bismillah...
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya kerap mengalami sakit kepala yang luar biasa sakitnya. Mungkin terlalu banyak memendam rasa, mungkin terlalu banyak memikirkan sesuatu yang...entahlah..
Kepada yang sahabat2 yang mengenali saya, ampun maaf saya pinta kerana bukan niat saya untuk membuat hati2 anda risau, kerana saya sememangnya tidak pandai meluah... Kepada sahabat dunia akhirat saya,Naimah, jutaan terima kasih kerana sudi menjadi peneman saya kala susah dan senang (kau memang best!!) disaat yang lain sibuk dengan urusan mereka.. Mencipta kegembiraan dan gelak tawa walaupun ia hadir sebentar,cukup membuat sedikit kelegaan kepada saya..
Sesungguhnya hati saya kala ini tidak setenang sebelumnya, fikiran saya sangat2 berkecamuk dan mungkin itu yang menyebabkan kesakitan yang luar biasa di bahagian kepala.. Buat mak,adek mintak maaf banyak2 sebab tak buat kerja yang mak suruh tadi..mak tak tahu apa yang adek rasa. Adek pun tak nak mak tahu sebab tak nak mak risau..
Adoii,sudah2 lah tu..bertambah sakit kepala saya menyusun ayat-ayat yang skema..saya nak tido ni...salam..
Sakit Itu Datang Menyerang....
Maaf...Saya Cakap Tak Serupa Bikin...
bismillah...
Sedang saya duduk termenung keseorangan selepas seharian diserang migrain, saya tiba2 terfikir tentang siapa sebenarnya diri saya. Selama ini rupa-rupanya saya berpura-pura menjadi jelmaan malaikat, berpura-pura menjadi "si pembela" bagi mereka yang lemah, menjadi "si baik" yang sangat2 prihatin akan nasib golongan yang tidak bernasib baik, menjadi "si pengkritik" bagi ketidakadilan di dunia ini.
Ini diri saya yang sebenar-benarnya...
1) Jika saya masuk kerja jam 8.35 am, sedangkan waktu mula kerja ialah jam 8.00 am saya sudah dikira lewat ke tempat kerja..TETAPI jika saya sembahyang Asar jam 6.00 pm atau hampir2 maghrib pun masih saya kira awal,sedangkan mengikut masa sembahyang Asar yang sebenar di Semenanjung Malaysia ialah sekitar 4pm-5pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2) Saya mengeji dan mengutuk Amerika kerana jenayah2 perang yang dicipta mereka TETAPI saya tetap makan makanan buatan mereka (McD,Coke,Baskin n Robin...Arghhh!!), saya menggunakan barangan buatan mereka, saya menjadi peminat dan penonton setia filem2 mereka yang kaya propaganda itu. Adakah ini maknanya benci tapi sayang??
3) Jika ada pelancaran skim-skim amanah saham maka saya pun termasuk dalam kelompok manusia yang berduyun-duyun pergi melabur untuk masa depan kononnya. TETAPI apabila ada pelancaran tabung derma (saham akhirat) untuk membantu siapa2 yang memerlukan, hendak mengumpul RM1juta pun cukup payah daripada rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini termasuk saya, malah ada yang mengambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas oleh media. Mana yang lebih kita cinta?
4) Saya sangat sensitif dan terharu apabila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera anak2 kecil apatah lagi yang membuang bayi mereka merata-rata tak ubah seperti sampah, TETAPI saya jarang rasa sedih dan terharu apabila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka secara maknawinya dengan tidak mendidik anak-anak menjadi soleh, seperti mengenalkan mereka dengan Allah, bersembahyang, hormat orang tua, menutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur nanti. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di dunia kala ini? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga, iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka? Anak2 kecil yang dibuang dalam tong sampah belum tentu masuk neraka kalau mereka hidup tetapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke neraka juga.
5) Saya selalunya akan cepat2 mengucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu saya dan akan kenang budinya sampai bila2 TETAPI dengan Tuhan yang memberikan saya segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik setiap masa, saya jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih dengan cara yang dituntut-Nya.
6) Saya berasa amat malu apabila seseorang mendedahkan keaiban saya TETAPI jarang pula rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan saya lahir dan batin, kecil mahupin besar.
Senarai di atas adalah sedikit tentang diri saya yang cakap tak serupa bikin nih...ish3... Di bawah ini pula saya senaraikan situasi2 yang saya perhatikan dalam masyarakat sekarang.
1) Ramai lelaki memberi alasan hendak berpoligami kerana mahu ikut sunnah Nabi SAW TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh menyimpang dari sunnah. Mempergunakan agama untuk kepentingan diri. (kalo gitu gamak perangainye, camane la bini nak bagi kawen lagi).
2) Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main kayu tiga,empat dan lima. (jangan tanya cik NurQaseh kalo nanti suami sendiri nak tambah bini..takde jawapannye lagi..huhu)
3) Kahwin empat lebih baik dari kahwin tiga, kawin tiga lebih baik dari kahwin dua, kahwin dua lebih baik dari kahwin satu sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin satu lebih baik dari kahwin dua,tiga dan empat jika tidak mampu berlaku adil. Hisab dan nilai diri dulu sebelum pilih yang mana satu.
4) Pemimpin2 selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu berkasih sayang sesama manusia, menyeru agar bersih cekap dan amanah dan sebagainya TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan dan mengotori tangannya sendiri dengan korupsi dan rasuah.
Ish..ish..ish..jahatnye saya ni..cakap tak serupa bikin.. Talam dua muka.. Lidah bercabang..bla bla bla....
p/s: Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku tak betul, aku yang salah, kerana aku dia jadi begitu.... hurmmm...(T_T)
Modem Yang Disayangi...
bismillah...
Saat mula kita bertemu, ada perasaan kagum dan bahagia hadir dalam jiwaku..
Saat aku memerlukan mu, kau sentiasa ada disampingku..
Bila ku terpandang wajah mu, sepantas kilat ku menekan-nekan laptop ku...
Ohh modem yang ku sayangi...
Mengapa tegar saja kau melukai hati ku..
Mengapa dengan sebegitu cepat kau merosakkan dirimu...
Buntunya aku tanpa kehadiranmu..
Kau berdusta dengan ku..
Dahulu kau kata kau lah yang terbaik...tatapi...lain pula yang jadi..
Sekarang dipersilakan kau ke longkang...
Dan of cozz akan ku potong segala-galanya..
Untuk ku beri ruang broadband yang baru..
Aku tak perlu lagi insan seperti mu..
p/s: hadoi tensen lak takde internet...tapi skang dah ade yer...huhu
Wasiat Untuk Saya...
bismillah...
Kelmarin saya menerima satu wasiat yang diberi oleh seseorang yang saya sayangi.. Ia bukanlah wasiat tentang harta berkoyan-koyan, duit berkepuk-kepuk di bawah bantal, tanah kebun berekar-ekar, mahupun coklat mencurah-curah di ladang gandum.. (arghh!! pe merepek ni!!)
"Wahai NurQaseh binti Hj Sayang, jadilah kamu seorang yang selalu memberi (bersedekah) kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Berikanlah sesuatu pemberian itu dengan seikhlas hati kamu hatta kamu terseksa sekalipun kerana kamu pasti akan mendapat bahagia pada akhirnya. Berbaktilah pada kedua orang tua mu, walaupun bukan dengan wang ringgit, cukup dengan menunjukkan akhlak yang baik serta doa yang tak putus2."
"Nape tetibe jer buat wasiat nih bang oii? Serem sejuk la plak.." Tanya saya yang tertanya-tanya.
"Ehem..ni bukan wasiat nak mati la dowh. Jangan pikir bukan2 plaks.."
Ini bukanlah pesannya yang pertama. Sepanjang saya mengenalinya,dia banyak mentarbiyah saya menjadi hamba Allah yang berguna.
Lalu saya pun berfikir apakah yang membuatkan si mamat nih berwasiat sedemikian..
i'm thinking..i'm thinking..i'm thinking..
Hoh..!! Tau dah.. Tapi tak mungkin..lambat lagi hari lahir si mamat tu.
I'm thinking..i'm thinking..i'm thinking..
Entahla..tak larat nak thinking lagi... Lalu saya bertanya buat kali yang kedua... dan jawapannya ialah...
"Abang sayang kamu..." huhuhu...terharunya...
p/s: Identiti individu-individu yang diceritakan dalam blog ini termasuk tuan tanah kedaung dirahsiakan..(macam la ade orang nak tau..thehehe).. yang dah tau tu buat2 tak tau jela...
Pengalaman Saya Di Tangkap Basah
bismillah...
Agak malu saya hendak berkongsi cerita ini di laman QalamCahaya, tetapi akan saya kuatkan juga hati dan semangat saya untuk berkongsi dengan anda semua agar dapat dijadikan iktibar dan pengajaran.
Peristiwa ini berlaku 5 tahun yang lepas sewaktu saya berada di tingkatan 5 Sains Teknikal. Saya mempunyai seorang teman istimewa dan saya amat menyayanginya...sungguh! Saya sayang padanya. Ke mana2 pun kami sentiasa bersama sehinggakan ramai yang cemburu. Bukan apa,dia sangat "good looking", smart dan bijak dalam pelajaran. Tambahan pula kami berdua menjadi pengawas, (lagi la the jelez thing makin menebal dalam diri mereka).
Nak dipendekkan cerita,pada suatu hari saya dan si dia merancang untuk ke sebuah taman selepas tamat kelas tambahan. Dan kami pun jalan beriringan menuju ke taman tersebut yang agak sunyi. Pada mulanya kami merancang untuk mengulangkaji pelajaran berdua, tetapi saya perasan matanya kerap menyoroti wajah dan tubuh saya yang kecil molek comel dan sewaktu dengannya (weekkks~). Saya jadi tidak keruan. Ah! mengapa timbul perasaan sebegini!
Tanpa saya sedari, tangannya mula menyentuh jari-jemari saya dan seterusnya ke anggota badan yang lain.. Dan waktu itu saya akui saya sudah tidak tertahan lagi. Maklumlah remaja seperti kami punya nafsu yang sedang bergelodak dan sukar dikawal. Suasana di situ pula bagai menyebelahi kami, sunyi sepi dan kedudukan kami agak tersorok di celah2 rimbunan pokok. Sangat sesuai untuk membuat onar...
Dia terus menyentuh dan lagi dan lagi....sehingga titis-titis hujan turun membasahi,kami tidak peduli. Saya dapat rasakan lengan dan tengkuk saya sudah berbekas dan kemerah-merahan akibat dari gigitan cintanya. Dan kami terus hanyut di dalam dunia yang kami cipta sendiri....tiba-tiba...
"Masyaallahhh..!! Amende korang buat ni haa??" Terkejut gorila kami dibuatnya. Tanpa kami sedari rupa2nya gelagat kami diperhatikan sejak dari tadi.
"Ado00iiii, adoidoiyaii.. Sakiit ni..cepat ler buang kerengge kat belakang aku nih!!" Jerit saya kepada Naimah,teman baik saya itu. "Ko bole sabau tak...Aku nak halau kerengge ni kat atas tudung ko dulu dowh..." Bagaimana lagi saya harus bersabar sedang badan saya pedih2 digigit kerengga2 tersebut.
"Tu lar sape suruh korang duduk kat tepi pokok nih...Tak nampak ke de rumah kerengge kat sini. Da ujan da ni..tak nak balik ker?" Kata pakcik tukang kebun yang 'menangkap basah' kami berdua. Dan dalam kebasahan, kami terus pulang ke rumah...
Sejak dari peristiwa itu,kami tidak lagi duduk berdekatan pokok berkenaan kerana tidak mahu sejarah berulang lagi.. END OF THE STORY...
Satu lagi kes yang membabitkan pasangan ditangkap basah, tapi ini yang saya baca dalam akhbar Kosmo hari ini. Tajuknya "Pasangan Pelajar Agama Dicekup Khalwat."
SEREMBAN- Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuha hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Isnin lalu.
Pasangan yang masing-masing berusia 20tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.
Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.
Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebutpada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.
Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam bermalam di situ.
"Selepas pintu bilik hotel diketuk dan dibuka terdapat seorang wanita berbaju T labuh paras lutut berada di bilik itu. Wanita itu memberitahu dia berseorangan tetapi selepas diperiksa, kami jumpa seorang lelaki bogel bersembunyi dalam tandas," kata beliau di sini semalam.
Kata beliau,pasangan itu mengaku masih belajar di kolej agama swasta di Selangor dan datang ke Seremban pada Ahad lalu kononnya untuk pergi ke perpustakaan di sini.
"Mereka memberi alasan terpaksa bermalam di hotel tersebut kerana tiada wang untuk pulang ke kolej," jelasnya..
p/s: Moral of the story,
1) jangan duduk kat pokok yang ade kerenggere
2) jangan mandi bogel...ahaks..
3) dah tau takde duit, jangan la tido kat hotel 3 bintang.. tido la kat bus stand ker,kat jejambat ker..baru nampak macam takde duit...
Doakan Saya Sembuh...isk3...
Mmmm...bestnye tido...sangat best...sungguh enak...nikmatnye tak terkata...
zzzZZZZZzZZzzzzzZZzzz..........................
p/s: Cik NurQaseh mengalami masalah kekurangan zat besi dan vitamin T serta mempunyai migrain yang menyebabkan kondisi beliau amat lemah sekali...isk3...
Hahaha..Padan Muke Korang!!
"Hahaha,padan muke diorang. Tu la banyak sangat buat dose, kan dah terbakar nigth club korang dengan korang2 skali hangus." (Skrip apabila berlaku kebakaran pusat hiburan di Thailand)
"Tu la balasannye. Orang Bangla ni name jer Islam,tapi tak betul Islam diorang." (Skrip apabila berlaku banjir besar di Bangladesh)
"Kat Iran tu banyak orang Syiah yang sesat. Tu pasal la Allah bagi gempa bumi." (Skrip apabila berlaku gempa bumi di Bam,Iran)
Pasti ramai yang pernah mendengar atau pernah mengeluarkan skrip-skrip sedemikian apabila terjadi sesuatu musibah. Mungkin saya juga pernah berkata sebegitu tanpa saya sedari (Ya Allah! Ampunkan ler hambaMu ini).
Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka(termasuk saya yang lemah nih). Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan suatu kesalahan yang amat besar. Mengapa ini terjadi?
1) Mereka menyalahgunakan ayat2 Allah dengan memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan Al-quran sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin Al-Quran agar secocok dengan apa yang mereka kehendaki.
2) Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh disebaliknya. Asal sesuatu kaum itu ditimpa musibah maka mereka menuduh kaum tersebut sebagai kaum yang berdosa kerana maksiat yang dilakukan.
3) Mereka memperkatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu. Apabila mereka berkata, "Itulah azab Allah," seolah-olah mereka mewakili Allah dalam menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu berlaku. Memang,semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab dan hikmah,jauh berbeza dengan kehendak manusia.
Untuk lebih mendalami poin yang ketiga di atas, perlu kita ketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Antara kemungkinan tersebut adalah:
1) Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi peringatan agar kembali kepada kebenaran.
2) Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu sebenarnya suatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir.
3) Allah mengasihi sesuatu kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan. Musibah yang melanda merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidamkan para mujahidin.
4) Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka.
5) Allah ingin menguatkan kaum tersebut,lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jati diri mereka.
7) Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka perolehi atau bersifat angkuh terhadapnya.
Marilah kita membandingkan diri kita dengan umat2 yang bukan Islam. Dalam suasana mereka yang ditimpa bencana, kita berkata,"Itulah kaum yang Allah turunkan azab atas mereka," sementara umat agama lain pula berkata, "Itulah kaum yang sangat memerlukan pertolongan."
Dalam suasana tersebut kita berkata, "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka hingga ditimpa musibah?", umat2 agama lain pula berkata, "Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?"
Sedang kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa sesuatu kaum, masyarakat bukan Islam yang lain sibuk mencari peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi menyelamat.
Marilah kita bersama-sama berubah sikap,bukan sahaja ke tahap menyamai umat2 lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan adalah dituntut dalam Islam?
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblat (arah) yang masing2 menujunya. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu." (Al-Baqarah 2:148)
Allahu'alam...
P/S: Saya tujukan entri ini bukan hanya untuk anda tetapi juga lebih kepada diri saya sendiri,insan yang serba kekurangan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada mak ayah, sahabat2 dan ustaz saya yang banyak memberi nasihat dan pandangan mereka kepada saya. Syukur tidak terhingga saya ucapkan kepada Nya kerana mengurniakan manusia2 sebegini di dalam hidup saya. Moga Allah merahmati kalian...
Saya Sayang Kamu...(^_^)v
bismillah...
Saya sayang awk... Saya sayangggg sangat kat awk... Itulah kata-kata yang terlalu mudah untuk diucapkan oleh saya suatu ketika dahulu..thehehe... Tapi sekarang sorry sket yer. Agak berat nak mengungkapkan perkataan tu pada sembarangan orang (sebab dah kene sound dengan mak dan abang,saya tak dibenarkan bergaul rapat dengan lelaki).
"Ape?? Ko dah pandai kapel yer??" Panggg!!! Adess,pedih pipi saya ditampar oleh abang kandung sendiri. Drama swasta ini berlaku dua tahun yang lalu semasa saya baru menamatkan persekolahan (mase tu umo da 20tahun da..kire da besau la kan). Abang saya hairan melihat saya terlalu asyik dengan telefon bimbit,lalu dia bertanya sama ada saya telah menjalinkan hubungan dengan seseorang. Dengan segan silu saya mejawab YA.. Ya dan itu lah yang terjadi,ditampar dan ditengking free of charge.
Inilah realiti kehidupan saya...Terasa agak dikongkong. Tambahan pula saya tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah tidak pernah masuk ke sekolah asrama, malah tidak pernah keluar bersiar-siar pada hujung minggu, malah tidak pernah membeli baju raya sendiri, malah tidak berani mengajak rakan2 lelaki untuk datang beraya ke rumah, malah dan banyak lagi malah...
Berbalik kepada soal 'couple' tadi,saya memulakan cinta lutong tersebut sewaktu hampir tamat tingkatan enam atas. Saya ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah saya rasai. Nikmat bercinta yang saya rasakan tidaklah se'syok' mana kerana tidak mengalami frasa2 berdating dan memadu asmara di taman2 bunga mahu pun berpegangan tangan menuju ke pawagam,shopping complex dan sebagainya. Sehinggakan pasangan saya itu merasa bosan lalu meninggalkan saya sendirian, "Hish, sume tak boleh. Nak jumpe sekejap tak boleh, nak teman gi mancing tak boleh..boring la camnih!!" Begitulah dialog yang dia ungkapkan kepada saya,dan sungguh saya berkecil hati dengan beliau.
Hari berganti hari,ada beberapa calon yang ingin menzahirkan niat dihati mereka. Saya tertarik pada seorang pemuda yang mempunyai perbezaan umur 5tahun dan dia agak matang. Dia nampak begitu bersungguh-sungguh ingin memiliki saya,tetapi disebabkan amaran keras abang dan mak, saya mencabar pemuda tersebut supaya meminta izin daripada ayah terlebih dahulu.
Merasa tercabar dengan permintaan tersebut,ditakdirkan pada suatu petang dia sudah terpacak didepan rumah saya lalu dia memperkenalkan dirinya kepada ayah. Pada mulanya ayah agak peramah,tetapi setelah dia menyatakan niatnya muka ayah terus berubah. Ayah berlalu tanpa berkata sepatah pun dan akhirnya pemuda tersebut pulang dengan hampa. Thehehe..lantak la.
Dan pada malam itu saya di'brain wash' oleh ayah (kaw2 punyer).
"Ko jangan nak menggatal lagi dik. Baru abis blajau da pandai nk becinte yer." Hoho~ masuk ni dah 3 orang yang bagi amaran.
Sekarang saya sudah meningkat dewasa,hampir menginjak ke angka 23,24,25 dan seterusnya.. Dan baru-baru ini mak ada menyatakan sesuatu tentang jodoh saya. "Kalo ko da jumpe budaknye,suro die datang jumpe ayah." Hehehe..yess da ade green light..tapi masalahnya...siapakah calon yang malang tersebut???
Entahlah...
P/S: Tengah bosan sebenarnya, takdak idea nk tulis ape...huhu.
Apabila Manusia Menjadi Tuhan??
bismillah...
Hari ini saya tidaklah mahu menulis dengan panjang lebar kerana kepala saya mengalami sedikit masaelah kerana berjemur ditengah panas siang tadi. Terus kepada tajuk di atas, apabila manusia menjadi tuhan.. Adakah anda perasan pada hari ini banyak hal sebegitu berlaku di dunia ini. Mungkin berlaku pada anda, dan mungkin juga kepada saya tanpa disedari.
Pernahkah kita mengalami sesuatu kesulitan,dan kita seperti tidak punya daya untuk menghadapi dugaan tersebut? Lalu menangislah kita menyalahkan takdir serta mempersoalkan mengapa kita diduga sebegitu. Ya,saya pernah berperasaan begitu dan saya menyesalinya.
Pernahkah kita diberikan limpah kurnia dan kesenangan di dunia ini,lalu apabila kita terlalu asyik dengan kesenangan tersebut kita lupa akan tanggungjawab sebagai HAMBA. Ya,saya pernah melaluinya dan saya menyesalinya.
Saya memetik kata-kata Sheikh Kadir Al-Jilani, "Manusia itu apabila dia dalam kesusahan dia akan salahkan Tuhan, tetapi apabila dia sudah senang maka dia jadi Tuhan." Wana'uzubillah...
Allahu'alam...
Patutkah Saya Berniqab???
bismillah...
Niqab...Anda tahu apa itu niqab? Niqab bukanlah sejenis makanan mahupun model kereta buatan German. Niqab, jilbab, khimar(kata dasar bagi khamr kalo tak silap), hijab, burqa mempunyai maksud yang hampir sama pada am nya iaitu penutup. Bukan penutup makanan, penutup acara apatah lagi penutup botol. Niqab ialah sesuatu yang digunakan wanita muslim untuk menutup wajah mereka. Yang sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit rasa hati saya kepada semua pembaca blog QalamCahaya (kalau ade yang bace la,blog saya bukan glamer sangat pun..hoho~)
Adakah saya patut memakai niqab? Sejak memasuki zaman remaja lagi saya sudah berminat dengan pemakaian niqab dan menanam azam untuk istiqamah memakainya apabila dewasa kelak. Tetapi niat itu tenggelam timbul dek kerana saya tidak begitu berkeyakinan dan menganggapnya sebagai satu angan2 kosong. Kerana apa saya berfikiran begitu? Kerana saya bukanlah dari golongan yang mempunyai pendidikan agama yang best2 (biasa2 jer).
Saya mengajukan persoalan ini kepada mak,lalu dia berkata jikalau saya memakai niqab mungkin agak sukar untuk mendapat pekerjaan. Ye tak ye jugak...dah la tengah menganggur ni. Selalu juga saya terfikir layakkah saya mengenakan niqab kerana seseorang wanita itu apabila berniqab maka dia akan dianggap seorang perempuan yang baik2, alim, warak,bla bla bla... Tetapi saya tidaklah begitu,hanya biasa2 sahaja...terlalu biasa. Entah mengapa hati ini bagai ditarik-tarik untuk berniqab. Lalu pada musim haji yang lalu mak dan ayah terpilih untuk menjadi tetamu Allah, dan dikesempatan itu saya meminta supaya mak memborong seberapa banyak jubah dan purdah dengan syarat semuanya mesti berwarna hitam.(peberet kaler tu)
"Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong dan berbangga diri. Sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang sombong dan berbangga diri." (surah Luqman:18).
Baru-baru ini saya menemukan surah Luqman ini dan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al Bukhari, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali,maka dia masuk neraka."
Ditambah dengan hadis riwayat Tirmizi yang saya baca, "Allah tidak akan melihat orang yang melabuhkan pakaian seterusnya menzahirkan kesombongannya."
Rasa bimbang pula jika timbul perasaan demikian ketika berniqab. Yelah siapalah saya yang hina dina ni. Takut nanti iman tak seberapa tapi berlagak sombong seperti dialah yang maksum di dunia ini. Mungkin akan timbul perasaan sebegitu tanpa kita sedari, siapa tahu. Saya ada meminta pandangan beberapa orang sahabat. Salah seorang daripada sahabat saya berkata,setiap perbuatan biarlah dibuat dengan ikhlas kerana Allah bukan kerana takut untuk menghadapi persepsi masyarakat terhadap kita.
Sahabat saya yang lain pula berkata, "Takpe, slow2 la dulu Nur.. Kalau ko kawin dengan aku, da tentu aku suruh ko pakai niqab nanti..thehehe.." Cehh,bleh plak camtu. Entahlah,mungkin suatu masa nanti saya akan berniqab juga, mungkin selepas berkahwin kelak, mungkin tak lama lagi, mungkin dan mungkin...arghhhhh!!!! Penin..penin...
Cukuplah sampai disini....Salam..
Iman Seorang Gadis...
bismillah...
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam kerana masih memberikan oksigen untuk saya bernafas di dunia yang fana ini. Saya ingin berkongsi suatu kisah tentang seorang gadis yang mempunyai keimanan yang tinggi kerana redha dan berlapang dada dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah walaupun pada zahirnya pemuda tersebut tidak memiliki ciri2 menantu yang mak mertua sekarang inginkan. Begini kisahnya...
Ada seorang lelaki dari golongan Ansar yang sangat tidak menarik rupa parasnya serta pendek kemetot (seperti saya) bernama Julaibib. Beliau bukanlah dari kalangan keluarga yang terkenal mahupun golongan artis,sasterawan dan hartawan. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetap tidak seorang pun yang mahu menerimanya sebagai suami dan menantu. Keadaannya diketahui oleh Nabi Muhammad SAW dan ianya menjadi bahan fikiran Baginda kerana manusia yang normal itu harus berumahtangga. Oleh itu, Baginda berusaha mencarikan jodoh untuk Julaibib.
"Wahai Fulan,aku ingin meminang anak gadismu." Kata Nabi SAW kepada seorang sahabat.
"Wokey,cantekk! Dengan senang hatiku!" Jawab sahabat itu.
"Tetapi pinangan ini bukan untukku." Kata Nabi SAW lagi.
"What? Tetapi untuk siapa??" Tanya sahabat seakan terkejut kerana pada mulanya dia beranggapan Nabi Muhammad SAW yang menginginkan anaknya.
"Julaibib." Jawab Nabi SAW.
"Ya Rasulullah,kalau begitu izinkan aku berunding dengan isteriku." Jawab sahabat itu.
Ia pun segera pulang ke rumahnya. Dalam hatinya timbul persoalan bagaimana nanti jika isterinya menolak atau menerima. Jika menolak pinangan Nabi,sudah tentu tidak baik bagi seorang Mukmin. Tetapi menerimanya juga berat. Bermenantukan lelaki seperti Julaibib akan menjadi buah mulut masyarakat kerana Julaibib dianggap lelaki yang tidak laku.
"Rasulullah ingin meminang anak gadis mu." Kata sahabat tersebut kepada isterinya sesampai di rumah.
"Baiklah, Dengan segala senang hati aku menerima." Jawab isterinya.
"Tetapi bukan untuk Baginda," kata sahabat.
"Dah tu untuk siapa?" Tanya isterinya.
"Julaibib," jawab sahabat.
"Hoh?!! Julaibib?? Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan beliau, demi Allah.. Tidak sekali-kali!" Jawab isterinya dengan tegas seperti cikgu matematik.
Tanpa pengetahuan mereka,anak gadis mereka telah terdengar perbualan itu tadi. Pada fikiran gadis tersebut, keputusan menolak Julaibib itu sebenarnya menolak ketentuan Rasul.
"Apakah ayah dan ibu menolak keputusan Rasulullah?" Demikian anak gadis itu bertanya kepada mereka berdua.
"Beritahu kepada Rasulullah bahawa aku menerima pinangannya untuk Julaibib, kerana Baginda tidak akan membiarkan aku dengan sia-sia." Tambah gadis itu lagi.
Mendengar jawapan tegas anaknya itu,maka beliau datang menemui Rasulullah dan berkata, "Kehendak engkau dipenuhi."
Maka Nabi Muhammad SAW pun mengahwinkan Julaibib dengan gadis itu. Sesungguhnya gadis tersebut mempunyai pandangan yang jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang rupa paras yang tidak disukai orang tetapi lebih menghargai ketentuan Rasulullah terhadap dirinya.
"Ya Allah, limpahkanlah keberkatan-Mu ke atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam susah payah." Demikian doa Rasulullah untuk gadis itu.
Pernikahan mereka diselesaikan dan kedua mereka dipertemukann oleh Nabi SAW. Nama gadis ini serta ibu bapanya tidak dicatatkan oleh ahli sejarah (tapi takpe,kerana bagi saya kisah ketinggian iman gadis ini menyambut ketentuan Allah serta RasulNya adalah lebih penting daripada nama). Sejarah mengenali kemurnian gadis itu dari doa Nabi SAW untuknya.
Julaibib ini sebenarnya seorang pahlawan yang unggul walaupun tidaklah sekacak Shah Rukh Khan mahupun sehensem Din Beramboi. Beliau akhirnya gugur syahid dalam suatu peperangan bersama Baginda Rasulullah SAW dan Baginda sendiri ikut sama dalam menyempurnakan jasadnya.
Begitulah serba sedikit kisah yang dapat saya kongsikan. Kisah ini membuatkan saya termangu seketika. Dapatkah saya menjadi seperti gadis yang di atas, redha dengan ketentuanNya dan tidak mengikut kehendak hati dalam memilih pasangan. Kala ini jika ditanya bagaimana ciri2 lelaki yang diidamkan pasti ramai wanita yang menjawab, "Nak yang ensem,yang banyak fulus almaklum ler barang da mahal,yang caring,yang romantik gitu,yang macam hero cite itu cite ini,yang memahami bla bla bla bla.....last skali mestila yang baik agamanyer). Erkk,cik NurQaseh tak macam tu tau!! hoho~ poyos...
Saya tidaklah mahu mengulas lanjut tentang hal ini dengan panjang lebar, takut nanti terkena diri sendiri..hu3..maklumlah sebagai manusia, tentu sekali kita mempunyai kelemahan2 yang ada segelintir boleh menerima dan juga sebaliknya. Tapi satu saja pesan saya janganlah terlalu 'demand' sangat. Pilihlah kerana agamanya,kerana dalam agama tersebut sudah mencakupi segala hal.
Allahu'alam...
P/S: Mak cakap, umur 25/26 Cik NurQaseh dah boleh kawin...hoh! lagi 3/4 taun lagi daa....lamenye..hahaha...perangai cam bebudak takleh kawin lagi, kata mak..
Bila Waktu Telah Berakhir...
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
Jom Solat...
PENDAKWAH di jalan Allah ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontar batu dan kayu ( untuk mendapatkan buahnya ), tetapi mereka melontarkan ( memberikan ) buah-buah yang manis kepada mereka. jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan solat...
Kata-kata di atas dicoretkan oleh sahabat blogger saya untuk dikongsi dan diselami maksudnya bersama..
Seperti yang kita sedia maklum solat itu adalah tiang agama. Saya ibaratkan seperti tulang belakang manusia yang mempunyai fungsi yang amat penting. Bayangkan kalau kita tidak mempunyai tulang belakang, maka tiadalah dapat kita berdiri tegak dan badan terasa lemah gemalai serta fungsi organ2 lain turut terganggu akibat kekurangan tersebut(teori cik NurQaseh).
Berbicara tentang solat,teringat saya waktu berumur 14tahun,saya dipukul oleh ayah dengan menggunakan penyangkut baju yang diperbuat daripada besi. Ketika sedang khusyuk menonton Doraemon pada waktu maghrib,dengan tak semena-mena....zzaaapppp!!! Pergh!! Bagaikan disengat tebuan tanah, saya terus menjerit dan menangis ketakutan. "Ape nak jadi dengan ko ni adik! Tak reti2 nak semayang?? Nak jadi kapir ke?". Kesan sebatan itu walaupun bekasnya di belakang badan saya sudah menghilang tapi amat berbekas dihati saya.
Sejak dari hari itu,saya tobat untuk meninggalkan solat dengan sengaja lagi walaupun ada ketika saya solat kerana terpaksa(maklum la,tak matang lagi). Dan dari sehari ke sehari saya semakin dewasa,saya sedar sendiri akan kepentingan solat tersebut. Saya dapat rasakan betapa lazatnya nikmat bersolat. Tapi bukanlah bermaksud solat saya sesempurna mana. Hanya Allah sahajalah yang layak menilai segala perbuatan dan amalan kita sehari-hari.
Baru-baru ini,seorang sahabat saya berkongsi masalah keluarganya kepada saya, Beliau bertanya bagaimana hendak menegur ibu bapanya yang liat bersolat. Saya amat blurr ketika itu dan amat sukar memberikan jawapan yang bernas kerana saya tahu, bukanlah mudah untuk menegur orang yang lebih tua dari kita apatah lagi mereka adalah ibu bapa sendiri. Tak pasal2 kena sound plaks...
Jadi saya cuma dapat mengesyorkan agar beliau tidak berputus asa dan selalu berdoa agar Allah membuka pintu hati ibu bapa serta adik-adiknya agar tidak memandang ringan akan solat. Seterusnya saya menyuruh sahabat saya itu bertanya sendiri kepada orang yang lebih arif tentang agama...hu3.. (Cik NurQaseh ni bukannye ustazah, mak kiai, bini ostat, penceramah bebas atau yang seerti dengannye. Pendek kate bukannye baik sangat pun..hoho~). Saya sendiri amat memerlukan bimbingan untuk memperbaiki diri saya yang serba kekurangan ini.
Tugas sebagai pendakwah bukanlah suatu tugas yang mudah,kerana kita mengajak manusia kepada kebaikan dan pada masa yang sama sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa dekat dengan Allah SWT serta menjadi teladan yang baik..
Moral of the story, perbaiki diri sendiri sebelum menegur orang lain dan dont tinggal solat yer...huhu...
Allahu'alam...
P/S: Terima kasih tidak terhingga kepada En.Epal Merah @ Shah Soul Shinobi @ Limochi Arishima (ntah la,saya amat blurr tentang nama sebenar En.Epal Merah ni) kerana selalu memberikan nasihat2 yang berguna kepada saya. Tiada apa yang boleh saya balas melainkan Allah juga yang membalas jasa anda.. tenkiu..
Tahu Takpe, Tak Tahu Tanye...
bismillah...
"Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan). Kunci untuk mendapatkannya ialah bertanya. Kerana itu bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya ia akan diberikan ganjaran empat golongan. Iaitu, orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar, dan orang yang mencintainya."
Jangan jadi seperti saya waktu zaman sekolah dolu2, bukan main malu lagi nak bertanya. Di sekolah saya amatlah pendiam, mungkin kerana mulut saya dipenuhi emas dan galian. Maka untuk mengelakkan emas dan galian itu terkeluar berjejeran dari mulut saya yang cumil ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Pada tahun 2005, saya sedang menuntut dalam tingkatan 5. Dan pada masa itu, saya amat lemah dalam matapelajaran fizik dan matematik tambahan. Setiap kali ujian, sayalah yang paling cemerlang,gemilang dan terbilang dalam matapelajaran tersebut kerana apabila cikgu hendak menulis markah dalam buku rekod saya,beliau akan menukarkan pen yang asalnya bertinta biru kepada merah. Ia hanya berlaku kepada saya sahaja dalam kelas tersebut. Hoho~ sungguh istimewa Cik NurQaseh ni..
Sehinggalah pada suatu hari menjelang ujian percubaan SPM, Pn.Paejah iaitu guru fizik saya dengan selamba menegur, "Nur,kamu ni ngape dah tau bengap tapi diam jer taknak tanye ape2.." Hoh?!!! Tersentak saya mendengarnya. "Ape?? Cikgu cakap kite bengap?? Mulut cikgu takde insurans takaful ke?" Saya merasakan segala emas dan galian yang ada di dalam mulut berhamburan keluar di depan cikgu Paejah. Lalu tak semena-mena hati saya menjadi sebak..Wuuu~ bergenang air dikelopak mata..spoil betul. Malu giler sebab menangis depan cikgu.
Cikgu hanya tersenyum,lalu dia berkata, "Nur bukan tak pandai,tapi malu tak bertempat. Orang cakap bengap tau plaks nak mara." Untuk meredakan tangisan saya,cikgu Pajah memeluk saya dengan sepenuh kasih seorang guru...isk3~ sangat sedey ketika itu. Dan semenjak itu saya sering bertanya kepada sesiapa saja jika saya tiba2 mengalami penyakit 'bengap'. Apabila keputusan SPM diumumkan, alangkah tergezutnya saya apabila mendapat 6C dalam matapelajaran fizik..thehehe..(kire ok la daripada 9G yang slalu saya dapat).
"Sesiapa yang mati selagi masih mencari ilmu untuk membina agama Islam,Syurga akan dekat di tempatnya dengan para Nabi." (Rasulullah SAW)
Allahu'alam...
Keje! Keje! Keje!
bismillah..
Hari ni saya agak sibuk sikit.. Nak tahu kenapa? Sebabnya saya baru dilantik menjadi Eksekutif di syarikat Sinar Tawakkal Sdn. Bhd.. Syarikat Bumiputera yang terbesar di nusantara jaya ini. Eksekutif tauuu! thehehe~ Oleh kerana pengarah syarikat ini sendiri yang merayu-rayu supaya saya mencurahkan tenaga dalam syarikatnya, maka saya agak demand sedikit. Gaji sebulan RM3800++ (kire da tahap melebih-lebih bagi seorang lepasan STPM. Pedulik hape!).
Antara keistimewaan lain yang saya sendiri minta, saya dibenarkan pulang seawal 3ptg. Dan kalau rasa2 mengantok bole tido di bilik VIP yang disediakan. Sangat syok bukan? Malah makanan percuma juga disediakan oleh pihak Hotel Equatorial.. Ok,setakat ini dulu repekan yang saya sempat tulis kerana ada tugasan penting yang saya perlu selesaikan.. Salam...
P/S: Kenyataan di atas adalah auta semata-mata. Mengikut maklumat risikan, Cik NurQaseh didapati baru mendapat pekerjaan sementara disebuah kedai buku yang dimiliki oleh pak bilal kampung tersebut. Dengan ini, dapatlah cik Nur membeli makanan untuk santapan perutnya sehari-hari...(^_^)v
Si Pendengki...
Kedengkian (hasad) itu seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang. Hasad itu juga seperti penyakit kronik yang selalu merosakkan tubuh secara perlahan-lahan hingga membusuk.
"Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut."
Seorang pendengki itu ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, lalu setelah panas, ia memasukkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang itu. Keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup merupakan penyakit2 yang dilahirkan oleh sifat dengki untuk mengakhiri ketenteraman dan kebahagiaan hidup.
"Celaka benar seorang pendengki. Memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan."
Semua orang boleh diajak bersahabat kecuali seorang pendengki kerana seorang pendengki akan selalu membawa kita agar meremehkan nikmat2 Allah, menanggalkan semua keperibadian kita yang baik, melepaskan ciri kehormatan kita dan meninggalkan semua sejarah baik kita. Berlindunglah kepada Allah agar kita tidak bergaul dengan seorang pendengki.
Allahu'alam...
P/S: Buat dia di sana yang pernah bergelar sahabat,aku mendoakan yang terbaik untukmu. Semoga Allah melindungimu dari sifat2 tercela. Kiranya diri ini pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu, ketahuilah bahawa aku telah lama memaafkan mu. Aku harap kau juga begitu....
Wanita
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Begitulah serba sedikit gambaran tentang wanita solehah.. Persoalannya sekarang, berapa ramaikah wanita2 yang mempunyai ciri2 di atas pada akhir zaman ini?
Tidak perlu melihat wanita2 lain diluar sana. Cukup melihat diri saya sendiri. Semakin saya menginjak kedewasaan, semakin saya mengerti apa yang berlaku pada wanita masa kini. Saya seorang gadis pendiam, tetapi peramah apabila sudah mengenali antara satu sama lain(agaknye kot). Kerana itu,saya mempunyai ramai kenalan yang berbagai ragam dan berbagai latar belakangnya.
Semasa saya masih menuntut ditingkatan enam, saya mempunyai seorang sahabat dari sekolah aliran agama. Perwatakannya yang lembut dan raut wajah yang manis ditambah pula dengan latar belakang agamanya yang baik, sesiapapun pasti ingin mendekatinya. Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah mengapa mudah benar hatinya berubah. Jalan hatinya terpesong hanya kerana seorang lelaki kabaret yang mendekatinya saat kami hampir tamat tingkatan enam.
Dia yang selalunya saya lihat bertudung labuh, berpakaian longgar dan kasut menutupi seluruh kakinya bukan lagi begitu. Sangat2 lain rasanya apabila dia mengambil keputusan untuk menunjukkan mahkotanya yang selama ini dijaga. Saya bertanya kepadanya, mengapa kamu jadi begitu.. Alasannya, aku amat mencintai lelaki yang sedang kau lihat sekarang.. Lelaki itu saya lihat dengan pandangan kebencian.
Sungguh! saya benci lelaki tersebut. Kerana dia, sahabat yang saya cintai berubah sebegitu rupa. Kerana dia, sahabat yang saya kasihi lupa akan perjuangannya. Saya akui, dahulu saya tidaklah bertudung labuh, berniqab, berjilbab dan apa2 yang seerti dengannya. Saya beperwatakan sangat2 biasa seperti kebanyakan gadis yang anda lihat. Tetapi saya amat bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti itu, yang selalu mendekati tuhan, taat pada agamanya..
Selepas tamat tingkatan enam, saya tidak pernah menemui sahabat yang saya cintai itu. Kali terakhir saya melihatnya sedang membonceng tenggiling bersama teman lelakinya. Dan pada pertengahan tahun lalu,saya mendapat panggilan daripadanya. Dia menangis sesungguh hati..apa sebabnya biarlah saya rahsiakan. Sungguh saya terkilan dengan apa yang berlaku, tetapi peristiwa itu menyebabkan dia kembali menagih cinta Ilahi. Saya dapat rasakan kekesalan yang sangat berbekas dijiwanya dan terlalu menangisi apa yang dilakukannya dulu.
"'Seandainya aku melakukan begini dan begini, nescaya akan jadi begini dan begini'. Akan tetapi katakanlah: "Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi."(Al-Hadith)
Hatinya sangat keras untuk menerima lelaki kala ini. Kerana menurutnya banyak pinangan yang ditolak kerana dia berasa kekurangan. Dan dia pernah berkata pada saya," biarlah aku menjadi pengemis cinta Ilahi. Itu lebih baik..." Dan saya akan terus bersama sahabat yang saya cintai biar apapun yang terjadi padanya.
Perjalanan hidupnya membuka mata hati saya.. Tuhan tidak melihat hamba2nya melalui pakaian yang dipakai. Tuhan tidak melihat hamba2nya melalui pendidikan yang tinggi menggunung. DIA melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan hamba2 terhadapNya. Dan sesungguhnya, apa yang sukar untuk kita lakukan sekarang ialah istiqamah dalam membuat sesuatu kebaikan. Terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi, ibarat sebuah kapal yang ingin menuju ke destinasi. Bila tiba saat badai hadir mengganggu perjalanannya, hanya dua pilihan yang harus dipilih.. Teruskan atau berpatah balik..Dan berbahagialah orang2 yang yakin akan pertolongan Allah dan tetap pada tempatnya.
Bagi wanita2 di luar sana termasuk saya, untuk meniti hidup pada akhir zaman ini bukanlah mudah. Harus ada kekuatan walaupun terasa diri memang sangat2 lemah tapi ketahuilah kekuatan itu datangnya dari Allah jika kita bersabar dan istiqamah dalam amalan2 seharian. Dan kepada wanita2 yang pernah tersilap langkah, sesungguhnya Allah amat mencintai diri anda, kerana tidaklah kita dihidupkan melainkan untuk diuji.
"Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan digantikan dengan kaum yang berbuat dosa,lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah mengampuni mereka"
Allahu'alam...
Dilema Si Penanam Anggur
Bismillah..
Segala pujian bagi Tuhan Semesta Alam. Tiada apa yang dapat saya ungkapkan kecuali betapa bersyukurnya saya kerana masih merasai begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Nya.
Pun begitu,lumrah manusia sering lalai dan mudah berburuk sangka terhadap Allah SWT tanpa berfikir kenapa dan apa hikmah disebalik perkara yang terjadi. Saya juga tidak terkecuali merasai perasaan yang amat buruk sebegitu dan menampakkan tahap keimanan saya yang amat2 lemah. Sungguh! Saya menyesal dengan perasaan yang membelenggu hati.
Apa yang menyebabkan saya berburuk sangka kepadaNya? Ia hanyalah kerana saya seorang penanam anggur yang sangat berjaya di kampung yang indah ini. Selepas menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan CGPA yang hanya cukup2 makan,saya bercita-cita untuk sampai ke menara gading seperti abang2 saya yang berjaya menggenggam segulung ijazah. Tetapi berjayakah saya menjejakkan kaki ke menara gading hanya dengan CGPA yang cukup2 makan tersebut? hu3...
Alhamdulillah,saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT yang cenderung ke arah islamik di Gombak Selangor. Tapi....sesuatu yang amat menyedihkan apabila angan2 yang ingin kita gapai dibantutkan oleh suara2 shumbang yang entah dari mana datangnya.
"Ape?? ngko nak amek degree?? haha...biau benau sikit ngko nih. Result cukup makan jer tu. Tu pun agaknye orang IPT tu tak perasan mase die masukkan name ngko kot." Kata abang saya sambil memandang saya ke atas dan ke bawah. Cisss..Berdesing telinga mendengarnya. Itu baru sorang, belum yang lain lagi..
Entah dimana silapnya,mak turut bersekongkol dengan pendapat abang saya tadi. "ko takyah ler sambung blajau lagi dik. Kalo blajau tinggi2 pun tak tentu dapat kejer. PTPTN lagik nak kene bayau. Ko cari keje jela ea dik..". Itulah skrip yang mak bacakan kepada saya 2 tahun yang lalu. 2 tahun telah berlalu tanpa ada apa2 perubahan yang ketara terhadap diri saya. Sedang rakan2 yang lain bergelut dengan assignment dan kuliah2 mereka,saya..,tetap menjadi penanam anggur yang berjaya.
Bukanlah bermaksud tiada usaha untuk mencari pekerjaan tetapi masih tersemat di hati dan jiwa ini untuk menggali lubang ilmu yang amat dalam. Saya berkerja dan bekerja dan bertukar-tukar kerja kerana masaelah2 yang tidak saya jangkakan. Sehinggalah mak dan ayah telah dipilih untuk menyambut lambaian kaabah pada musim haji baru2 ini,saya diarahkan supaya berhenti kerja dan bertukar profesion dari seorang ahli perniagaan kepada suri rumah tangga sepenuh masa.
Saya diberikan sepenuh kepercayaan untuk menjaga anak2 kepada abang sulung saya dan isterinya yang seringkali teramatlah sibuk dengan pekerjaan duniawi mereka mengalahkan Datuk Seri Najib apatah lagi Datuk Seri Ali Rostam. Menjaga anak2 yang masih terlalu kecil dan kerenah mereka yang masyaallah (tak tau nak cakap camne)..... amat menguji kesabaran saya. Namun alhamdulillah, saya berupaya menjaga mereka dengan baik dan boleh diberi anugerah maksu terbaik tahun ini..hoho~
Namun,hari berganti hari..ada rakan2 yang hampir menamatkan pengajian mereka. Saya juga semakin bosan dengan kehidupan yang saya rasa sangat2 kosong dan membuang masa. Masa adalah pelaburan yang terbesar dalam hidup. Dan saya tak dapat membayangkan selama 2tahun ini saya telah menghabiskan masa dengan perkara yang saya sendiri tidak tahu apa hasilnya.
Baru2 ini,ada seorang sahabat bertanya, "Nur tanak sambung blaja lagi ker? Muda2 ni elok blaja. Niat kite tu penting Nur. Kite nak cari ilmu dan pengalaman kerana Allah. Kite gali ilmu bukan sebab nakkan segulung ijazah semata-mata. Kalau amek sijil atau diploma pun takpe,asalkan kite ada ilmu dan pengalaman. Itu yang mematangkan kite". Todia..panjang lebar sahabat itu memberikan ceramah free tetapi berasas. "Satu lagi Nur,lain rasenye bergaul dengan orang2 yang educated dengan orang yang terperuk kat rumah jer.." Hoh?!! Statement yang sangat mencabar jiwa dan raga saya..bleh plaks perli2 setelah memberikan nasihat2 yang jitu.
Seharian saya bermuram durja memikirkan hal ini. Lalu bermonologlah saya dengan Allah SWT... Saya bertanya kepadaNya, mengapa takdir saya menjadi orang yang tidak berjaya? Mengapa saya diciptakan hanya untuk menjadi penanam anggur? Mengapa tuah selalu tidak menyebelahi saya sedangkan sahabat2 lain dengan mudah mendapat apa yang mereka ingini?? Mengapa? Mengapa? Mengapaaaa?????! Lalu kekesalan yang amat2 mendalam serta merta mengalir ke seluruh pembuluh darah saya. Lalu si iblis memulakan tugasnya memporak perandakan fikiran saya,dan saya rasa mereka berjaya.
Pada suatu tengah malam baru2 ini,saya tertidur diatas hamparan sejadah setelah selesai melakukan terapi untuk jiwa saya yang kacau ini. Saya didatangi mimpi...mimpi yang membuatkan airmata saya mengalir deras sederas sungai Kesang. Didalam mimpi tersebut,saya sedang duduk berteleku diatas bukit yang luas sambil memandang ke langit dan asyik merapu-rapu mengenangkan nasib diri. Tiba2......
"Wahai anakku,janganlah dikau bermuram durja. Banyakkan beristigfar anakku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal yang kamu tidak ketahui. Bersabarlah anakku,sesungguhnya tiadalah tempat lain melainkan syurga bagi orang2 yang bersabar..." Hoh??! Bapakku kah itu?? Sungguh! Saya langsung tidak mengenali lelaki tua berjanggut, berserban dan berjubah hijau tersebut.
Dia menghilang sedang saya terkontang kanting diatas bukit tersebut. Sungguh merdu suaranya,sungguh bersih wajahnya dan sungguh saya pasti waktu mudanya pasti amat hensem..thehehe.. Lalu saya mengejarnya dan tercari-cari gerangan lelaki tersebut. Dan akhirnya saya terlihat kelibat beliau, tetapi berkain pelikat pula.
"Hoiii dikk...ngape ko ni? Tido pun muke cam bahagia semacam jer..pakai telekung lagi tu. Aku ingatkan ape la yang putih2 tu tadi. Dah2!! Da suboh da nih." Hoh! ni baru betul bapakku. Sungguh saya tertanya-tanya sehingga ke saat ini siapakah gerangan lelaki berjubah hijau tersebut. Dan kata2 beliau akan saya pahat di dalam hati saya sampai akhir nafas ini.
Peristiwa ini membuatkan saya kembali berfikir dengan waras tanpa ada sentimen2 yang lain. Betul2 membuat saya beristigfar sepanjang masa..
'Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku gantikan dengan syurga'. Teringat saya tentang sepotong hadis tersebut. Dalam hal ini,saya seolah-olah seorang yang buta..buta mata hati. Keadaan sekeliling telah membutakan saya. Melihat kejayaan sahabat2 yang lain, melihat kejayaan abang2 saya, melihat semuanya bukan berteraskan keimanan kepada Allah. Sungguh! Saya adalah seorang yang buta. Lalu Allah datangkan hidayah untuk mengembalikan penglihatan saya.
'Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya,syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan.'(Ar-Ra'd:24) Saya terbaca firman tersebut dalam La Tahzan yang menjadi santapan saya kala waktu lapang. Sama maksudnya dengan kata2 lelaki berjubah hijau...
Saya melihat diri saya sekarang...Seorang gadis yang menginjak kedewasaan, yang tidak punya arah. Tetapi,saya harus bersangka baik. Saya begini kerana Allah telah menetapkan sewajarnya dengan kemampuan saya. Saya tidaklah dilanda musibah yang begitu besar,dan saya harus bersyukur untuk itu. Dan kalaupun saya ditakdirkan sedemikian, maka sabar itu adalah pengubatnya. Apa hikmahnya? Itu adalah rahsia Maha Pencipta dengan hambanya.. Apapun yang terjadi,terima seadanya dan bersangka baik dengan Allah kerana Dia menciptakan sesuatu bukan dengan sia-sia... Saya pasrah(tiru ayat-ayat cinta..hu3)..
Allahu'alam...
Poligami! Poligami! Poligami!
bismillah...
Pada suatu malam, si suami balik lewat, lalu tidur di dalam bilik tetamu di tingkat bawah rumahnya tanpa menyedari isteri keduanya turut tidur di dalam bilik tersebut. Setelah tiba waktu pagi, barulah si suami tahu bahawa isteri pertama dan keduanya saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Begitu juga, si isteri kedua baru mengetahui bahawa suaminya itu adalah suami kepada sahabat karibnya. Lalu berlakulah babak-babak komedi ekoran peristiwa tidur sekatil tersebut dan usaha kedua-duanya bagi mengelak si isteri pertama daripada mengetahui cerita yang sebenarnya.
Itu adalah babak komedi dalam salah satu drama bersiri di stesen televisyen di negara ini dan itulah juga sebahagian daripada realiti dunia poligami di negara ini. Bagi sesetengah pihak, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bagi kebanyakan wanita, dunia poligami sinonim dengan pembohongan, tipu muslihat, strategi, tragedi, kepura-puraan, ketidaksetiaan, dan seribu satu lagi istilah yang sebahagian besarnya lahir daripada emosi, dan kemarahan. Pendek kata, poligami adalah ibu segala maksiat, kejahatan, dan kerakusan nafsu.
Manifestasi daripada pemikiran seperti inilah, banyak pengarah drama dan filem di negara ini menjadikan isu poligami sebagai komedi dalam drama dan filem arahan mereka. Lalu tunjukkanlah bagaimana susahnya seorang suami yang berpoligami untuk berkomunikasi dan berasmara dengan isteri kedua yang biasanya jauh lebih muda daripada isteri pertama. Untuk tujuan tersebut, si suami terpaksa melakukan berbagai- bagai tipu helah, termasuk "berbohong sunat" kononnya.
Pada masa yang sama, amat jarang sekali kita mendengar poligami dikaitkan dengan keperluan pasangan, perkongsian hidup dan kasih sayang, ketaqwaan kepada Allah, tuntutan agama, pembelaan terhadap anak yatim dan ibu tunggal, penambahan zuriat dan punca rezeki, peluasan kaum keluarga dan saudara mara, dan seribu satu lagi istilah dan frasa yang baik-baik dan menyenangkan. Pendek kata, bagi mereka yang menyokong poligami, poligami adalah sebahagian daripada penyelesaian terhadap isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Antara mereka yang nampaknya menganuti fahaman poligami ini ialah Habiburrahman El-Shirazy dalam novel tersohor beliau Ayat-Ayat Cinta. Novel yang kemudiannya difilemkan dengan judul yang sama ini telah menyebabkan masyarakat negara ini seolah-olah diserang histeria dengan pemikiran dan pendekatan yang diambil oleh pengarang Indonesia tersebut. Ayat-Ayat Cinta seolah-olah menyedarkan rakyat negara ini daripada dilamun mimpi buruk institusi poligami. Melalui novel dan filem Ayat-Ayat Cinta, kita diberitahu bahawa poligami adalah sesuatu yang serius. Mereka yang telah memutuskan untuk mengamalkan poligami seharusnya memikirkan perkara tersebut dengan serius dan semasak-masaknya, malah lebih serius berbanding perkahwinan yang pertama. Tidak ada babak-babak komedi dan lawak jenaka dalam filem Ayat-Ayat Cinta, namun filem ini menggamit perhatian seluruh kelompok masyarakat daripada yang muda hinggalah yang tua, lelaki dan wanita.
poligami
Aliran pemikiran poligami dalam Ayat-Ayat Cinta ini kemudiannya diikuti pula oleh Kabir Bhatia dalam drama bersiri Nur Kasih. Jika novel Ayat-Ayat Cinta mencatat hasil jualan dan jumlah pembaca yang tinggi, drama bersiri Nur Kasih pula mencatat rating penonton yang tinggi sehingga ke angka jutaan orang. Kenapakah kedua-dua genre yang memilih tema poligami tanpa lawak jenaka ini sangat diminati oleh masyarakat?
Selain kekuatan cerita dan mesej di sebalik kedua-dua novel dan drama tersebut, masyarakat kini sebenarnya sudah muak dan juak dengan adegan-adegan komedi yang berkaitan dengan poligami. Masyarakat sebenarnya sudah lama mendambakan sebuah filem atau drama yang menampilkan pergolakan kejiwaan isteri-isteri yang terpaksa hidup bermadu dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dalam rumahtangga. Begitu juga dengan peranan si suami dalam memberi bimbingan dan menyelesaikan kemelut yang melanda. Justeru itu, apabila Ayat-Ayat Cinta dan Nur Kasih hadir dalam wajah yang berbeza berbanding wajah-wajah poligami yang penuh dengan komedi sebelumnya, masyarakat pastinya akan tercari-cari jawapan yang sudah lama terpendam melalui kedua-dua genre tersebut. Maka fahamlah kita bahawa poligami memerlukan pengorbanan, kesabaran, ketaqwaan, keikhlasan, tolak ansur, kekuatan mental dan rohani, saling hormat menghormati dan faham memahami, dan sebagainya. Manakala, kasih sayang pula boleh dipupuk jika semua pihak sanggup merendahkan ego masing-masing.
Filem dan drama komedi poligami sebenarnya tidak banyak membantu masyarakat memahami erti sebenar hidup berpoligami. Malah, filem dan drama seperti inilah yang banyak mendatangkan kekeliruan terhadap keperluan poligami dan tujuan sebenar Islam menghalalkan poligami. Filem dan drama komedi poligami menyebabkan masyarakat menganggap poligami tidak lebih daripada memuaskan hawa nafsu, merebut harta kekayaan, membalas dendam, merosakkan kebahagiaan rumahtangga, mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dan sebagainya.
Oleh itu, maaf kalau saya mengatakan bahawa lelaki yang ingin berpoligami tetapi tidak mahu atau takut menceritakan hasratnya itu kepada isteri dan kaum keluarga(seperti kes seorang ahli parlimen yang berpoligami baru2 ini..hoho~), dia sebenarnya awal-awal lagi sudah gagal dalam temuduga untuk berpoligami. Hal ini kerana lelaki seperti ini sebenarnya tidak memiliki mental yang kuat untuk melaksanakan keadilan seperti yang sepatutnya.
Poligami adalah tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri sendiri, isteri-isteri, anak-anak, kaum keluarga, dan yang lebih penting, tanggungjawab kepada Allah swt.
Pagi Nan Indah...
bismillah...
Huarrghh!! ngantoknyer...hu3.. Setelah hampir 6 jam roh sy keluar berlegar-legar di udara..maka tepat pukul 6.05 pagi, roh tersebut kembali ke jasad yang cumil lagi menawan ini. Alhamdulillah,tuhan masih meminjamkan nyawa kepada sy untuk kesekian kalinya.
Selepas menunaikan tanggungjawab sy sebagai seorang muslim, sy bergegas ke dapur untuk mengemis sedikit makanan daripada mak.
"mak,orang lapau.. Takde bende nak makan ker mak." tanya sy dengan tersipu-sipu malu. Mak menjawab dengan penuh kasih sayang, "hape? mentekedarah je keje ko. Dah2, pegi basuh baju cepat!."
Lalu,berlalulah sy dengan perut yang mengalunkan irama jazz ke tempat membasuh pakaian untuk menjalankan tugas yang diberikan. Lapau!!!!
"ko dah buang tebiat ape jerit rupe itu?" lalu mak pun memulakan ceramahnya bagaimana kesusahannya dahulu sewaktu zaman jepun, nak makan pun susah. Sekadar mengunyah pucuk2 ulam yang ada. Ni yang lemah ni..hu3..
"Yelah mak,nanti orang cari daun kite makan sesame ea mak." Kataku dengan nada memerli..hoho. kuang ajau punye anak.
Rasanya tiada apa lagi yang perlu sy taip.. Masa semakin suntuk, sy perlu segera bergegas ke dapur untuk merompak nasi goreng yang baru mak sediakan.. hu3..rejeki.. Selamat bersarapan.
alhamdulillah....hehe..dah ada blog sendiri..
bismillah..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani....hari ini tanggal 02/01/2010, jam 3.40pm sebuah blog yg diberi nama qalamcahaya telah diwujudkan oleh saye(^_^)v....thehehe...seronot nyer!! jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada 'sahabat' sy yg berada nun di sana yg banyak beri tunjuk ajar kepada sy yg jahil nih...toce sifu!! dengan adanya blog ni, dapatlah kiranya sy bercerita, berkongsi ilmu, berpuisi, meluahkan perasaan dan mengarut-ngarut tak tentu pasal yang sememangnya menjadi hobi sejak kecil lagi...so, dah tak tahu nak mengarut ape lagi sebab terlalu teruja dan terlompat2 kegembiraan dengan kehadiran blog baru nih...hu3..nantikan kekarutan yang bakal sy tulis dalam post seterusnyer...salam..
Takutilah DIA..
bismillah..
Syukur ke hadrat ilahi,kerana diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di bumiNya ini. Alhamdulillah,akhirnya hujan turun jugak di kampung yang permai dan aman sentosa ni...hu3...sejuknya terasa hingga ke tulang sepultura.. Kebosanan melanda hidup sy sepanjang hari ini kerana takdak keje yang nak dibuat. Setelah sejam memproses gumpalan2 kecil di bahagian mata, sy terus membelek akhbar hari ini.. Berita yang sangat menarik!'4 Penjahat Jahanam'. Itulah tajuk utama akhbar kosmo hari ini. Dalam akhbar tersebut jelas menunjukkan gambar2 suspek sedang membuat onar di dalam sebuah klinik yang mempunyai 4 orang nurse, seorang doktor dan seorang pesakit. Hoh! hensem2 belaka dan mereka semua berketurunan Melayu. Diulangi,MELAYU..
Hati siapa yang tak panas bila melihat anak bangsa sendiri merosakkan nama bangsa dan agama.. Dah la hensem2, merompak plaks..potong betul la.. Begitulah alkisahnya apabila perasaan tamak merajai hati dan rasa takutkan Allah ditolak ketepi.. Kemudian dimuka seterusnya, kes2 khalwat menjadi santapan mata sy. 'Nenek Mengaku Khalwat.' Hoh?! Amat dasyat nenek nih. Sy terkagum seketika dengan prestasi nenek tersebut. Tiba2 sy teringat akan kisah seorang hamba allah yang tidak pernah membuat kebajikan yang ditulis dalam sebuah hadis qudsi. Begini kisahnya...
Rasulullah SAW bersabda, "terdapat seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya,'jika aku mati, bakarlah aku hingga menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku yang tidak pernah tertimpa ke atas seorang pun di muka bumi ini. Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan wasiat beliau. Lalu, Allah memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yang disebar di daratan itu, dan memerintahkan lautan supaya mengumpulkan abu lelaki tersebut yang tersebar.
Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki tersebut(setelah dihidupkan kembali), "mengapakah kau melakukan demikian?". Lelaki itu menjawab, "kerana aku takut kepada Mu wahai tuhanku, dan Engkau lebih mengetahui hal itu.Maka Allah SWT mengampuninya.
Dalam kisah hadis Qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah. Seseorang yang selalu berbuat maksiat dan tak pernah beramal sedikit pun masih memiliki rasa takut kepada Allah. Keagungan Allah ada di depan matanya membuatkannya dia merasa takut akan hisab dan diazab oleh Allah sehingga memaksanya membuat wasiat yang bodo. Dia ingin mayatnya dibakar dan disebarkan dengan harapan dia tidak akan dihisab dan ingin selamat dari azab Allah. Ini bermakna dia yakin Allah itu ada. Dia juga yakin hisab Allah itu ada.
Namun, Allah Maha Kuasa tetap menghisabnya. Tiada yang luput dari hisab-Nya. Akhirnya Allah mengampuni lelaki tersebut berkat rasa takutnya pada keagungan Allah. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman "Dan adapun orang -orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."
Jadi untuk perompak yang hensem2 belaka serta nenek yang sangat dasyat tersebut, kembalilah ke pangkal jalan. Hu3..juga peringatan ini ditujukan untuk diri sy, hamba Allah yang sangat hina. Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari noda dan dosa. Kerana itulah Allah SWT bersifat pengampun dan mengasihi hamba2 Nya yang bertaubat.
Allahu'alam.