RSS
Container Icon

Suke Hati Aku La Weii.....

bismillah...

"Ehh...Nur ke ni?? Omaigod!! What the tuutttt..(censored)" kata seorang rakan lama saya. Semalam kami terserempak semasa saya membuat rondaan di pasar malam dan apabila dia melihat kelibat saya, terus dia menjerit-jerit bagai tersampuk hantu mak Limah. "Wah,makin besau tudung kau yer...kehkehkeh.. Da dapat hidayah ker.." Eh minah ni, over2 plak dia.

"Suke hati perut aku ar...sibuk jer ko." Begitulah antara reaksi rakan2 saya yang belum pernah melihat saya dibaluti busana muslimah. Seperti yang saya katakan dalam entri2 sebelum ini, saya masih lagi dalam usaha untuk memperbaiki diri dan cara berpakaian. Dahulu, saya salah seorang penggemar jeans. Bukan Jins Shamsudin mahupun Sofea Jean tapi seluar jeans. Sebut saja jenama jeans yang terkenal semua saya ada, original taw.

Bertudung, berbaju t-shirt, berseluar jeans.. Gaya yang biasa kita lihat di Malaysia ini, ditambah pula dengan gaya tudung yang pelbagai. Tudung indon, tudung bienda, tudung nampak jambul, nampak leher, tudung saji, semua ada...pilih je. Saya pula tak berapa gemar dengan fesyen2 yang terlalu up to date. Biarlah simple tapi nampak manis bila dipakai..tapi..manis ke kalau pakai jeans? Entah la.. Saya mula meninggalkan jeans setelah ditarbiyah oleh ostat dan abang kandung saya.

"Kau ni memang nak tunjuk kat orang kau punye body ker?" Todia, terjahan keras abang saya semasa saya hendak keluar menghadiri kelas ujian memandu beberapa tahun lalu. Abang saya memang terkenal dengan bahasanya yang sedikit tak berlapik, egois, dan sedikit panas baran. Si ustaz pula mengambil langkah memujuk saya dengan lembut dan berhikmah.
"Nur kalau tak pakai jeans, kompem abang buat Nur bini abang." Mak aii, berhikmah la sangat.

Kata orang hati manusia ni ibarat kerak nasi, makin direndam dalam air makin cairlah ia. Dan proses perubahan seseorang bukannya sehari dua, tapi memakan masa. Setiap saat yang berlalu dalam hidup biarlah ada perubahan yang baik walaupun sedikit. Meniti proses2 perubahan pula adalah saat paling sukar. Kita harus menempuh jalan mujahadah, jalan kebaikan yang penuh berliku tapi pengakhirannya insyaallah, amat membahagiakan.

Bagaimana pula dengan masyarakat sekeliling? Masyarakat harus membantu, bukan membantut...membantutkan niat dan usaha seseorang yang inginkan perubahan. Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana seorang gadis diherdik oleh seorang wanita muslimah gara-gara si gadis itu tidak memakai tudung.

"Woiii!! kalau ye pun pegilah pakai tudung. Menggerbang je rambut kau aku tengok," Jerkah si wanita yang berjubah serta berniqab kepada si gadis yang tidak bertudung tersebut. Buat pengetahuan anda, wanita yang berniqab itu adalah pemilik kedai pakaian muslimah dan buku2 islamik. Gadis yang diherdik itu pula adalah pelanggan wanita berniqab tersebut. Si gadis yang sedang memilih jubah dikedai wanita itu, tertunduk malu dek kerana 'nasihat' wanita 'muslimah' tersebut yang sangat 'berhikmah'.. Si gadis berlalu pergi tanpa membeli jubah yang diidam-idamkan.

Cara beginikah yang perlu kita guna untuk mentarbiyah manusia yang punya hati? Saya mendoakan agar Allah beri kekuatan kepada gadis itu agar tidak mudah 'terasa' dengan omongan2 orang2 yang mengaku dirinya alim dan warak, tetapi.........

Saya juga jelik melihat segelintir manusia yang alim dan warak ini yang hanya suka memprotes, yang hanya tahu marah, dan menjauhkan diri dengan ahli2 maksiat atau orang2 yang 'jahil' agama ini (seperti saya). Jika bukan kerana ANDA yang mengaku alim dan warak yang kami harapkan untuk membantu dan memimpin kami yang serba jahil ini, siapa lagi?? Patutkah kami mengharapkan Syeikh Dr.Yusuf Qaradawi atau Syeikh Dr. Said Ramdhan al-Buti atau Dato Harussani Zakaria datang ke rumah kami dan mentarbiyah kami?

Saya ada seorang sahabat dalam jemaah tabligh dari Selangor. Beliau baru setahun jagung menjebakkan dirinya dalam karkun terbabit. Saya amat menghormatinya, dan bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti beliau walaupun berlainan gender. Tempoh hari saya ada bertanyakan satu soalan cepumas kepada beliau. Saya bertanya, jika ada seorang pelacur yang sudah bertaubat ingin menjadi isteri beliau, adakah beliau sudi menerimanya. Dan jawapannya...

"Eeeiiii...eeiiii...ya Allah tolong laa.., tak nak ar. Dah kotor laa..sape yang nak." Wahh wah wah.... awak tu dah bersih sangat ker? dah confirm masuk syurga ke? Lalu saya mengembalikan ingatan beliau yang dahulunya seorang ahli black metal..hehehe..hambek kaw.. Terdiam beliau seketika. Jika Allah yang Maha Mulia itu sudi mengampunkan, Nabi yang maksum itu sudi memaafkan, kita yang hanya ber'title' HAMBA ini punyalah berlagak. ish3....

Buat si alim dan warak dan pendakwah2 sekalian, keluarlah dari kepompong anda. Hampirilah rakan2 anda yang dahagakan ilmu agama. Dekatilah mereka yang ketandusan rohani. Gunakanlah pendekatan yang berhikmah, tunjukkanlah sifat2 mulia anda itu. Dan kalaupun orang2 yang jahil seperti saya ini 'tak makan saman' maka, doa2kan lah kami agar hati kami terbuka untuk menerima teguran dari anda. Dan buat orang2 seperti saya yang sedang menuju perubahan, berdoalah sentiasa agar diperkuatkan iman serta dipermudahkan segala urusan semoga beroleh keberkatan. Sekian,mekaseyy...


p/s: Selamat Pengantin tak berapa nak Baru kepada Ustaz Firdaus,merangkap abang angkat saya dan isteri beliau, Kak Nurhafsah (sebaya saya jer)...semoga cinta kalian kekal sampai syurga...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 kata mereka:

Rumaisa Alkhairuni said...

salam ya ukhti...

em, nur ni umur brape ye??
semoga nur akan teruskan usaha ke arah kebaikan..

orang yang nak buat jahat senang je, tp nak buat baik kena berkorban..
teruskan bermujahadah..=)

Anonymous said...

Salam dik...

Lama tak dengar cerita adek..tersenyum. Itu semua dugaan-dugaan yang perlu ditempuh bagi seorang yang inginkan perubahan. Alhamdulillah, adek semakin hari semakin menjadi lebih baik. Alhmdulillah..

Sebenarnya, Allah nak melihat keikhlasan hati adek. Takpelah, berdikit-dikit dari terus terjun, takut nnt patah riuk, takde sapa nak tolong. Kan senang kalau pakai tangga nak turun dari satu bangunan tinggi. Penat pun, tapi selamat..(",)..

Pedulikanlah semua yg disekeliling adek, insya Allah, andai adek ikhlas, Allah akan bantu adek...

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

>salam rumaisa alkhairuni
saya mude lagi...baru 22..hu3..
insyaallah,doa anda saya harapkan..
mekasih...

>salam ukhti athirah
mekasih yer ats sokongan. turun pakai tangga memang penat, nak2 kalo lif rosak..hua3..(- -")
doakan saya ye..mekasih skali lgi.