustazah, bini ostat dan mak kiai. Orang kata, pakaian kita melambangkan identiti kita. Yes,I agree tapi tak cukup dengan pakaian je. Kita tetap manusia biasa der. Apa ingat orang yang berpurdah atau lelaki yang berjubah tu tak pernah buat dosa ke?? Pucuk pangkal hati masing-masing laa... Dan jangan buat andaian yang bukan-bukan kalau tak kenal empunya diri. Ramai orang tanya, Cik Nur ni belajau al-Azhar ke? Karkunah ker? Anak karkun ker? Semua sebab saya berpurdah.... der,orang2 Islam dulu2 zaman Nabi, zaman sahabat pakai purdah tu ngaji kat Universiti Al-Azhar ker? Die anak karkun ke? Die ada bachelor in Syariah, Usuluddin bagai ker? Sebab ape mereka pakai?? Tuntutan agama laaa. Takkan nak tunggu saya belajar kat Universiti Yarmouk sane baru nak tutup aurat.. Takkan nak tunggu saya keluar jadi karkunah baru nak tutup aurat.



Dan satu lagi ramai orang sindir saya bila tahu saya suka tengok bola, suka main bowling, cakap style orang Melaka (memang orang Mlake pun) dan macam2 lagi aktiviti yang saya suka.. Ada muslimat tanya, naper suka tengok bola nih?? Naper suka cakap pasal EPL, Copa America, La Liga, World Cup, Liga Super ape jadah tu semua?? Saudari tu pakai purdah tau, tak manis cakap pasal bola2 ni sume.. Nampak kasar je. Baik berzikir ke, baca al_Quran ke.. Nape main bowling?? Kan muslimah elok masak-masak je kat rumah.. Nape orang Melaka cakap macam kasar je?? Tak elok tau, muslimah kena sopan-sopan. Wahahai...terima kasih yang tidak terhinggalah kepada semua yang concern tentang Cik NurQaseh ni ye. By the way tengok bola, main bowling, panjat gunung dan lain-lain tu memanglah dengar macam aktiviti lagho je, tak seswai dengan status "muslimah idaman" yang saya pegang ni kan?kan? Tapi der, CikNur rase bersalah pulak nak bagitahu semua orang yang CikNur baru lepas ngaji, berzikir, bangun solat malam ni semua... Takot nanti orang kata CikNur riak pulak kan?kan? Lagi satu CikNur ni memang lahir kat Melaka, jadi tak reti nak cakap style orang Ganu @ Klate hatta style orang Sabah. (Bah, bah jer CikNur tahu)... Kasar ke? Orang cakap peramah...ehehe...kalau kasar tu dah mencarut-carut sebut benda dalam kain semua. Baru baca blog @ baca status kat Fesbuk/Tweeter dah hentam saya cukup2. Dah dengar suara saya?? Dah borak-borak dengan saya?? Amacam?? Kasar macam suara Scha Al-Yahya atau lembut macam Azwan Ali atau gedik-gedik macam Ella?? ehee.....



Satu lagi pasal remove saya kat FesBuk. Diorang remove pasal saya anti kerajaan. Ada pulak yang remove sebab saya ni macam pro kerajaan. Aduhh,pening kepala CikNur..klakau pun ade. CikNur dah cukup sakit kepala dengan masalah yang ade, tambah lagi dengan masalah terpencil macam ni...small matter je der. Yang emo sangat pahal? (dah CikNur pulak yg emo). Ni yang pasal demonstrasi bersih tu, korang nak pegi pegi la...Kalau CikNur kata taknak pegi jangan la marah-marah. Dah orang tua tak bagi pegi...Kalau pegi dapat dosa, sape nak tanggung der?? Ada yang kata nak kene ikut style Mesir, rakyat bebas bersuara. Ok fine,just do what ever you wanna do. Saya rase saya tak layak lagi nak join perjuangan-perjuangan pihak2 yang sangat2 bersemangat menentang kekotoran yang kerajaan buat. Saya rasa la, hati saya belum benar-benar bersih dan hidup saya pun masih terpalit kekotoran yang saya sedar mahupun sebaliknya. Yerlah, kita ni orang Islam,dah tentulah berjuang untuk Islam, bukan setakat pilihanraya je. Nak tegakkan kalimah La'ilaha'ilallah tu bukan mudah. Masa zaman nabi dulu hanya orang yang terpilih je yang pergi berjuang. Lengkap dengan kekuatan mental, spiritual, peralatan fizikal, taktik dan strategi.. Kalau ikut membuta tuli jer agak-agak menang ke der? Alhamdulillah kat Malaysia ni 'belum' ada peperangan lagi. So perjuangan kita di sini adalah di medan siasah (pilihanraya). Kalau pihak sebelah sini rasa dah bersih dan sangka pihak sebelah sana sangat kotor, just go on with the plan. Tapi kalau dua-dua pihak kotor, kenalah bersihkan diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain jadi bersih ye dop?? Eh ntahlah, saya ni tak reti nak cakap pasal politik, tu pun ada orang yang tak puas ati...macam la saya ni fanatik sangat... waduh,waduh..tak paham aku.



Banyak lagi yang Cik NurQaseh nak membebel tapi dah tak larat dah....tulis entri ni jer sampai 7jam baru selesai.... adoii laaa~~~ nikmatnye bila sihat....huhu.....



p/s : pendakwah yang sejati takkan mengaku dia adalah pendakwah...there's no such thing as, saya seorang pendakwah, saya seorang da'ei, saya penyelamat dunia.... kerana kita semua wajib berdakwah no matter what.....kesimpulannye, ilmu dan hidup berjemaah tu penting ye kawan-kawan....jangan gado2, jangan buat fitnah, jangan menganjing orang, jangan sombong, jangan jadi puaka batu api dan jangan buruk sangka tanpa selidik...mari hidup dalam jemaah yang diredhai Allah.... :)


p/s lagi : dengar lagu ST12 lagi???? argghhh!!! sume ceksu punye pasal!



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Hope

bismillah....



I feel like I'm waiting for something that isn't going to happen. But atleast I've tried to make it happen. And I've decided........

















































It's me......I wish I could make myself happy, and each person in my mind....

I believe in pink,
I believe in laughing is the best calorie burner
I believe in being strong when everything seems to be going wrong
I believe that happy girls are the prettiest girls
I believe that tomorrow is another day
I believe in miracles
And I believe that Allah is always with me no matter what....



p/s : None has the right to be worshipped but You, Allah.. Glorified and Exalted are You, above all that evil they associate with You. Truly, I have been of the wrong doers... isk...isk...isk....


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Angan Dan Sedar

bismillah...


4.24 am,masih tak tidur-tidur lagi ye NurQaseh! Saya memang ada insomnia sejak sebulan ni, almaklumlah macam-macam yang jadi. Asyik dok berfikir je sampai tak boleh nak tidur, makan ubat baru boleh tidur. Paling kesian kat mak lah, sebab saya buat dia susah hati sampai sekarang...Sori mak, orang dalam proses pemulihan nih, sikit hari lagi ok laa...


Anda ada angan-angan tak? Mesti la semua orang pernah berangan ye dop?? Berangan nak kawen dengan Nora Danish la, dengan ustazah pilihan la, nak jadi kaya, nak ada kete bentley, mark x, skyline, nak keje bagus-bagus, nak bahagia, nak masuk syurga, nak itu nak ini... Semuanya bermula dari angan-angan. Lepas dah berangan tu baru usaha nak dapat apa yang kita angankan. Tapi pernah tak apa yang kita angan-angankan tu hampir jadi kenyataan, lepas tu menjadi hampeh-sehampeh hampehnye secara tiba-tiba?


Pernah tak?? Pernah tak?? Pernah tak anda terlalu mengejar angan-angan tersebut sampai merobohkan sendi-sendi kepentingan akhirat? Pernah tak anda rasa hidup anda hanya untuk berlari-lari mengejar angan-angan duniawi semata, sanggup berdusta untuk angan-angan yang tak pasti, sanggup menggadaikan diri sendiri untuk angan-angan yang entah akan menjelma nanti?? Mana harga diri ko der?? Tak penat ke der??? Tak penat ke asyik kejar angan-angan duniawi semua tu? CIk NurQaseh memang dah penat dah neh! ehe...


Ingat la der,kalau ko panjangkan angan-angan ko..maka ko dah buat satu pintu untuk syaitan mempermain-mainkan ko der...sebab dengan adanya angan-angan yang muluk padahal kosong belaka, waktu ko akan habis hanya untuk kesibukan dunia je.. Akhirat ko tak nak kejar ke der??? Thats the goal of Evil!


Ramai orang cakap berangan tak kena bayar. Sape cakap berangan tak kena bayar?? Ko boleh bayar ke setiap saat yang ko habiskan untuk berangan benda-benda yang tak pasti tu? Boleh ke putar balik masa yang ko dah habiskan der?? Kalau ko nak buang masa ko sorang takpelah, tapi janganlah ko buang masa orang lain jugak. Suka ke aniaya orang tanpa ko sedar?? Sedar tak atas bahu ko tu ada macam-macam beban?? Beban yang ko cari sendiri sebab panjang angan-angan.


Dengar sini sabda junjungan,“jadilah kamu di dunia seolah seperti orang yang sedang menyeberang jalan.”


Paham tak maksudnya? Ko bayangkan ko dekat bandar Klang ker, JB ker, kereta penuh sesak..Ko dah tahu sesak, lagi nak cucuk-cucuk kereta kat depan. Nak cepat pegi opis la konon, ade board meeting la, nak sign kontrak berbilion-bilion la. Ko rase kete ko dah cukup laju, boleh la cilok sane sini pastu terus pecut. Pernah tak ko bayangkan ko terlanggar orang atau orang langgar ko der? Sebab ape? sebab ko tak berhati-hati. Ko kejar benda duniawi pastu last-last ko tak dapat ape-ape pun. Ko selalu cakap hidup ni singkat, ko dah makin tua, tapi ko sendiri tak sedar-sedar dengan ape yang ko cakapkan tu.. ape ni der?? Kemon laa...aku kalau nak dibandingkan dengan ko, ko patut lebih matured laa. Hidup kat dunia ni kalau tak siap sedia untuk hari akhir, masih nak main-main, masih nak seronok-seronok, masih nak jadi putar alam, masih rase diri tu MUDA, memanglah ko akan jadi macam kerbau dicucuk hidung! Syaitan la yang kemudi hidup ko. Hidup ko penuh nafsu belaka!!


“iaitu orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan belaka dan senda gurau,dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.Maka pada hari kiamat,Kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini,dan karena mereka mengingkari ayat-ayat kami.” [Al-Araf 51]


Takutnya bila Tuhan tu lupakan kita...Jadi kita janganlah lupakan Dia. Ko jangan sesekali cakap ko tak pernah lupakan Tuhan, padahal hidup ko penuh dengan benda-benda keji.. Masa ko buat jahat ko ada ingat Tuhan ke??? I'm very impressive kalau masa ko buat keji ko masih ingat Tuhan. But why you still do that?? Hy,entahlah........(Nampak macam Cik NurQaseh tengah marah somebody jer kan?? CikNur tengah marah diri dia sendiri laaa...ehe)



p/s : there's a new hope for you....percayalah Allah tu sentiasa ada dengan ko. Dia saksi perubahan hidup ko...aku nak tengok ko berubah sebab aku sayang kat ko! paham tak??!

p/s lagi : and please jangan bina angan-angan duniawi yang terlalu indah dibayangkan, tapi terlalu sukar untuk direalisasikan....


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Untukmu...

bismillah....


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin


p/s : Ni tak jiwang ok! Ni adalah doa dan harapan.... (^_^)


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cukup Ker?

bismillah...


Terasa mahu berjiwang-jiwangan, bercintan-cintunan. Buat CekSu, dengar sini baik-baik Cik NurQaseh berbicara tentang cinta...

Biru?? Hmm....Cantek la jugak.....


Untuk cintaku di hujung dunia...
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.


Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesuciannya...bukan kerana menghindari dunia, tetapi untuk meraih syurgaNYA... bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tetapi untuk menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin saja akan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuk cintanya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan mencambahi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Yang Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...



Cukup aku cintai kamu dalam diam........Ah! dah la...malas la nak jiwang-jiwang! menci tau!



p/s: Cukup ker? hmm....Cukup la kot......



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia Lelaki Itu

bismillah...



Segala puji dan puja bagi Allah yang menjadikan saya dari setitis mani yang hina, kemudian menjadi makhluk yang comel dan baik hati...heee...


Alhamdulillah, ketenangan bertandang semula dihati setelah sekian waktu diasak oleh kesedihan yang berpanjangan. Nak menangis pun dah tak keluar air mate ni ha... Mak yang cukup risau dengan keadaan anak daranya yang terpaksa menelan pil perancang keluarga antidepress ni bertindak sebagai penasihat dan peneman yang setia. Mekasih mak...




Hari ni hari bapa. Saya duduk bersendirian di opis,sambil mendengar radio memutarkan lagu jiwang karat. Semasa hari ibu yang lepas pun saya start enjin dan terus ke opis, alone...lonely...looner...ceh! Teringat pengorbanan bapak saya yang amat-amat saya sayangi. Beliau yang menjaga saya sehingga saya menjadi NurQaseh yang sekarang. Amat tegas, amat garang tapi amat-amat penyayang. Nak keluar rumah??? No way!!! Nak keluar kena ada abang-abang yang temankan. Kawan-kawan lelaki nak datang beraya kat rumah?? in your dream!!! Nak kawen??? Kawenlah... hehe...pasal kawen sporting je. Maklumlah dah besar panjang. Tapi kita manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan ajal maut dan jodoh pertemuan... :(



Bapak saya ni jarang senyum. Ko buat la lawak bodoh, takdenye dia nak gelak. Masa beliau dengan mak nak pegi menunaikan haji, diorang sikit pun tak menangis, kitorang adik beradik ni pun takdela menangis-nangis macam orang lain...cool je. Siap pesan bagi makan ayam, pokok bunga siram tiap2 petang, mesin rumput kalo dah panjang, jangan ngurat jiran sebelah, bla bla bla.... Saya pernah tengok bapak saya nangis dua kali je. Masa hari raya tahun lepas kalau tak silap, mak nangis-nangis mintak ampun kat beliau. Beliau pun konon-konon nak tahan la air mata dia tu, last2 berderai jugak. Bapak saya peluk cium mak...very-very the romantic gitu. Dan kali kedua masa cucu dia, si Cicah, menangis sebab mama die masuk hospital, beliau pun join menangis. Ape aje la atuk dengan cucu ni...



Saya mengharapkan pasangan saya seperti dia. Tegas dan berkepimpinan...Tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Berani membuat keputusan, berani menanggung risiko, berani menegakkan kebenaran, tidak angkuh dan sombong, tidak meletakkan dunia di hati, dan yang paling penting dia menjadi pelindung yang SETIA...melindungi insan-insan yang dicintainya tanpa keluh kesah.


Saya nak taip lagi panjang-panjang... tapi takleh... kepala dah berdenyut2.



p/s : Untuk anda yang bermata sepet dan comel seperti Patrick nun jauh di sana... dengar sini baik-baik cik NurQaseh nak pesan. Jadilah lelaki yang terbaik walaupun anda bukan yang paling baik. Jadilah lelaki yang setia melindungi, bukan yang menzalimi. Jadilah lelaki yang berani atas nama kebenaran, bukan hanya berani membuat pendustaan. Anda akan jadi bapa suatu hari nanti, warisi sifat-sifat yang baik untuk anak-anak. And I'll do the same, I promise to be there when you need me...but please wipe my tears.


p/s lagi : I love my bapak... My life, my soul, my everything...



.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

=)

bismillah....


Barang siapa yang sabar terhadap kejelekan isterinya, pasti Allah akan memberinya ganjaran seperti yang Allah berikan kepada Nabi Ayyub A.S atas ujiannya...




Barang siapa yang bersabar terhadap kejelekan suaminya, nescaya Allah akan memberi ganjaran seperti orang yang terbunuh di jalan Allah (syahidah), dan siapa yang menzalimi suami serta membebaninya dengan APA YANG IA TIDAK MAMPU dan menyakitinya, maka malaikat rahmat dan malaikat azab akan melaknatnya. Dan siapa yang bersabar dari kekejaman suaminya, Allah akan memberi ganjaran kepadanya seperti Siti Asiyah dan Maryam putri Imran... =)


Kite kan dah janji...... =)





p/s : Mak pesan, buruk mana pun pasangan kita,SETIA tetap SETIA...
       Mak pesan, sesusah mana pun pasangan kita,TERIMA dia seadanya...
       Mak pesan, seNAKAL mana pun pasangan kita,DOAKAN dia yg terbaik sentiasa... (^_^)


.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS