RSS
Container Icon

Vipre Untuk Anda...

bismillah...

Segala puji bagi Tuan Punya Dunia yang menjadikan akal untuk kita berfikir dan tubuh yang sempurna untuk kita bekerja dan beramal. Setelah sekian lama QalamNur memaparkan tulisan2 Cik NurQaseh yang berbentuk keagamaan dan nasihat tak kurang juga dengan tulisannya yang mengarut-ngarut tak tentu pasal serta puisi2 yang menggambarkan keadaan Cik Nur yang sedang frustasi, kali ni Cik Nur nak berniaga la pulok..


Memperkenalkan....


tadaa...



Apa itu Vipre?


Vipre adalah produk antivirus dan antispyware yang sangat bagus untuk melindungi komputer anda.


Kelebihan vipre, ia lebih ringan daripada antivirus yang lain. Selalunya kalau tengah scan lepas tu bukak application lain die akan jadi slow dan berat. Tapi vipre ni tak macam tu.


Satu lagi, vipre ni antivirus plus antispyware.. Antivirus vipre ni lagi power daripada Kaspersky, Bitdefender, Panda, Norton dan lain2 lagi..


Kalau berminat boleh hubungi saya di:

Email : nurqaseh1911@gmail.com
Tel : 017-6788407


Untuk maklumat lanjut boleh layari:

www.vipreantivirus.com ATAU
www.pcantivirusreviews.com



p/s: Bisnes yg ke-3... Bile nak kaye nii..haha.

p/s lagi: Esok nak terbang ke Kelantan. Nak pergi merisik untuk abang saya.. Dapat jodoh dengan orang Kelantan...jauh la plop..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita & Akhlak

bismillah...

Saya ada terjumpa satu email dalam blog seorang sahabat. Emailnya berkisar tentang kepayahan beliau dalam mengawal nafsu syahwatnya. Saya baca pun naik takut...sila baca email tersebut dibawah,

Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..



Sampai macam tu sekali kaum lelaki akan rasa bila melihat wanita2 yang terlalu ghairah menonjolkan anugerah2 yang dipinjamkan Allah. Saya pun malu jugak bila tengok kaum sejenis saya menyarungkan pakaian yang selayaknya disarungkan oleh buah nangka..

Apa yang hendak dibuktikan oleh wanita2 seperti ini? Saya ada seorang rakan yang terkena kejutan budaya apabila menyambug pelajarannya di Kuala Lumpur. Dahulu manis bertudung, kini rambutnya sudah bertukar warna. Dahulu cantik berbaju kurung, kini seluar pendek menjadi pilihan. Saya yang melihat pun terasa seksa!

Acap kali saya bertanya, kenapa jadi begini...jawapannya tetap sama. 'Aku nak enjoy2 dulu. Boyfriend pun supporting. Waktu muda sekali je beb.' Hmm,alangkah bagusnya kalau seluruh pemuda dan pemudi Islam menyahut seruan As-Syahid Imam Hasan Al-Bana untuk sama2 menegakkan syiar Islam dan membangunkan kembali roh2 Islam yang kala ini bagai kapas berterbangan tiada tujuan.

Mengapa wanita jadi begitu? Saya juga seorang wanita. Mengikut perspektif saya, wanita itu bagaikan coklat yang nampak keras tetapi mudah cair. Sekuat mana pun seseorang wanita itu mencanang akan kekuatan hatinya, pada hakikatnya wanita adalah lemah. Perlu ada yang menjaga.. Perlu ada lelaki yang melindungi. Ayah, abang atau suami..

Mengapa wanita jadi begitu? Mungkin ada yang mempengaruhi.. Lelaki,sangat kuat pengaruhnya. Saya membuat kesimpulan, walau sebaik mana pun wanita itu, jika lelaki yang mendampinginya buruk pekerti maka lama kelamaan akan terpalit juga keburukan itu pada si wanita. Dan jika lelaki yang mendampingi baik akhlaknya, insya'allah baik juga wanitanya.

Lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Justeru tidak hairanlah kaum hawa mudah dipengaruhi dari sisi yang baik ataupun dari sisi gelap.

Banyak lagi cabang2 kehancuran akhlak umat Islam, bukan hanya tentang pakaian si wanita, malah sistem kekeluargaan juga diambang kehancuran. Bagaimana anak2 gadis tidak berpakaian seksi kalau ibu bapanya menghalalkan perbuatan mereka. 'Up to date' katanya...

Entahlah...

Islam itu tinggi martabatnya, yang rosak ialah sebahagian penganutnya sendiri. Saya memetik kata2 sahabat saya, Islam itu hanya akan dipandang tinggi cuma dengan akhlak! Dengan akhlak! Dengan akhlak! Apa bezanya orang Islam dengan bukan Islam jika mereka mengamalkan gaya hidup orang yang bukan Islam. Waima sekarang ini pun ramai orang2 bukan Islam yang menyamakan Islam dengan agama mereka. Na'uzubillah!



p/s: Alhamdulillah, saya masih dalam pelindunganNya dan moga2 istiqamah la hendaknya..Saya pun bukannya baik sangat. Takut kalau hati berubah..ish!


p/s lagi: Dalam usaha memperbaiki diri..(^_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan Ke Syurga...


bismillah...


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : ” Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisi-Nya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. “



p/s: Allah beri kita terlalu banyak cara untuk kita terus berada di jalanNya. Tapi terkadang kita terlalu leka, sampai kebaikan yang sedikit pun terasa berat untuk dilakukan... Sama2 muhasabah diri selalu yer...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Garang Itu Saya... v(^_^)v

bismillah...


I'm not cute.. I'm tough like Cik Nur..


"Pe hal ko pandang-pandang?!"

"Fuyyoo, garang giler awek nih. Tudung dah la labuh."

"Heh, suka hati aku la. Tak nyusahkan mak bapak ko pun."

"Wei, mak bapak jangan buat main ea.."

"Bile mase plak aku main2 dengan mak bapak ko."

"Hish budak ni! Ko pikir ko cantek sangat ker?"

"Ek'ele, kalo tak cantek yang ko pandang2 nape?"

"Setakat pandang jer.. Tak luak la weii.."

"Ahh! Malas nak layan ko!"


Garang ke Cik NurQaseh ni? Ish, mana ada garang. Tu fitnah semata-mata.. Kasar sikit ada la..thehehe..Biasa la tu. Orang Melakee...cam tak biase pulee...hahaha...


Saya bukanlah perempuan yang terlalu lemah lembut, ayu atau yang seerti dengannya. Ramai orang yang rapat dengan saya melabelkan saya sebagai seorang yang agak kasar sikit dan keras kepala (dah tu,takkan kepala lembik plak!). Dengan anak2 saudara saya jangan cakap la, memang garang habis..Tapi takde la sepanjang masa saya jadi garang.


Tempoh hari saya telah dinasihatkan oleh seseorang supaya menjadi gadis yang lembut dan 'cool'.. Bukannya tak boleh jadi lemah lembut, tapi susah sikit ler sebab dah terbiasa. Saya juga bukanlah gadis yang akan tergedik-gedik apabila ditegur lelaki hatta setampan Shah Rukh Din. Mak saya pun ada menasihati saya supaya tidak terlalu garang dan kasar...Hmm,salah ke? Bukannya saya menghina, maki hamun atau keluarkan kata2 kesat.


Saya ada seorang sahabat di alam maya yang saya kenali agak lama juga. Beliau pernah berkata,

"Nur, ko ni dalam gambar nampak macam ayu & solehah jer.. Tapi bile dah kenal, perghhh.. Dah macam makcik aku plak. Lembut la sikit."


Hmm,takkan la depan lelaki saya nak purak2 lemah lembut,..huh! plastik! I am who I am.. Kalau tak suke dah... Saya lemah lembut dengan suami saya jer taw..muahaha..


Ada juga sahabat yang menegur,

"Wah, kat dalam blog ayat bukan main baik lagi..Tapi, bila bercakap asyik nak marah jer." Saya nak jelaskan kepada mereka2 yang berkenaan, saya bukannya marah, tapi cara percakapan saya tu dalam nada bergurau. Tak reti beza ker? Hish!


Ada lagi yang komen,

"Pakai jubah dah ok.. Pakai jilbab dah ok.. Tapi garang la cik adik..."


Ahh, lantak le!


Lepas ni kalau ada kawan2 ajak borak, saya nak diam jer...Tak nak cakap ape2. Padan muke korang,..



Akhir sekali ada yang bagi nasihat,

"Nur, orang2 yang beriman tu adalah orang2 yang mendengar nasihat taw tak."


Hmmm, yela2... On the way nak jadi lemah lembut2 la nih!


p/s: siapa yang jadi suami saya memang "bertuah" ler...

p/s lagi: siapa cakap anak bongsu tu manja? cet! jauh panggang dari ayam panggang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cepat Besar, Cepat Kaya, Mati Cepat...

Bismillah...

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." (HR Bukhari)


Segala puji bagi Allah yang menciptakan siang dan malam. Segala puji bagiNya juga yang menciptakan cinta dan kasih sayang. Pejam celik pejam celik dah hari khamis malam jumaat. Rasa macam baru jer pegi pasar malam hari sabtu lepas. Bertambah lagi hari, meningkatnya usia, dekatnya ajal, dan makin berkoyan-koyan masalah yang timbul.

Cik NurQaseh tetap maintain macam dulu jugak, tak tinggi-tinggi dan tak jugak kaya-kaya. Kayap ade lar..hua3.. Terlihat pula akan anak2 buah saya yang dua orang tu. Dah semakin besar, semakin gemok, semakin lincah, semakin pandai melawan maksu dia, semakin cantik dan semakin tak comel(da besau da tak comel lagi macam maksu die).

Amalan meminum susu formula yang tak putus-putus, maka hasilnya kanak2 riang tersebut menjadi semakin hyper aktif dan pandai pula menghafal lirik2 lagu yang ntah hape2. Tang baca ABC atau alif ba ta, ada je alasan. Kalau saya ada anak nanti,saya bagi minum susu kambeng jer..
Anak2 buah saya dah tak minum susu ibu sebelum mencapai umur setahun lagi, sebab ibu diorang sibuk bekerja atau mungkin sudah kehabisan stok susu, ceh! Saya pulak minum susu ibu sampai dah nak masuk tadika..ehehe. Sebab tu saya tak degil (yela tu)..


"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).


Zaman yang terlebih moden ni, kanak-kanaknya pun moden jugalah. Si Cicah yang baru 4tahun tu pun dah pandai godam2 laptop. Si Rayyan yang baru setahun lebih tu pulak dah pandai menari shuffle. Sungguh! Saya tak tipu..Sangat hebat.

Dulu semasa saya kecil, saya selalu ikut ayah pegi kebun, halau beruk daripada makan buah mangga. Lepas tu pegi mengaji dengan arwah imam Hussin, balik mengaji pegi lanyak beskal jiran sampai terkoyak lutut (jiran tu yg bawak,saya jadi pembonceng jer sebab tak reti bawak beskal..muahaha). Balik rumah kena balun lagi dengan tali pinggang ayah. Malam tu ayah pulak yang ajar mengaji,sampai meleleh air mate dan air idung skali. Ayah marah sebab baca tak lancar.

Kalau dulu bila ayah jegilkan je biji mata dia, saya dah menggigil satu badan...takut nak buat jahat. Tapi sekarang, jegilkan la sampai nak terkeluar biji mate tu, takdenya budak2 sekarang heran.. Kalau marah takut memberontak pulak, kalau tak marah takut makin besar kepala. Teringat saya suatu kisah yang berlaku dihadapan saya di mana seorang ayah dan anak yang saya rasa dalam lingkungan 10-11 tahun, sedang membeli barang di pusat beli belah.

Si anak cakap, "bah,adik nak transformers tu!".

"Ala,tak payah le..kite beli buku jer nak?" Jawab si ayah.

Si anak menjawab balik, "Kalo abah taknak beli transformer tu, adik lari rumah!".

Setelah diugut oleh anak sendiri barulah si ayah mengalah. Cuba bayangkan kalau saya buat macam tu masa kecil2 dulu..
"ayah, nak beli oltromen taro yang tu." kata saya.
"tak payah la,beli air kotak je. Hilang jugak haus." Jawab ayah.
"Ala! Nak jugak! Kalo ayah tak beli orang lari rumah malam ni!" Kata saya pulak. Agak-agak ayah saya jawab apa ye? hehehe...


Paanggggg...!!!!

Dia jawab dengan tangan jer.

Banyak bezanya suasana zaman dulu dan sekarang. Walaupun zaman transformer tidaklah terlalu jauh meninggalkan zaman ultraman, tapi perbezaannya sangat2 terasa.


"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)



Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang saya dah dewasa, dah boleh kawin gamaknye...tapi takde orang pinang2 pun. Wahaha.. Bila dah besar nih terasa pulak nak jadi kaya. Nak ada banyak duit, nak beli kereta sendiri. Setakat ada lesen jer tak ada kereta nak buat hape. Kesian saya..ish3.. Takpe2 slow2 la dulu. Beberapa hari yang lepas saya ada terlihat satu promo untuk tambah pendapatan. Nampak macam best je, tapi kena guna banyak duit jugak tu untuk buat modal. Saya pun abaikan jela benda tu.. Duit tak cukup.

Saya sering berfikir, macam mana la orang2 yang banyak duit boleh banyak duit diorang yer.. Jadi penyanyi je dah boleh jadi jutawan. Boleh beli beg tangan RM40k.. Perghh,membazir giler! Kalau la saya diberi RM40k tu saya akan beli kamera idaman saya..hehe.,tu je. Yang selebihnya masuk kat tabung Gaza (ecece,baiknye Cik NurQaseh).

Berapa ramai jer muslim yang kaya di dunia ni. Ramai agaknye kot, tapi lebih ramai lagi muslim yang miskin dan melarat. Asal saya cakap nak jadi kaya jer, mesti ada je orang2 yang bagi pandangan yang sinis. Mereka kata, buat apa jadi kaya kalau kurang budi bahasa. Ek eleh,yang pegi jadi orang kaya tak sedar diri buat apa. Tengok jer macam sahabat Rasulullah Abdul Rahman bin Auf, kaya taw tak! Dah la kaya, peribadinya pulak first class.

Bayangkan kalau kita semua umat Islam kaya harta,kaya akhlak, kaya budi pekerti pasti Islam akan dipandang tinggi.


Dahulu abang saya ada buat bisnes, dan saya pun join sekali lar dengan harapan bisnes kami akan establish dalam masa 2 tahun dan kami akan jadi kaya raya dengan jayanya..hohoho~ Tapi apakan daya, kecundang ditengah jalan. Cet! Adat la tu, mula2 nak bertapak mesti la ada jatuh2 sikit. Lepas ni saya nak buat bisnes yang lain plak...dengan bakat yang Allah beri, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Insya'allah...

Tapi tak tau lah sempat ke tidak saya nak merealisasikan cita-cita saya yang sangat2 banyak nih. Sebab ajal tu datang tanpa kita sedar. Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kematian anggota kumpulan Spin, Achik yang meninggal akibat nahas jalanraya. Macam tak percaya pulak... Arwah muda lagi, umur baru 27 tahun. Macam2 yang dia nak buat untuk senangkan keluarga dia, anak2 pun masih terlalu kecil. Tiba2 Allah ambil nyawa dia.

Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat. Susah nak percaya yang dia dah tak ada.. Masa yang kita ada ni terlalu singkat. Kadang2 ajal datang dengan cara yang sukar kita jangka. Boleh jadi masa makan kuih koci pun kita boleh tercekik lalu mati..huhu.. Kena langgar dengan kapal terbang kawalan jauh pun boleh meninggal (ada kes dulu).. ish3.. Kalau saya ditakdirkan mati waktu muda ni, tak tau la apa bekalan yang saya bawa sebab saya rasa saya takde apa2 pun. Hanya menagih rahmat dan kasih sayang dari Allah sahaja..


"Laksanakan segera amal soleh kerana tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk jahat yang sentiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).


Sesungguhnya masa yang ada untuk kita didunia ni amat2 singkat. Saya nak ingatkan pada diri saya sendiri, biarla saya tak update blog ni selama beberapa kurun sekali pun tapi yang penting saya update amalan saya sehari-hari. Iman tu boleh bertambah dan berkurang, maka kita kene la perbaikinya sentiasa, bukan masa nak solat jer.. Harap2 istiqamah la hendaknya.. amiin..


Allahu'alam..



p/s: bila la nak beli kamera RM3k nih..hoho~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf!

bismillah...

Maafkan saya...

Maafkan saya...

Maafkan saya...

Buat Cik Naimah dan Incik Farouk, kalau terbaca Qalam dhaif ni tolong maafkan saya yer...

Maaf..

Maaf..

Maaf sekali lagi..


p/s: moral of da story, jangan selalu buruk sangka yer kawan-kawan! Nanti hilang kawan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mustafa Oh Mustafa!

bismillah...

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana Dia masih lagi memberi nikmat iman kepada hambaNya yang kerdil lagi cute ini..wahaha. Mood saya pada hari ini agak baik walaupun sesekali datang sedikit kemurungan disebabkan penyakit L.N yang diketahui agak bahaya untuk pesakit dan boleh menyebabkan kematian.

Saya sebenarnya baru selesai membaca buku Orientalisme dan Kristianisasi buat kali ke-49 (tipu je ni,baru 2 kali). Setelah dijalankan kaji selidik,rupanya ramai orang Islam yang menjadi duri dalam daging kepada umat Islam itu sendiri. Mereka ini pro barat dan pendukung ideologi2 orang2 barat. Salah seorang daripadanya ialah Mustafa Kemal Attartuk. Siapa yang tak kenal dengan si munafik ni. Ape? Tak kenal? Kalau tak kenal baca entri ni sampai habis.

Siapa Mustafa Kemal Atartuk sebenarnya? Mustafa Kemal Atatürk lahir pada tahun 1881 dan kiok(mati) pada 10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.



Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.


Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Allahu'alam...



p/s: Si Mustafa Kemal ni lahir di Salonika, kota yg terdapat ramai penduduk Yahudi. Jadi tak mustahil la kalau saya katakan nasab keturunannya berdarah Yahudi.. Sampai bila dah nak mati pun die buat wasiat supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Nampak sgt..

p/s lagi: Kat Malaysia ni pun ade ramai sebenarnya yang spesies dengan Atartuk. Tak bleh cakap, nanti kene tangkap plak.

lagi2 p/s: penyakit L.N tu singkatan daripada penyakit Lapar Nasik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baik,Baik Dan Baik...

bismillah...


Saya nak jadi baik,


Saya nak jadi perempuan baik-baik,


Saya nak jadi yang baik-baik jer,


Saya nak sangat jadi yang terbaik,


Saya memang nak jadi baik,


Cik Nur tak baik ker?


Takde la baik sangat,


Baik sikit kot....ekeke,


Tak cukup baik lagi ker?


Ha'ah..memang pun,


Nape plak?


Sebab Cik Nur banyak buat silap,


Cik Nur bukan malaikat pun,


Bleh ker saya jadi baik?


Bleh jer,


Tapi takkan nak jadi baik sokmo,


Nakal la sikit2..ehehe,


Ni ape hal Cik Nur buat entri merepek ni?


Entah,


Cik Nur tengah pikir2 nih,


Bleh ke Cik Nur jadi baik,


Ah! Cukop2 la tu,


Wassalam...


"Akal itu adalah menteri yang menasihati, hati itu adalah raja yang menentukan, harta itu adalah tetamu yang akan berangkat dan kesenangan itu adalah suatu masa yang ditinggalkan."



p/s: gangguan emosi sikit...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anda Kena Tipooo........


bismillah..

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3

Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4

Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5

Batu Terapung PALSU 5

Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..

Jadi.. Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

Syukran.. **


p/s: copy paste jer..senang kojo den..mwahaha...da die yang suruh copy dan sebarkan...sile2 la copy dan pastekan kat mane2 je yang anda suka. yg penting kebenaran perlu ditegakkan, dan toksah dok pecaya kat propaganda org2 kapir nih.. saya pun tertipu jgk. dulu masa aktif dgn tagged punyalah ramai forward gambar yg palsu..cet!



*time kasih daun keladi incik shah bg info (^_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amanat Seorang Pejuang

bismillah...

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tangan ku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada dipenghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami hingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu pun kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan yang mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas!

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan kami?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu-sekutunya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami?

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenar lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

"Ya Allah! Perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bentulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan doa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, ornag-orang tua dan pemuda-pemuda kami.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa saja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah! Janganlah menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini...

As-syahid Sheikh Ahmad Yassin,
1938-2004.





"Ya Allah! kami mengadu padaMu...
kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Kami mengadu padaMu...
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang -orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepda orang-orang yang jauh yang akan menyerbu kami, atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

"Ya Allah! Kami mengadu padaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah-maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah! Kami mengadu padaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat-umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."



p/s: Saya ambil amanat ini daripada buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Sama-sama kita hayati dan teruskan berdoa untuk saudara2 kita yang ditindas bukan saja di Palestin bahkan tidak kira dimana saja mereka berada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salah Satu Tanda...

bismillah...




Antara tanda-tanda kiamat,

(1) wafatnya Nabi Muhammad SAW,

(2) penaklukan Baitul Maqdis,

(3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan dan menusia sehingga mati mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu'ash yang menyerang kambing dan manusia.

(4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100 dinar, ia tidak rela menerimanya,

(5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan

(6) terjadinya perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.


p/s: sebenarnya saya nak highligh tentang penyakit tu jer. Maklum la gelombang H1N1 yang kedua telah menyerang kembali. Sekarang ni saya bercuti sebab rasa tak sihat. Tambah2 pulak dah ada kes kematian terbaru akibat H1N1, iaitu kematian seorang ibu dan anaknya yang sedang sarat mengandung. Rumah mereka sebenarnya tak jauh dari tempat tinggal saya. Sekarang dalam keadaan berjaga-jaga, demam sikit terus kena tahan wad. Tak tahulah nak pergi hospital atau tak sebab taknak kena tahan..thehehe...bleh ker gitu...

p/s lagi: saya mungkin tak dapat meng'update'kan QalamCahaya selama beberapa hari. Kalau lebih dari seminggu saya tak update, sila sedekahkan Al-Fatihah untuk saya...isk3...

lagi-lagi p/s: ahh! malas nak taip lagi. tak larat dah.. Salam sayang untuk semua....Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manusia Jadi Tuhan..

bismillah...

Syeikh Kadir Al-Jilani berkata..
"Manusia itu apabila dia dalam kesusahan dia akan salahkan Tuhan, tetapi apabila dia sudah senang maka dia jadi Tuhan." Wana'uzubillah...


p/s: saya suka dengan ayat ni...terbukti kebenarannya. Ayat ni dah 2 kali menjadi post entri saya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Allah...

bismillah....



Segala puji bagi Allah yang maha mendengar serta maha melihat. Segala puji bagi Allah yang maha memberi pertolongan. Segala puji bagi Allah yang memberi kelancaran pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 yang berlangsung malam tadi. thehehe...

Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan dengan izin Allah. Buatnya tiba2 bumbung runtuh ker, kena bom ker,tak ker haru biru dibuatnya. Takut artis2 yang terlibat tak boleh nak lari laju2 sebab kain sendat sangat ditambah pula dengan barang kemas yang berat2 (nak naik tangga pentas tu pun macam tersangat seksa jer sebab takleh nak bukak langkah luas2). Bertambah payah la nak selamatkan diri.. Syukur, semua tu tak berlaku. Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkan mereka semua (termasuk saya dan anda).

Selesai sahaja Buletin Utama, semua dah dok mengadap tv. Memang acara seperti ini bagaikan magnet tanpa kutub yang boleh menarik jutaan penonton termasuklah hamba dhaif, Cik NurQaseh ni..hoho~ Saya pun tak pernah tertinggal untuk menonton ABP ini saban tahun(tapi solat sunat taubat 2 rakaat setahun pun susah nak buat). Ianya satu majlis anugerah yang sangat berprestij di Malaysia dan amat berkesan dalam memilih artis mana yang layak mendapat anugerah. Sehinggakan solat isya' juga sengaja dilambat-lambatkan dek penangan ABP. Kalaulah Allah menarik nyawa saya malam tadi tanpa sempat saya menunaikan kewajipan yang satu itu, alangkah ruginya saya.

Daripada hos, para pemenang, persembahan nyanyian, hinggalah ke pakaian artis2 menjadi bualan sepanjang anugerah itu berlangsung(dan sambung sampai ke esok pagi utk acara umpat-mengumpat di ofis, di pasar ikan, kedai runcit, juga di sekolah). Ala,biasa la tu...cam tak biasa plak...

Yang sebenarnya, saya amat cemburu akan kecantikan artis2 Malaysia nih. Muka cun melecun, kulit putih gebu, rambut pun cantik berkilat, badan die pehhh...solid habis. Ini la masanya nak tunjukkan anugerah2 yang Allah beri. Lalu, anak buah saya yang berusia empat tahun bagaikan terpukau dek kecantikan artis2 tersebut.

"Acu,nanti Cicah dah besau Cicah nak jadi macam akak Steksi bleh?" kata Cicah sambil menunjukkan penyanyi Stacy yang sedang terkinja-kinja di atas pentas. (Stacy tu die panggil Steksi..hua3)

Hmmm...terlopong seketika mendengar pengakuan kanak2 comey itu. Nak marah, budak lagi. Nak bagi nasihat, pun budak lagi..bukannya dia paham. Senyum jela, habih citer... Lihatlah bagaimana besarnya peranan artis dalam masyarakat sekarang. Kalau dulu bila cikgu tanya tentang cita-cita, tak seorang pun yang akan jawab nak jadi artis. Kalau adapun mesti kena 'brainwash' dengan cikgu tersebut. Tapi sekarang, masyarakat dah tak kisah tentang semua itu. Ibu bapa pun dah ramai yang hantar anak2 pergi kelas vokal dan kelas muzik...lepas tu masuk pertandingan menyanyi.

Kalau suara2 merdu kanak-kanak itu semua digilap dalam bidang taranum al-quran, qiraat dan yang sama level dengannya kan lebih elok. Sudah semestinya ilmu akhirat itu lebih penting dari ilmu dunia yang anugerahnya cuma dapat di dunia (tu pun kalo dapat la. Kalo dah sampai berkurun jadi penyanyi tapi tak dapat pape tak tau la nak cakap camner).

Yang saya agak 'kagum' dengan ABP semalam ialah bagaimana mereka yang berpakaian seksi dan seksa tersebut membacakan Al-Fatiha untuk Allahyarham Din Beramboi. Boleh ke macam tu? Saya rasa macam agak tak sopan pula. Apa pun Allah sahajalah yang layak menilai hamba2-nya. Mana tahu suatu hari nanti Allah beri petunjuk kepada mereka, dapatlah mereka menjadi ahli syurga, insya'allah. Dan siapa tahu,saya pula yang Allah uji keimanannya lalu saya jatuh tersungkur di kaki neraka, na'udzubillah..minta dijauhkan...

"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka layak menerima bala Allah SWT . Antara 15 perkara itu ialah..., orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari2) alat2 yang melalaikan(muzik)"
-Hadis Riwayat Tarmidzi-

Sesungguhnya dunia ini sudah dipenuhi dengan hiburan2 yang melalaikan. Dan itu adalah salah satu tanda bahawa betapa hampirnya kiamat. Sentiasalah berdoa agar Allah sentiasa melindungi kita dari kelalaian, bukan untuk diri kita sendiri bahkan untuk semua umat Islam. Kerana apabila didalam kubur itu nanti kita akan ditanya siapa saudara mu..dan anda sendiri tahu jawapannya. Usah disalahkan mereka yang anda lihat terlalu asyik dengan hiburan kerana mereka sebenarnya sedang diuji. Maka sama-samalah berdoa semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah dari Tuhan Maha Yang Esa..

"Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah membuat dosa nesacaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka."

Allahu'alam...


p/s: Cik NurQaseh suka karaoke...tapi dalam bilik air jer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beramal Tapi...

bismillah...





Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

-Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah-


p/s: pernahkah anda merasai hati yang tidak tenang walaupun anda beribadat kepadanya siang dan malam? saya pernah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedang Membaca...

bismillah,

"barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam)"
-Sabda Rasulullah SAW.



Sejarah permusuhan dan dendam Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 bermaksud: "orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Dan sesungguhnya musuh2 Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawa Islam ke lembah kehancuran...

Selamat membaca kepada diri saya sendiri..hua3..


p/s: baru beli buku ni dekat MPH siang tadi. rambang mate dibuatnye, banyak sangat buku best2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Innalillah...

bismillah




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


p/s: Al-fatiha untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) dan juga untuk hamba2 yang terlebih dahulu menghadap Tuan Punya Dunia... Insya'allah,kami akan menyusul selepas anda.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ape Ni Pakcik..!!!!

bismillah...

Segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan umur Cik NurQaseh dan memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan entri yang ke-3 pada hari ini.. Mwahaha..3 entri satu hari taw! Kalau datang rajin Cik NurQaseh ni, nak buat namblas puluh tiga ratus entri satu hari pon boley...

Tanpa merepek dengan lebih jauh, saya sebenarnya nak berkongsi satu kisah yang berlaku baru-baru ini. Kelmarin saya menemani sahabat saya ke sebuah farmasi untuk membeli ubat selsema. Sahabat saya, Naimah mengalami masalah selsema yang teruk dan mengakibatkan beliau terpaksa dikejarkan ke rumah sakit pada keesokan harinya..(auta jer nih)

Apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah tentang pemilik farmasi tersebut. Ianya adalah satu2 nya farmasi orang Melayu yang ada di pekan saya. Pada mulanya saya agak berat untuk ke sana,tetapi disebabkan Naimah sudah tidak tahan lagi dengan hingusnya yang berjejeran, maka terpaksalah saya melangkah ke tempat yang 'amat mengerikan itu'.

Sudah tiga tahun saya tidak menjejakkan kaki ke farmasi tersebut kerana saya tiga tahun yang lalu saya nekad untuk tidak ke sana lagi. Saya namakan pemilik farmasi itu sebagai En. Rahim(bukan nama sebenar..hehe). Sebenarnya saya pernah bekerja disitu sebagai pembantu farmasi selama beberapa bulan selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Bosan duduk dirumah,saya mengambil keputusan bekerja disitu bersama sahabat saya, Nisa'.

Pada awal bulan pertama kami bekerja, en.Rahim mengajar kami tentang ubat-ubatan. Kami tiada masalah denga en.Rahim. Saya lihat beliau seorang yang alim dan warak kerana tidak pernah meninggalkan solatnya dan juga sering mengingatkan supaya tidak mengabaikan waktu solat. Beliau ialah salah seorang jemaah tabligh yang aktif suatu ketika dahulu. Kami pada mulanya amat menyenangi beliau.




Oleh kerana itu, saya mengabaikan satu pesanan salah seorang bekas pekerjanya semasa saya mula2 bekerja disitu. Jika saya 'alert' dengan pesanan bekas pekerja tersebut, mungkin kejadian yang tidak kami jangkakan tidak akan berlaku. Namun semua ini ketentuan Allah, kami redha. Masih terngiang-ngiang kata-kata kak Sara (bekas pekerja tu).

"hati-hati kalau keje kat sini. En.Rahim tu 'besar selera' dia".

Saya menganggap kak Sara cuma bergurau ketika itu. Sejurus selepas saya dan Nisa' sah menjadi pembantu farmasi disitu, Kak Sara terus berhenti bekerja. Pada bulan ke-2 kami bekerja, en.Rahim mula menunjukkan simptom-simptom penyakit 'gatal-gatal' (paham2 suda). Beliau sudah mula bercerita tentang hal-hal 'dalam kain'.. Kami masih lagi boleh bersabar dan bersangka baik, "orang tua ni nak cakap pasal pil viagra agaknye." Tapi...

Selepas itu beliau sudah mula menunjukkan belang yang sebenar. Saya pernah beberapa kali cuba disentuh oleh en.Rahim, tetapi disebabkan saya anak pendekar seni silat cakar beruang, maka dapatlah saya mengelak dan menepis 'serangan2' beliau itu. Nisa' sahabat saya juga begitu.

Pernah suatu hari en.Rahim bermonolog dengan saya, "Nur, kalau saya tak kawin dengan kak Fara, da tentu saya kawin dengan Nur".

Uwweeekkkkss...!!!! wek wek wek..!!

Termuntah saya di dalam hati (bleh ker gitu..haha). Kak Fara adalah isteri kedua en.Rahim yang berumur 28tahun ketika itu. Tak dapat saya bayangkan bagaimana en.Rahim boleh berfikiran jauh seperti itu. Dan tak dapat saya bayangkan juga jikalau saya menjadi 'isteri' muda en.Rahim yang ketika itu berumur 58tahun!

Kemuncak kami berada di 'neraka ' tersebut ialah ketika Nisa' sedang menyusun ubat-ubatan di atas rak seorang diri, manakala saya sedang mengambil sampel2 ubat di dalam bilik simpanan. Sedang saya mengambil sampel2 ubat tersebut, tiba-tiba saya terdengar jeritan Nisa'...

"Ape ni pak cik!!!! Tak suke laaa!!!"

MasyaAllah, Nisa hampir dicabul kehormatannya... Dengan serta merta saya bergegas mendapatkan Nisa' yang sedang menangis teresak-esak serta menariknya keluar dari farmasi. Sempat juga saya mengambil tempat pita pelekat yang diperbuat dari besi, lalu saya hayunkan ke arah en.Rahim..

Kami berhenti kerja serta merta. Fuhh, ngeri woo.... Alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami berdua. Dan pada malam itu juga, sahabat2 lelaki yang sekelas dengan kami semasa tingkatan enam pergi menyerang en.Rahim. Enam lawan satu.. Saya jangka akan terjadinya pergaduhan bak filem tamil yang sering kita lihat tapi...

"Pakcik..saya ni bukan ape, saya cume nak pakcik sedar pakcik tu dah tua. Malu la kat masyarakat." Kata Hafiz, ketua samseng kelas 6 Atas Kemanusiaan.

Pehhh...punye la lembut ayat budak2 nih.. Sempat lagi tarbiyahkan orang tua tu. Patutnya ganyang jer orang tua tak sedar diri tu. Sebelum sahabat2 saya pulang, mereka memberi amaran kepada en.Rahim agar tidak mengulangi perbuatan tersebut serta kembali ke jalan Allah.. (baiknye korang...hahaha...tak samseng la camnih)

Dan selepas tiga tahun kejadian itu berlaku, saya sekali lagi menjejakkan kaki ke farmasi tersebut. Selamber jer saya masuk.. Apabila en.Rahim melihat kelibat saya serta merta beliau terduduk dan mengurut dada. Lalu beliau mengarahkan pembantu beliau melayani Naimah dan beliau terus masuk ke bilik. Ada titis2 dingin di kelopak matanya...

Sebenarnya,saya sudah pun memaafkn en.Rahim atas sikapnya yang suka mengambil kesempatan. Tidak ada langsung niat untuk membenci atau mahu membalas dendam. Allah itu Maha Pemaaf, apatah lagi saya yang hanya seorang hamba.....maafkanlah.... Dan Nisa' pula masih dibayangi peristiwa itu...

Allahu'alam...


p/s: ayah saya bile dengar jer saya kena kacau, dengan serta merta adrenalin beliau naik mendadak. Malam tu sebenarnya ayah dah rancang nak pergi tarik janggut en.rahim, tapi dibatalkan niatnya kerana ade orang datang rumah.hehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengabaikan Dunia Atau Menolak Dunia


bismillah...

Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta dan kasih sayang. Segala puji bagiNya jua untuk segala kenikmatan yang ada di dunia ini.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang niatnya keakhirat maka Allah s.w.t. akan menghimpun baginya semuanya dan dijadikan kaya hati dan datang kepadanya dunia merendah diri. Dan siapa yang niatnya dunia maka Allah s.w.t. akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinannya selalu membayang diruang matanya dan tidak akan datang kepadanya dunia kecuali yang ditentukan baginya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-Aswad bin Qays berkata: "Saya telah mendengar Jundub berkata: "Umar r.a. masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang Nabi Muhammad s.a.w. diatas tikar yang telah berbekas dipinggangnya, maka menangis Umar r.a. melihat keadaan itu, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, ya Umar?" Jawab Umar r.a.: "Saya teringat kepada Raja Kaisar dan Kisra dengan segala kemewahan dunianya sedang Rasulullah adalah utusan Allah s.w.t. sehingga berbekas di pinggangmu garis-garis tikar." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mereka kaum yang telah diberi kontan kesenangan mereka didunia dan kami kaum yang ditunda kesenangan kami diakhirat."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya yang saya khuatirkan atas kamu hanya dua iaitu:

  • Panjang angan-angan dan

  • Menurut hawa nafsu

sebab panjang angan-angan itu melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu itu menghalangi (menentang) hak, sedang dunia sudah berjalan membelakangi kami dan akhirat akan tiba kepada kami, dan masing-masing ada mempunyai anak-anak, maka jadilah kamu dari anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak dunia, maka sesungguhnya hari ini beramal dan tidak ada hisab sedang kelak hisab tidak ada amal. Perbanyaklah amal sekarang sebab kamu tidak dapat beramal pada hari esok."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Saya mencari khutbah Nabi Muhammad s.a.w. tiap Jumaat selama empat tahun tidak bertemu, tiba-tiba saya mendapat berita bahawa itu ada pada seorang sahabat Anshar dan ketika ditemui ialah Jabir bin Abdillah r.a., maka saya bertanya: "Apakah benar engkau telah mendengar khutbah Nabi Muhammad s.a.w. yang dibaca tiap Jumaat?" Jawabnya: "Ya, saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai orang-orang, sesungguhnya untuk kamu telah ada petunjuk-petunjuk maka berhentilah pada petunjuk-petunjuk jalan itu, dan kamu juga mempunyai batas maka berhentilah (ikutilah) batas-batas yang telah ditentukan bagimu itu. Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin berada diantara dua ketakutan, antara ajal masa yang lalu, ia tidak mengetahui bagaimana Allah s.w.t. akan berbuat kepadanya, dan masa yang akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu tiap orang harus berbekal untuk kepentingan dirinya sendiri dan

  • masa hidupnya untuk matinya

  • masa mudanya untuk masa tuanya

  • dunianya untuk akhiratnya

Maka dunia ini dijadikan untuk kamu dan kamu jadikan untuk akhirat. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesudah mati tidak ada jalan untuk taubat dan sesudah dunia tidak ada tempat kecuali syurga atau neraka. Saya ucapkan kata-kata ini dan aku mohon ampaun kepada Allah s.w.t. untuk diriku dan untukmu."

Sahl bin Abdillah Attustari biasa membelanjakan kekayaannya dalam segala jalan yang menuju taat kepada Allah s.w.t., lalu ibu dan sanak saudaranya yang menyampaikan hal itu kepada Abdullah bin Almubarak, mereka berkata: "Bahawa orang itu jika sedekah tidak kira-kira kerana itu kami khuatir kalau ia menjadi miskin." Maka Abdullah bin Almubarak menyampaikan keluhan ibu dan saudara-maranya itu kepada Sahl bin Abdullah Attustari. Jawab Sahl: "Ya Aba Abdirrahman, bagaimana pendapatmu bila ada orang kota telah membeli tanah kebun didesa dan ia akan pindah kedesa itu, apakah harus meninggalkan apa-apa dikota, padahal ia tidak akan kembali lagi kekota itu?" Abdullah bin Almubarak berkata: "Sahl telah mengalahkan kamu dalam keluhanmu itu, iaitu siapa yang akan pidah ketempat lain tidak seharusnya ia meninggalkan apa-apa ditempat yang akan ditinggalkan itu, demikian pula orang yang akan pindah dari dunia keakhirat, mengapakah harus meninggalkan apa-apa didunia ini."

Abul Laits berkata: "Siapa yang sempurna akal, maka ia rela dengan sederhana didunia, dan tidak sibuk memperbanyak dan sibuk beramal untuk akhirat sebab akhirat itulah tempatnya nikmat, kekal sedang dunia akan rosak, tipuan dan fitnah."

Juwaibir meriwayatkan dari Adhdhahhak berkata: "Ketika Allah s.w.t. telah menurunkan Nabi Adam a.s. dan Hawwa kebumi, lalu dapat merasakan bau busuk dan kehilangan bau syurga, pengsanlah keduanya selama empat puluh hari kerana sangat busuknya dunia ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sungguh hairan ajaib bagi seorang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi kemudian ia masih sibuk dengan tempat tipuan dan sementara."

Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Saya hadir dimajlis Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang bagus muka dan rambutnya, berpakaian putih, lalu berkata: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah." Dijawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam warahmatullah." Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, apakah dunia ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bagaikan impian orang tiudr, sedang penduduknya bakal dibalas dan disiksa." Lalu ia bertanya: "Dan apakah akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Kekal, sebahagian disyurga dan sebahagian dineraka." Lalu ditanya: "Apakah syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia, bagi orang yang sanggup meninggalkannya mendapat kesenangannya untuk selamanya." Lalu ditanya: "Dan apakah Jahannam itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia bagi yang cinta kepadanya, tidak akan pisah lepas dari Jahannam untuk selamanya." Lalu ditanya: "Maka siapakah yang sebaik-baik ummat ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Yang berbuat taat ketika didunia." Lalu ditanya: "Bagaimana didalamnya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bersungguh seperti orang yang mengejar gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lama tinggal didalam dunia?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seperti lamanya orang yang tertinggal dari gafilah-gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lamakah antara dunia dan akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sekelip mata" Maka pergilah orang itu dan tidak kelihatan, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Itu Jibril datang untuk menzuhudkan kamu didunia dan menggemarkan kamu diakhirat."

Nabi Ibrahim a.s. ketika ditanya: "Mengapa Allah s.w.t. menjadikan engkau khalilullah?" Jawabnya: Kerana tiga sebab iaitu:

  • Tiada aku disuruh memilih dua macam melainkan saya pilih yang untuk Allah s.w.t. dari yang lain-lainnya

  • Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin oleh Allah s.w.t. dalam urusan rezekiku

  • Tidak pernah makan siang atau malam melainkan bersama tetamu

Seorang cendikiawan berkata: "Kehidupan hati itu dengan empat ilmu iaitu:

  • Ilmu

  • Ridho

  • Qana'ah

  • Zuhud

Maka ilmu iaitu yang menimbulkan ridho dan ridho menyampaikan kepada qana'ah (teriman) dan qana'ah itu menyampaikan kepada zuhud bererti meremehkan dunia (tidak rakus kepada dunia). Dan zuhud ada tiga tingkat iaitu:

  • Mengenal dunia dan meninggalkannya

  • Ibadat kepada Allah s.w.t. dengan adab

  • Rindu kepada akhirat dan berusaha mencapainya

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:

  • Yang condong kepada dunia

  • Risau untuk hari esok

  • Hasud kepada saudara

  • Ingin kepada pangkat kedudukan

Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:

  • Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya

  • Membangun kubur sebelum dimasukkannya

  • Mengerjakan apa yang diridhoi Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Siapa yang menghimpunkan enam macam maka bererti telah benar-benar berusaha untuk mendapatkan syurga dan lari dari api neraka iaitu:

  • Mengenal Allah s.w.t. lalu mentaatiNya dan mengenal syaitan laknatullah lalu menentangnya

  • Mengenal hak lalu mengikutinya dan mengenal bathil lalu menghindarinya

  • Mengenal dunia lalu mengabaikannya dan mengenal akhirat lalu berusaha untuk mencapainya

Ja'far Assadiq dari Muhammad Albaaqir dari Ali Zainul Abidin dari Alhusain bin Ali r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:

  • Kering air mata

  • Keras hati

  • Cinta dunia

  • Jauh angan-angan

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan dunia ini disisi Allah s.w.t. menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."

Syahr bin Hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata: "Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang subuh didekat tempat pembuangan kotoran, maka melihat ulat bergerak dalam kotoran, maka Nabi Muhammad s.a.w. menghentikan untunya menantikan orang-orang, lalu bertanya kepada orang-orang: "Apakah kamu mengetahui bahawa orang-orang ditempat ini jijik terhadap ulat ini?" Jawab mereka: "Benar, ya Rasulullah." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina) disisi Allah s.w.t. melebihi dari hinanya ulat terhadap orang-orang yang mempunyai tempat ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."

Abul Laits berkata: "Erti sabda Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah: "Seorang mukmin meskipun adakalanya mewah dan nikmat, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat dan kemewahan yang disediakan untuknya disyurga, maka seolah-olah ia berada didalam penjara, sebab seorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya syurga dan kemuliaan yang ada didalamnya, ia sedar bahawa selama didunia seolah-olah dalam penjara. Sedang seorang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman-hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadi dalam syurga. Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara dan tidak akan mencari kesenangan dalam penjara. Maka seorang yang berakal harus memperhatikan apa yang telah dijelaskan Allah s.w.t. mengenai dunia dalam ayat-ayat Al-Quran, sebab dalam ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. cukup perumpamaan yang jelas supaya orang mukmin jangan tertipu oleh dunia."

"Innama matsalul hayatid dunia, kama'in anzalanaahu minassama'i fakh talatha bihi nabaatul ardhi mimmaa ya'kulunnasu wal an'am hatta idza akhdzalatil ardhu zukhrufaha wazzayanat wa dhanna ahluha annahum qaadiruuna alaiha ataaha amrua laila au nahaa ra faja ainaaha hashieda ka'anlam taghna bil amsi, kadzalika nufasshilul ayaati liqaumin yatafakkarun." (Surah Yunus ayat 24)

(Yang bermaksud)"Sesungguhnya perumpamaan kerosakan dunia ini bagaikan air yang Kami turunkan dari langit maka meresap kedalam tanah dan menumbuhkan makanan orang-orang dan binatang-binatang, sehingga apabila bumi ini telah berhias dengan segala hasilnya dan indah dan pemiliknya telah mengira ia sangat berkuasa atasnya, tiba-tiba datang siksa Allah diwaktu malam atau siang hari, maka jadilah semua itu terketam habis, seakan-akan tidak ada apa-apa sejak kelmarinnya. Demikianlah contoh dunia ini. Kami jelaskan bagi orang-orang yang suka berfikir dan memperhatikan."

Nabi Muhammad s.a.w. didatangi seorang dari Syam, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. tentang luas tanah mereka dan berbagai kenikmatan yang mereka rasakan, lalu ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w. "Lalu kamu berbuat apakah?" Jawabnya: "Kami membuat berbagai macam makanan untuk kami makan." Ditanya: "Kemudian jadi apa?" Jawabnya: "Sebagaimana yang telah engkau ketahui, ya Rasulullah." (Yakni kencing dan kotoran) Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Maka demikianlah perumpamaan dan contoh dunia ini."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabbul a'lamin dan manusia sebagai tanamannya sedang maut itu sebagai cangkulnya. Dan Malakulmaut itu sebagai pengetamnya dan kubur sebagai lombongnya dan kiamat sebagai lesungnya dan syurga atau neraka temapt pemuasnya, sebahagian syurga dan sebahagian dalam neraka Sa'ir."

Luqman Alhakiem berkata kepada puteranya: "Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam didalamnya kebanyakkan manusia, kerana itu jadilah perahu didunia ini taqwa kepada Allah s.w.t."

Kata pujangga: "Sesungguhnya ada hamba-hamba Allah yang cerdas cendikia (cerdik pandai) telah menceraikan dunia dan takut dari fitnahnya (tipu dayanya). Mereka memperhatikan benar-benar segala akibatnya dan ketika telah mengerti bahawa dunia ini bukan tempat hidup yang abadi, maka mereka menjadikan dunia ini bagaikan lautan dan menggunakan amal soleh sebagai bahteranya. Maka amal soleh itulah yang menjadi barang dagangan dan kerajinan beramal sebagai keuntungannya dan hari-hari sebagai gelombangnya dan tawakkal sebagai naungannya, dan kitab Allah s.w.t. penunjuknya dan menahan nafsu sebagai tali ikatnya dan maut itu ujungnya dan kiamat pasarannya dan Allah s.w.t. pemiliknya."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Pada hari kiamat kelak akan tiba dunia berlagak dengan keindahannya, lalu berkata: "Ya Tuhan, jadikanlah aku rumah untuk sebaik-baik hambaMu." Jawab Allah s.w.t.: "Aku tidak rela kamu menjadi rumah mereka, jadilah kamu sebagai debu yang berhamburan." Maka seketika itu menjadi debu yang berhamburan."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan dunia ini berupa wanita tua yang kembung perutnya, tampak gigi siungnya, buruk rupanya, tiada seorang yang melihatnya melainkan membencinya, maka ia melihat orang-orang lalu orang-orang itu ditanya: "Apakah kamu kenal pada ini?" Jawab mereka: "Naudzu billah, jangan sampai kenal padanya." Lalu diberitahu bahawa itulah dunia yang dahulu kamu berebut, berbangga dan berperang kerananya." Dilain raiwayat: Kemudian diperintahkan supaya dilemparkan kedalam neraka, lalu ia bertanya: "Dimanakah pengikutku dan sahabat-sahabatku?" Maka ikut semuanya.

Abul Laits berkata: "Sebenarnya dunia ini tidak berdosa dan tidak ada siksa baginya, tetapi sengaja dilempar kedalam neraka untuk menunjukkan kehinaannya disisi Allah s.w.t., sebagaimana berhala-berhala yang dimasukkan kedalam neraka, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innakum wama ta'buduna min dunillahi hashabu jahannam antum laha wa ridun." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya kamu dan semua yang kamu sembah selain Allah itu akan menjadi batu bara neraka jahannam, kamu pasti akan masuk kedalamnya." (Surah Al-Anbiya ayat 98) Maka seharusnya seorang mukmin beramal untuk akhirat dan tidak melulu sibuk dunia kecuali apa yang menjadi kepentingan yang lazim dan utama tanpa menggantungkan hati dan fikiran padanya."

Nabi Isa bin Maryam a.s berkata: "Sungguh ajaib keadaanmu itu, kamu giat bekerja untuk mendapat dunia yang pasti akan tiba padamu, tetapi tidak pasti giat beramal untuk akhirat, padahal akhirat itu tidak dapat dicapai tanpa amal."

Abu Ubaidah Al-asadi berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang meresap dalam hatinya cinta dunia maka terikat hatinya dengan tiga iaitu:

  • Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya

  • Angan-angan yang tidak ada hujung puncaknya

  • Kerakusan yang tidak dapatmencapai kekayaan atau kecukupannya

Sedang dunia dan akhirat sama-sama kejar mengejar, maka siapa yang mengejar akhirat dikejar oleh dunia sehingga menerima cukup daripadanya rezekinya dan siapa yang mengejar dunia dikejar akhirat sehingga tiba matinya yang mencekiknya dengan tiba-tiba dan mendadak."

Ibrahim bin Yusuf dari Kinanah berkata: "Abu Hazim berkata: "Saya dapatkan dunia ini dua macam iaitu:

  • Sesuatu yang untukku tidak akan terlepas daripadaku

  • Sesuatu yang untuk orang lain maka tidak akan dapat saya kejar dan

  • Allah s.w.t telah menolak lain orang hakku sebagaimana menolak hak lain orang daripadaku

Maka didalam bahagian yang mana saya harus menghabiskan umurku? Juga saya dapatkan apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini dua macam iaitu:

  • Yang satu akan terlepas daripadaku sebelum ajalku, maka saya tidak berdaya untuk mempertahankannya dan yang satu lagi

  • akan tetap ada padaku sehingga matiku sehingga saya tinggalkan kepada orang lain.

Maka didalam yang mana saya harus melanggar Tuhan untuk mendapatkannya?"

Al-A'masy dari Sufyan dari guru-gurunya berkata: "Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. masuk ketempat Salman Alfarisi sedang sakit, maka menangislah Salman. Ditanya oleh Sa'ad: "Mengapa engkau menangis, hai Abu Abdillah? Rasulullah s.a.w. ketika meninggal ridho kepadamu." Jawabnya: "Saya tidak menangis kerana takut mati atau kerana rakus kepada dunia, tetapi Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kami: "Hendaklah membawa bekal salah satu kamu dari dunia ini seperti bekal orang berpergian. Sedang dikelilingku ini macam-macam, padahal yang ada hanya bejana, ember, panci dan tempat berwuduk." Sa'ad berkata: "Hai Abu Abdillah, berpesanlah kepada kami untuk kami pergunakan sepeninggalanmu." Berkata Salman: "Hai Sa'ad, berdzikirlah (ingatlah) kepada Allah s.w.t. ketika akan mengerjakan sesuatu dan ketika menghukum dan ketika melaksanakan apa yang telah engkau putuskan dengan sumpahmu."

Juwaibir dari Adhdhahhaak berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya: "Ya, Rasulullah, siapakah yang amat zahid?" Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang tidak lupa kubur dan kerosakan dan meninggalkan kelebihan dari perhiasan dunia, dan mengutamakan yang kekal daripada yang sementara dan rosak, dan tidak menghitung-hitung harinya dan menganggap dirinya dari golongan orang yang mati."

Seorang cendikiawan berkata: "Kami mencari empat macam tetapi keliru jalan iaitu:

  • Kami kira kekayaan itu dalam banyaknya harta, tiba-tiba dalam qana'ah (teriman)

  • Kami kira istirehat itu dalam banyak tiba-tiba dalam sedikit (ertinya bertambah banyak bertambah sibuk dan tidak dapat beristirehat)

  • Kami kira kehormatan itu dalam bentuk lahir tiba-tiba dalam taqwa

  • Kami kira nikmat itu dalam makan minum tiba-tiba dalam tertutupnya aib dan dosa dan Islam (ertinya jika Allah s.w.t. menutupi kesalahan dosa kita, maka itulah nikmatnya)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini kepentingannya yang utama maka Allah s.w.t. akan melazimkan dalam hatinya tiga macam iaitu:

  • Kerisauan yang tidak terputus-putus untuk selamanya

  • Kesibukan yang tidak ada istirehatnya untuk selamanya

  • Rasa kefakiran yang tidak ada ujungnya sama sekali untuk selamanya

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Tiada seorangpun pada tiap hari melainkan ia sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman, tamu harus segera berangkat meninggalkan tempat sedang pinjaman harus segera dikembalikan."

Alfudhail bin Iyaadh berkata: "Kejahatan itu semua dikumpulkan dalam sebuah rumah sedang kuncinya ialah cinta kepada dunia dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam rumah dan kuncinya ialah zuhud (tidak tamak rakus) pada dunia."

Tsabit dari Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Yyafrahu abdiyal mu'min idza bashathtu lahu syai'a minad dunia, wa dzalika ab'adu lahu minni, wayahzanu idzaqartartu alaihid dunia wa dzalika aqrabu lahu minni." (Yang bermaksud): "HambaKu yang mukmin merasa gembira jika Aku luaskan sedikit daripada dunia, padahal yang demikian itu bererti jauh daripadaKu dan susah jika Aku seretkan padanya dunia, padahal yang demikian itu lebih mendekatkan ia kepadaKu."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. membacakan ayat (Yang berbunyi): "Ayahsabuuna annamaa munidduhum bihi maalin wabaniin. Nusaari'u lahum fil khairaati, bal laa yasy'uruun." (Yang berbunyi): "Apakah mereka mengira bahawa apa yang Kami berikan berupa harta dan anak-anak itu. Kami menyegerakan untuk mereka semua kebaikan tetapi mereka tidak merasa (tidak mengetahui)." (Surah Al-mukminun ayat 55-56) Tidak merasa atau tidak mengetahui bahawa itu ujian bagi mereka bagaimana mereka mempergunakan pemberian Allah s.w.t. itu.

Anas bin Malik berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar dan memegang tangan Abu Dzar, lalu berkata: "Hai Abu Dzar, sesungguhnya dihadapanmu ada bukit penghalang yang sukar didaki, tidak dapat mendaki kecuali orang-orang yang ringan bawaannya." Abu Dzar bertanya: "Ya Rasulullah, saya ini termasuk yang ringan atau yang berat?" Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah engkau mempunyai makan untuk hari ini?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk besok pagi?" Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah mempunyai makan untuk lusa?" Jawab Abu Dzar: "Tidak." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan engkau mempunyai makanan untuk lusa (untuk tiga hari) nescaya engkau termasuk orang-orang yang berat."


allahu'alam...


p/s: panjang sedikit entry kali ini. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada yang membacanya. Ballighu anni walau aayah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS